Monday, May 26, 2014

Random Thought

Ceritanya....cuma satu,
Tak ada siapa betul, tak ada sesiapa yang salah,
Sebab segalanya memang bersebab.
Kau cerita pada orang,
Versi cerita sendiri,
Kau kongsi dengan orang,
Balik balik sampai ke akal mereka bukan sama macam yang kau maksudkan.
Kau sedih..
Kau cerita dan kau kongsi,
Balik balik mereka cuma bagi simpati..
Sampai esok,
Semua berhenti.

Jangan biar orang buat kesimpulan,
Memang boleh salahkan orang silap tafsiran,
Tapi kalau bukan kau yang mulakan bualan,
Tak kan terjadi salah faham, kan?

Malu aku nak berbalik pada Tuhan,
Sebab amalan memang tak pernah cukup untuk buat bekalan,
Makin Jauh dengan ajal...
Makin tebal catatan amalan..
Kalau baik...baik lah.
Kalau buruk?

Ugh. Sampai kemana sudah akal berjalan..

Tuesday, April 29, 2014

Kalau cinta hanya semata-mata untuk memiliki...

Kalau dengan segala kisah hitam aku kau rasa berbaloi untuk di jilid dan di buktikan..
Sila lah.
Koreklah segala masa lampau yang busuk-busuk,
Segala masa silam yang bernanah hijau itu..
Simpan lah.
Buku kan.
Kenang kenangkan semua aib itu,
Entah untuk siapa..
Entah untuk hati mana yang akan puas.

Tapi kalau suatu hari kau rasa mahu bangkit dan hidup untuk hari ini,
Ketuk lah pintu hati aku dengan ucapan maha indah "Assalamualaikum" - serendah rendah dan seikhlas nya kerana Allah,
Kerana demi Allah,
Walau serasa terabik tercarik hati aku dengan segala aib ku yang terbuka..
Hanya dengan redha Allah,
Aku ampunkan.

Sungguh bukan kudratku untuk ubah masa silam,
Sedang rabik hati masih lagi luka berdarah.
Sedang rajuk atas segala rasa hati sendiri yang terpaksa aku telan, semata mata atas kepentingan rasa 'cinta' sendiri mu -
Sekurang kurangnya hari ini dan masa depan,
Sudah ku pajak kan atas nama agama Allah..
Bukan kudratku untuk ubah sejarah.

Wednesday, January 15, 2014

Choices?


"Everyone wants to go to Heaven
But nobody is willing to die"

Dua Konsep.

Heaven and Death.

Syurga sesuatu yang belum pun pasti untuk kita,
Syurga itu sesuatu yang perlu selari dengan perbuatan di dunia
Syurga adalah sesuatu yang hanya orang-orang terpilih yang tahu setiap satu tindakan hanya berlandaskan Allah. 

Belum tentu kita Islam kita terus laju seberang titian sirat terus ke pintu Syurga. 

Tapi mati itu pasti. 

Tuesday, January 14, 2014

Kosong.

Selepas hujan...

Pandang ke luar jendela besar... 

Dari satu-satunya rumah jauhhhh ke dalam hutan, terasing dari dunia hipokrit luar.


Yang ada cuma pohon-pohon rendang dan rimbun

Mata tajam..tilik satu...satu..daun berbagai saiz..berbagai bentuk. 

Samanya cuma satu. hijau. 

Tinggi pokok gagah cengkam alam, tirus ke langit..

Pandang atas..kanopinya hanya alam..

Hiburan cuma bila serumpun daun kadang-kadang berombak kuat..

Haiwan apa barangkali?

Mungkin sang burung melepas lelah..

Mungkin juga dahan rapuh beratus tahun mengalah

Jatuh kebawah. 

Akal dan fikiran kosong.

Kosong betul.

Cuma kira titis-titis air sisa hujan jatuh....satu...satu...dua..tiga..empat...lima....


Tangan capai cawan kecil

Hirup kopi panas dalam-dalam.

Nikmat.