Showing posts with label IssUEs~. Show all posts
Showing posts with label IssUEs~. Show all posts

Monday, November 8, 2010

BanJiR Oii...!

Banjir kat kedah.
dan kedah tu kampung aku.
tapi aku tak balik pun.
Ceh. belagak.
Sumbung!
negeri sendiri kena musibah kAo sorOk diam2 kat KL, kAnnn!!


*****



                       ******



Oittttt!!!!!
jadah apenye aku nak berarak pulang kalau jalan suma tenggelam!
bukAn buLEh tolong tiUp laju2 air tu pun masuk sungai...@o@ fuhhh....

Rumah aku kat kat kampung tak kena.
Alhamdulillah.
Tapi malang laH pada umah2 orang yg berada di sekitar kota Setar, Changlun & Jitra...
dan kakak2 aku jugak turut tergolong dalam golongan tersebut..., malangnya.
Ouhhh...Kesian.

2 3 ari ni aku bajet concern sms diorang tanya perkembangan pasang surut air..
tapi niat sebenar lebih kepada bzbody sebenarnya...huahuahua
oleh kerana aku tak balik dan tak dapat menikmati waktu banjir tu bersama-sama,
jadi aku insist suh akak aku tangkap gamba banjir tu byk2..
hari-hari msg suh beliau amek gamba.
bukan nye nak tanya khabar. Cettt!
Aku paham perasaan kakak aku yang mengadu naseb tak larat nak menyusun dan menganggut perabot2 naik tingkat atas,
apatah lagi nak tengok kitchen kabinet beliau yang baru siap pasang chANtekkk terletak kat ruang makan diselaputi selut2 liar...
tapi apakan daya.............
aku cuma tahu mengrequest gambar. *Auch! kena lekuk.*


< view dari atas >



< kalo masuk paper mao penuh tabung banjir media prima! >


< tapi tidak ini...mereka seakan-akan bergumbira! >




< ini jugak bukan. Motif apakAh anak buah aku ni posing maut sebelah tong sampah sesudah / sebelum banjir???>

Sunday, October 31, 2010

Good Guy, Bad Guy.

Person A: Drug Dealer peringkat Negeri
Hobi: Balik kampung setiap bulan uruskan keperluan mak bapak sambil tolong baya yuran sekolah adik-adik
Pencapaian:  1) Berjaya sold out kokain 5kg 5 hari berturut-turut
                      2)Masuk lokap 3 kali tapi selalu di bebaskan awal sebab berkelakuan baik
Status: Orang Jahat.

Person B: Pegawai Polis
Hobi: Workout di Gym selepas waktu kerja sambil main mata dengan assistant bertugas.
Pencapaian : 1) Berjaya menumpaskan sindeket pengedaran dadah terbesar negara.
                    2) Makan Rasuah
Status: Orang baik

Person C: Businessman
Hobi: Main golf.
Pencapaian:  1) Bagi company untung juta-juta 3 tahun berturut-turut, tak pernah lari baya gov tax sekaligus naik kan GDP negara.                  
                     2) Bagi rasuah
Status: Orang baik.

Person D: Perompak bank
Hobi: bercucuk tanam di waktu lapang.
Pencapaian : 1) Berjaya rompak bank juta-juta dan belum pernah masuk lokap
                      2) Mempunyai jiran yang sangat miskin. Setiap hari belikan makanan untuk jiran.
Status: Orang Jahat

Person E: Blogger
Hobi: tulis Entry hari2 pasal isu dunia sambil point finger kat orang itu, orang ini
Pencapaian : 1)Straight A dalam exam semester lepas.
                      2) Asyek kena marah dengan Mak sebab tiap2 minggu mintak duit untuk bershopping.
Status: Orang baik.

who is the good guy, act?
N who is the bad guy?
How to judge?
By their status? Career? Good deeds?

***



*****






***
What about the other Guy?!


          
  

Monday, October 25, 2010

TIME.Precious.

7am weekdays *subuh asyek nyawa-nyawa ikan kena lenyek ngan bapak Gajah*

 >>>  nanTOtnYeeeee!!!
>> tak saba tunggu weekend nak tido puas-puas alam.
                     
malam weekend pertama:
PENAT! penat closing. penat stay back. Penat kerah otak. P.E.N.A.T
Esok niat tak kan bangun sebelom pukul 11am.
check alarm. Make sure takde terSET sebarang bunyi-bunyian.
hp mode: Silent.

Pagi Weekend Pertama:
huarghhhh.......
mata tepisat-pisat.
Apesal macam tak puas je tido..*blurr*
tengok jam sisi...ceh. baru pukul 8.
cuba pejam mata lagi sekali...tak feel.
pejam lagi 2 kali...tak best jugak.
arghhh...dah ilang ngantuk! grr...

weekend kedua:
time to balik kampunggg~~ ho yeay!
pepagi buta selepas subuh dah dalam perut herbievie
next 5 hours >>> toing!!
tesengih depan pintu rumah.
bila kat kampung pukul 7am dah sama taraf 11pagi~
macam2 xtvti menarek buleh buat.
rugi2 kalau bazir masa ngan tido.
jadi. saya tetap tak bangun lambat pada weekend kedua.


Weekdays ketiga:
Badan suda penat kurang rehat.
bangun pagi-pagi isnin selasa rabu khamis dan jumaat...
tak saba gileeeeee tunggu weekend lagi sekali sambung tido.

bila weekend sampai,
ada masa membe koling-koling pepagi buta hajak window shopping...
owh...betapa aku tak suka keluar setiap hari sabtu!
sabtu is my rehat day oke.

bile weekend ketiga jugak aku tak dapat menikmati tido dengan sempurna,
maka tak sabar-sabar aku nak tunggu weekend keempat.
isnin datang, mintak cepat pukul 6.
selasa muncul, mintak cepat sampai jumaat.
jumaat dah datang >>> saturday, here i come!!!!

bila puas tido sabtu minggu ke empat...
baru perasan.
Owh....
Saya dah bazirkan SEBULAN masa sendiri nak kejar 2 hari weekend.
5 hari weekdays suda takde value.
teringat 20 hari yang dah lepas tu tak boleh datang balik.
*menyesal*



Monday, September 27, 2010

BILA LU MAO BAYAR UTANG MEH?!!

Sebelom otak jammed  cari2 equation add math mana yang boleh korang guna nak kira balik berapa byk utang korang sume kat PTPTN, sila klik disini .

*haip! dah ade yang raba-raba poket nampak....-_-"

Amacam? Byk tak utang2 korang? dah la kena baya rm0.50 kutt nak check no pin tu pun. asal nampak je statement, otak terkedu tengok charges2 yang kena baya kat lawyer2 yang setakat tau cetak surat anta kat peminjam2 tetiap bulan. eleh. kertas putih type ayat2 berbaur ugutan sket letak header AHMAD & CO. bukan nama sebenar sikit tu pon nak charge ratus-ratus tetiap bulan! Kalau lah statement PTPTN tu di ibaratkan sama cam statement kat ASB, alangkah terujanya tengok duwit yang berkembang bagai di pam-pam! owhh...sudah la Mashitah. Berhenti berangan.

Ai malas gile nak masuk bab isi2 penting bile buat karangan.

Sila rujuk konklusi SEMUA! bila bercakap menggunakan itonasi seperti ARAHAN dan TEGAS besertaMUKA KETAT selalunya orang tak berani nak soal banyak-banyak. harap saya berjaya dis time. fuh! -,-"

Saya start baya utang PTPTN lepas 1 setengah tahun grad. dah la saya grad awal 1 semester. duit PTPTN last semester yang saya tak belajar tu pun saya dah joli dengan jayanya. Macam tu pun saya still lagi liat nak baya PTPTN jugak. Owhh...sungguh tidak bersyukur kAmu..

Alasan: Oleh kerana PTPTN kenakan interest yang terlalu tinggi, jadi saya tak mahu bayar!

Huk Aloh kamu..dah nama nya pun hutang..ingat rm26,000 pinjaman tu boleh waive dengan alasan tersebut Kah?! Alasan itu benar-benar menipu diri sendiri oke!

well, alasan itu bukan sekadar menipu diri sendiri, malah menyusahkan jugak. menyusahkan diri sendiri oke. tak de pun jiran sebelah rumah nak rasa susah sama untuk kamu. TIDAK. melainkan beliau juga berhutang dengan PTPTN dan liat membayar seperti kamu!

Kenapa saya bgtau susah??!
Sebab saya dah rasa susah.
bila saya start baya hutang..saya dah pun start terima surat peguam yang ke3. bukan surat cinta yang tak putus2 datang sebab saya tak balas ye,BUKAN. Dan saya yakin takde peguam yang interested dengan orang yang tak baya utang macam saya. samalah juga takde polis yang akan jatuh hati dengan penjenayah. tambah-tambah lagi penjenayah tu bermuka bengis dengan misai melentik yang dah sah-sah perwatakan tu di iringi obesiti berlebihan si empunya badan. ok. ape Mashitah merapu ni. Back to the topic pLisss!

Disebabkan letter2 tu semua, interest hutang saya dah naik dari 3% sepatutnya kepada 8% setiap bulan. Nak lagi pulak bila saya tengok statement, rm100 yang saya baya, rm70 akan di tolak ke akaun peguam kerana bersusah payah hantar surat ke rumah saya saya dah cakap peguam tu tak suka kan saya! Jadi, konklusinya..setiap bulan saya cuma membayar rm30 dari keseluruhan hutang saya yang sebanyak RM26,000! ops! dah jadi rm28,000 dah pun sekarang ni ok!

tapi cik PTPTN, saya dah pun bayar rm100 tu pada setiap bulan. tak pernah miss!!! sejak 3 bulan yang lalu.
jadi, esok saya akan telefon cik PTPTN lagi untuk cari solution reducekan balik interest saya. Tolong ye cik PTPTN...plissss..*mengharap* tp tak menangis okE!

Jadi korang...nak lambat2 ke bayar utang??!!
nak tunggu 2013 kena potong secara paksarela ke?
bayar jelah sekarang..dah memang duit tu bukan untuk kamu pun...

Sunday, September 26, 2010

CERIA!

saya nak wifi free dua, bungkus kuah asing ekk!
Menarekkan zaman siber sekarang ni…
Dah ada wifi kat mana-mana..
Tak payah buang duit mahal2 baya broadband mahal dengan servis lembab tetiap bulan,
Nak lagi untuk orang yang bukan ‘ internetholic’ cam aku ni,
Lagi prefer baya one time charges guna wifi,
Yela…bukan ade bisnes kuih bahulu pun nak terima email dari orang Brunei tetiap hari..
“ Mak! Orang Brunei email. Nak tempah 100 lagi bahulu kite…!!”
Owhh. Ni bukan iklan makhluk perosak. Eh, silap.
Bukan Iklan jalur lebar okE!!
Tapi dalam secanggih-canggih teknologi ni pun,
Ade je benda spoil yang nak nyusahkan keadaan.

nak dijadi kan ceghita,
ada satu wifi xcess baru kat area rumah aku ni.
tapi dah di takdirkan aku memang malas. Tambah2 time cuti. Malas gile nak dressup lawa-lawa amek kunci kete turun bawah dari tingkat 5 start enjin drive g kedai runcit yang tak sampai 5 minit pun dari umah aku g beli top up!
Series aku malas. Betul. Tak tipu punya. Aku malas!!
Sebab tu aku pakai bill. Oke. LARI TAJUK!

Jadi untuk  menyenang kan keje..
Aku call no telefon yang tertera.
Dial 1 kali..tak angkat.
Dial 2 kali.. masuk voice mail. Cet!
Dah tak berangkat aku dengan muka tak malu nye sms.
“ tolong top up *** wifi rm10 boleh tak? Nanti saya baya thru m2u.”
Pun tak balas jugak. Hampeh betul la bisnes melayu ni!!
Camne aku tau ni bisnes melayu??
Dah aku penah mintak topup 2 bulan lepas, called jugak n Cuma time tu je berangkat n dapat top up. Bukan nye aku tak baya pun. Dah sah2 time dapat online tu terus aku bukak m2u dulu on da dot jugak aku transfer duwit.
Pastu minggu depan nye aku kol lagi sekali dah service cam gampang gile tanak angkat phone.
Bulan ni called n sms pun tak berjawab jugak.
Hape punya bisnes daa. Suwei!

Dah aku memang malas nak g turun bawah g kedai beli topup tu satu hal la..
bengap jugak aku ni pown..
tapi aku kan customer..
customer alwaYS right wHaaatttt.....
kao buat bisnes pepandai la nak treat customer...
bukan nye nak kena suh g panjat gunung ledang pon nak amek ati customer..
angkat phone pun susah kE?
nak kata buta IT tanak guna m2u..
rasanya macam TAK la pulak kAnnn,
dah sah2 kAo buat serVice berasaskan IT.
hUh!

Owh. Btw, nape aku letak tajuk entry kali ni CERIA??
Hmm..ntah. saje je nak letak.
Tu jawapan selamat aku.
Sekali lagi.suwei. SUWEI bebeh.

p/s: Eceli entry kali ni lebih kepada meluahkan rasa ketidakpuasan hati kepada diri sendiri...

Monday, September 20, 2010

TAK PAYAH SURUH! TAK PAYAH ARAH!

wah..
macam marah je bunyi nye Cik Citah..

"Kamu Sape?" tanya cik Citah balik..
bukan nak marah..
saje nak kenal-kenalan..
\(^_^)/  peace!

Memang tajuk di atas bukan untuk menimbulkan sebarang issue2 politik hangat atau gossip2 murahan. TIDAK!
Cuma sengaja nak bangkit kan satu soalan yang kita selalu buat tapi jarang terfikir...
Pernah ke terfikir??

                           ***

Seorang baby perempuan comel telah selamat di lahirkan di hospital Sungai Buluh tepat jam 12.33am pagi tadi, apabila di iqamatkan di telinga kanan oleh bapanya yang beragama Islam bernama Tuutt * nama dirahsiakan..tiba-tiba...bayi perempuan tersangat comel itu dengan bangganya bangun berdiri dan menepuk-nepuk bahu bapanya dan berkata..
"ayahkU, Pitching lari...."
oke. kemerapuan itu sume saje nak detail kan cite..cukup Mashitah. CUKUP! BERHENTI MERAPU.TOLONG ABAIKAN DAN FOCUS KAT PART seorang baby perempuan comel telah selamat dilahirkan JE..ok!

Bukan nak borak pasal kes buang bayi. oWhh..tidak..tidak.
biar lah ibu-ibu bapak2 yang berotak UDANG itu hanyut di arus glamer bila muka2 tak berapa CUN diorang terpampang di dada-dada akhbar dan media-media cetak seluruh dunia..
Terbang lah kamu dengan AKSI-AKSI PANAS 15minit kalian tapi meninggalkan kesan bukan sekadar 9 bulan! tapi sepanjang hayat.
HAMEK KAU nak sangat!!!

Hmm..nak cite baby perempuan comel tu cacat kE?
 PAP!!
 Biasa Nih! kan dah kena tampar!
BUKAN!


"er.."
BUKANNNNNNNNNNN!!!!!!!!!
ek eh..tak bagitau pun lagi assumption nye..dah cakap tak..tau la blog dia..diskriminasi! cett.

ok ok ok...
sume BUKAN ye tuan-tuan dan puan-puan..
dah tu apa yE??
hmmm...


Di saat kelahiran baby perempuan yang comel tu..
ape benda pertama yang dia buat?


>>>





     >>>>>






>>>>>>



ya BETUL!!
YESSS!! KALI NI AWAK BETUL!!!



MENANGIS!
wahhhh...pandai pandai pandai...*tepuk! tak pun bunyi kuda macam HOTFM suka pasang*
bagusss baby ni..kecik-kecik dah tutup aurat *sila terasa wahai wanita2 degil di luar sana ye! including mE! aww~
takde sape kutt yang nak kena ajar budak tu nangis..
takde pitching yang nak kena jaga..
takde tanda bacaan iqlab idgham maal ghunnah yang nak kena follow..
takde kott doktor mana2 nak buat side income bukak kelas menangis satu jam RM20 hengget kat budak2 baru lahir ni..
TAKDE!


So terfikir la kawe ni..
gapo lagi hagaknye perkara-perkara yang kita or sesapa or setiap makhluk lah kat dalam dunia ni..
yang ALLAH dah anugerahkan kita ilmu,
TAK PAYAH SURUH! TAK PAYAH ARAH pun..
kita boleh buat..
sambil pejam mata pun boleh settle lah kata orang bijak poyo nye cakap..
ape lagi ekk?

Makan?
kena aja..
tambah-tambah orang kidal cam aku ni..
kecik2 asyik kena marah ngan mak je suap nasik tangan kiri..aduyaii..
pengotoqqq!

haa..
APE?? APE LAGI?!
Diskas..diskas..

PEACE!

Sunday, September 5, 2010

ISU, ISSUE, ISSUES~

Negara Malaysia dengan isu panasnye dengan Indonesia..
silap2 boleh create perang dengan negara jiran disebabkan isu ni..nauzubillah..

Dalam Malaysia sendiri pulak isu nak turunkan peratusan hak2 bumiputera oleh MCA..
Bertekak Dato' Tuuuttt dengan UMNO...
Dulu je aku bersimpati dengan 'isu panas' beliau yang tersebar kat internet..
tua2 pun ada hati nak menyucuk lagi * ops. maafkan aku atas ayat ter culah sebentar tadi
tapi sekarang..patutnya dah kena tahan ISA orang tu!

Isu panas aksi ranjang Ariel Peterpan yang dah ditukar nama menjadi lebeh femes kepada Ariel peterporn tu pun boleh tahap panas jugak..
yela..artis nama pun..
nak gelabah lebih pun dah tak boleh dah Ariel..
yang pandeyyy sangat gie rakam aksi culah tersebut buat ape?
makan sendiri2 sudaa la..
dah tersebar cenggini...alang2 tu filemkan je buat tontonan umum..dapat duwit lebih..siap boleh kasi duit raya lagi kat aku.

Orang Melayu sendiri pulak sebok nak tunjuk lagak konon2 malu dengan bangsa sendiri sampai sanggup bukak FB dengan nama MELAYU BABI..
wahh...tepuk tepuk tepuk!
caya lah..bangsa lain cool je bangsa kita sendiri plak bodoh terlebih..
apa kau dapat buat sume tu?
best??
mintak hakim jatuh hukuman pancung sampai mati!

Ada jugak hamba Allah..HAMBA ye tuan2 dan puan2..
seorang HAMBA yang lawan tokey x sedar diri.. xtau asal usul..sombong..bongkak..belagak..poyo..xfemes tapi nak cari publisiti murahan HINA islam secara terang-terangan di FB seperti Salleh Gregor Samsa...
kelakar gile aku baca..
sakit hati Islam di hina memang tersangat lah..
tapi kelakar jugak sebab tengok kepoyoan mamat ni yang kononnye teringin sangat nak kikis bangsa melayu & agama Islam kat IC beliau..
tu pun nak heboh ke???
hei..kitorang pun xmahu lah ada sedara sebangsa & seagama macam kau!
perasan lebey..

Baik nya kita insafkan diri dengan Isu-isu luar yang bukan terhasil dari isu-isu murahan ciptaan kita tapi melainkan cuma terjadi atas ketentuan Allah yang menghukum..
Allah yang memberi...dan cuma Allah yang berhak menarik segala sesuatu itu kembali..

BANJIR DI PAKISTAN





PERANG YANG BELUM BERAKHIR DI IRAQ




KEMUSNAHAN & KEMATIAN AKIBAT TAUFAN DI PHILIPHINES



GEMPA BUMI DI SUMATERA


BILA KITA NAK SEDAR? XHABEH2 TIMBULKAN ISU2 MURAHAN..

Thursday, August 12, 2010

BERPERASAAN KaH machiNE iTu???

first time tengok cite HERBIE masa dalam bas balik keyell..ngan Jue..(confem minah tu da lupe..)

kelakar siott..asyek mengekek ketawa ala2 angelina Jolie xcukup tido..(hnssfff..)

da time tu tempat duduk baekk punya belakang driver..ilang konsentrasi driver bas tu mandu asyek terkejut je ngan ketawa mengilai aku yg tiba2..

da 3 4 kali akak aku cuit aku suh lower kan volume..berjaya gak 3 4 kali tu..tp asal dia terlupa cuit aku je..terburai lagi sekali..dua kali..last2 dia pon ikut sama cam driver yg asyek terkejut dek ketawa aku yg unpredictible bilenya itu..hadoi..




tp aku bukan nak mengimbau kembali cite kelakar ni..dah tentu2 sume orang penah tengok..haa..oo..awak belum ye?? ermm..nak kena cite ke? xyah la ek..kalau cite kang taku kena sue plak ngan si Lynda Elenshaw Thomson tu..penat2 kua duit producekn cite tu aku sebok2 plak interprem..sowie yuu..i tak de duwitt nak baya lawyerr..(utang ptptn pon blom abes lagi nyah!)


yang aku nak story teller kan ni al kisah harta benda aku yg kalau dalam lajer akaunnye terletak baekk punya kat belah aset tp asyek contributekan peratusan yang tinggi dalam ruang expense aku tetiap bulan..ape?? ni haa...

............

ehh.. lebih seperti ahlong bukit beruntung tagnye..zoom jelas sket..jap2..



.........................................



....................................

>>>




>>>>.





 wahh...cam baru yuu...!!

ala2 saleman nak promote kereta plaks~
tapi...ini bukan photo kereta mashitah abu bakar pun..cuma satu keturunan..satu kaler..same lampu break..sama jenis taya..ye lah! aku amek basic punya!! tp ade radio kayy...~~


5 minit aku google2 picture kat dalam laptop..owhhh...baru pasan...dah setawun lebih rupanya aku ada harta 'berharga' aku tu tapi xpenah satu pon gamba beliau berada dalam simpanan..mak aihh..xpenah amek gambar dia langsung!! patut pun majukk...ish3...sorry ye cik kereta..sok kte g masuk studio amek gambar banyak2~~ ok. xpe. yg tu esok boleh settle!

tp motif utama entry ni aku bukak setelah almost setaun tak update ni sebenarnya nak mengwar2 kan kemanjaan terlampau akan 'herbievie' (nama cumel utk viva aku..sure dia sukee =D ) ni pada suatu hari minggu lepas..

kebetulan sejak aku tuka keje ke Mid Valley Bangsar ni aku car pool with 'budak Gemox ' yg sehaluan dengan jalan ke opis aku..kira standard la 2 budak gemoxx 1 kereta..jimat ruang..jimat wang..masa je xjimat..!

so setiap hari berulang alik lah kami dengan myvinye..n sebab tu, aku terfikir nak cari orang sambung bayakan je kete cumel kesayangan aku tu coz berkira2 nak menyambar aset hartanah plak..kunun2nye nak beli rumah so dah alang2 jarang guna herbievie ni baik bagi org je..tp nak dijadikan cerita..satu pagi ni dengan secara tidak sengaja terpergi kerja dengan herbievie n tertaksengajanye terdiskas hal panasss tu kat dalam perott beliau..serius aku xperasan..

al kisah nya petang tu jugak beliau mulakan mogok anti jual kat tengah2 jalan sesak beliau semput2kan diri dengan pelbagai icon2 yg xpernah berkaler aritu kalerful jadinye kat dashboard kereta aku..( merah & biru pon dah di kira kalerful la kan? ) punya la berpeluh2 aku pujuk dengan ayat2 manis budak gemoxx..ish..xbest plak panggil laki aku budak gemox..xkurus langsung kang nnt..hmm..xmau2..budak terlebih berat tu..(k, sedap sikit =] ) pujuk2 beliau dengan belaian2 manja lagi..tp x ok jugak..bak kata org kat sebelah aku kat dalam kereta waktu tu..agak mustahil kereta yg baru setahun jagung beli dah start prob enjin sebegitu..

dah di pendekkan cerita..esoknye kat perodua..setelah di tuningkan through komputer segalanya..herbievie aku kembali bertenaga.. kira ok la jugak semalam tu terlebih panik ingat kot rosak melampau2..tapi dek pujukan kitorang semalam tu hagaknye dia xjadi merajuk lebih2..alhamdulillah..=D

so pasni..bukan aku nak ter superstitious terlebih ke ape..tapi just lebih berhati2 dengan berkata2...



Sunday, December 20, 2009

maRAhhh!!!

Da dekat 2 bulan laptop xde,…g format..
Org yg nak format nye pon bz sangat…faham laa..
Tggu…saba je…

Arini dapat balik….
Lepas je smpai umah..mandi..semayang..
penat gile neh baru balik tgk 3 jam ‘AVATAR’ kat panggung x best Bukit Raja…
terus bukak laptop
Xcited gile bukak nak tgk blik D aku…
Sume keje susah payah luahan ati n memori2 silam aku…
Sume kat ctu…
SEMUA kat c2!!!!!!!!

Tapi bile bukak…
Tup2 sume xde!
Ilang!!!
BF AKU TESALAH FORMATKAN SUME!!!!

Mak oiii…sedey gile..
Ni bukan first time dia 4mat laptop aku pown…
Tapi benda da nak jadi…
Sedeyy sangatttt….
Tapi ape nak buat…
Alahaiiii…

Sebulan lepas….elok2 laki aku ngah nak 4matkan laptop aku..
Aku mengamuk sakan bile tau pasal minah parasit yg xabeh2 kacau laki aku..
Ngamuk punya pasal laptop aku yg tgh rancak d4mat tu aku cabut wayar bwk balik…
Kepam lama kat umah…

Da ok cite pasal parasit tu…dia amek blk laptop…
Kepam pulak kat umah dia dekat sebulan…
Xde masa katanya…
Paham la org keje xtentu masa…

Arini…da dapat blik…
Rindu gile ngan sume brg2 aku kat dalam laptop ni…
Sengaja aku simpan elok2…letak baek2 dalam local disk D tu..
Tak penah2nye laki aku salah format..

Tapi kali ni….
Haih….sedehhhhhhhhhhh sangat!!!!!
Mana lagi nak dapat balik sume tu??

Tepon arip…dengan xde perasaannye aku tanya..

“awak salah 4matkan laptop saya ekkk…”

Tu jee…xde marah..xde tengking2 macam selalu..SELALU???
heh
Hmmm…sebabnye aku terlalu sedey n marah sangat,…
Smpai xleh nak xpress dah..

***
Rasa nak marahhhh sangattt…tapi xtau kat sape…
Rasa sakit ati sangatttt…tp xsampai ati nak mengamuk2 lagi….
Sekarang rasa down…
Rasa macam nak mc je esok tanak g keje..
Macam nak bekabung je untuk seminggu ni…
Tanak kua umah….tanak jumpa sesape…
Nak nangis je …bole tak…??
Mane tau mggu depan kua balik sume2 yg aku ilang tu…
Hmmm…..

20 dec 2009
11.10pm

Thursday, December 17, 2009

buLi??

8pm semalam..macam besa, kalo xde hsemate laen kat umah, aku layan my fav channel...hallmark~702~Oprah WinfrEy~~



isu malam ni..kaki buli..
bukan buli macam cite afdlin shauki tu..
n bukan jugak buli macam cite spiderMan yg akhirnya yg dibuli bertukar menjadi hero malaya n dapat awek cun yg digilai ramai...
tp...
the fact is..
buli yg menyebabkan seseorang tu hilang keyakinan diri..
smpai sanggup rampas nyawa sendiri..
n mak bapak tanggung rasa sesal dan dendam sepanjang hayat...

sebelum ni...
aku x amek pusing pon soal buli..
bg aku..biasa la..anak2 nak meningkat dewasa
n kepada yg dibuli tu pun..
selalu org x endahkan..
coz diowang ni selalunye type2 mamat2 lembik yg xbape cukup sifat..
so, xramai sangat org yg akan terfikir untuk membantu..
aku pon dulu pk macam tu..
lembik..defense la diri sendiri!
tp smpai satu tahap..bila aku tgk luahan hati mak bapak budak2 mangsa buli ni..
hati aku yg menjerit sendiri..sedih!!
sedar tak sume..yg walau seburuk selembik or sepengotor ataupun semiskin mana budak2 yg dibuli ni..
atleast ada seseorang yg kat dalam dunia ni SAYANGKAN diorg...
PERLUKAN diorang...
yg pastinya akan bersedih sepanjang hayat..bila pengakhir hidup anak yg dijaga dari umur 1 hari..sehinggalah pada hari terakhir mata ibu itu lihat sendiri rupa anak yang di sayang tu tergantung di dalam rumah..tanpa nyawa..bunuh diri!!!
besarnya kesan pada psikologi anak2 dengan perkara yg selama ni aku anggap KECIL ni...
    
    cuba tengok muka budak ni....


>>>



     >>>>>





sedehh kan tengok muka dia..innocent je...
sure memalam dia penah berangan esok pagi nak ajak mak cari kasut sukan baru nak join sukan kat sekolah..nak bergaul mesra ngan kawan2..nak pakai cantik2 so that nanti ramai orang sudi berkawan dengan dia..
tapi asal sampai sekolah kena buli...
kena senda..jatuhkan maruah...apE?? ngat budak kecik xde perasaan harga diri ke??


tp tula..worse care scenario..
kalau xkena buli sampai ajal pon bebudak tu...
ade jugak yang sampai bunuh diri..(astagfirullah..)

mungkin...itu org barat...
xsama macam org timur yg ada pegangan agama dan adab..
tp bukan kah rasa dan derita mereka tetap sama??

aku tengok gamba budak2 yg mangsa buli tu..
dah arwah la sekarang ni kan..
baru 12 taun..13 taun...
memang la jenis type yg senang di buli pon...
yg selekeh..kurus melidi..
tp tula..
kadang2 bile jumpa kat lua anak2 yg macam tu..
selalu telepas pandang..
selalu fikiran kosong je tgk diowg..
smpai aku kadang2 lupa..
diowang pon ada hati n perasaan gak..
diorg pon ada sesorang yg diowang sayang gak..
n still ada sumone yg perlukan diowang walau seburuk n seteruk mana pon diowang..

hmm..
teringat dulu time sekolah rendah,..
setakat cubit2 membe kat dalam kelas smpai membe tu nangis besa la..
tapi jahat2 aku pon..
atleast aku la org petama yg defense mana2 membe aku yg di buli..
haha...
kira macam jahat tapi hero la..
kadang2 smpai benda yg xde kena mengena ngan aku pon aku sebok nak petahankan org..
mmg suka cari pasal...
suka cari gado..
tp yg paling tak best..
bile aku gila2 petahankan org..
bila time aku..
sume org senyap..penakott...xde pon nak tolong membe!
hampeh betul sahabat2 aku dulu..

tp betul la..
bak kata psikologist kat tv show semalam..
peranan penting sebenarnya dari orang2 sekeliling..
mungkin yg membuli xde kesedaran sivik untuk berubah..
n mungkin yg dibuli pon terlalu lemah unutk bertindak..
jadi org2 sekeliling lah yg patut membantu..
yang patut bersuara dan bertindak..
bukan setakat menjadi pemerhati dan jadi penonton crita swasta...
n paling penting...
ibu bapa..jadi pendengar setia dan bertindak...
"abaikan laa...jangan dilayan..lama-lama benti la tu diowang.." ...adalah ayat keramat yg PALING PENTING UNTUK DIELAKKAN..!
try to understand..n try to defense!

sekolah paling pentingnya..
sekolah bukan saja tempat untuk ajar anak2 dapat A utk setiap subjek..
bukan saja tempat untuk bg lecture tiap2 pagi bawah panas terik bitau perkembangan sekolah itu ini..
bukan sekadar tempat untuk mak bapak lepaskan anak2 6 7 jam dari umah..
bukan sekadar tempat utk bgtau 1+1=2
bukan lagi tempat untuk smpaikan anugerah sapa paling pandai sapa paling malas..
bukan lagi tempat untuk bertanding sekolah tercantik dan sekolah terburoks!
sekolah...please berhenti bersaing untuk menjadi sekolah terbest di abad ni...
please cikgu2 dan kementerian pelajaran...
berhenti pada matlamat asal..
xcukup 5 hari sekolah di tambah pulak tuition ahad n isnin..
suma nak bg budak2 terlebey bijak...
subjek sivik dan tugas kaunselor itu bukan sekadar pencantek n pelngkap sekolah..

mungkin di US bunuh diri akibat buli sudah semakin terbiasa..
di malaysia..pembuli semakin berani mengambil nyawa..
seperti kes di salah sebuah sekolah agama di semenanjung malaysia baru2 ni..
sesuka hati je lanyak budak tu smpai mati..
rasa bagos sangat la sesula ati korang lanyak org macam kain burok..
insaf macam mana pon korang...
xkan sekali2 kembalikan nyawa dan kebahagiaan dia sekeluarga..

pada pembuli..
jangan tunjuk korang hero sangat..
kalau pon nnt budak tu xmati korang kerjakan..
dia yg bunuh diri..
korang apa jadi?
trauma sepanjang hayat...
lagi best campur unsur2 mistik sket...
bio antuu budak tu datang serang korang 7 keturunan..padan muko!!


Wednesday, November 4, 2009

y ladiEs toDay are st!LL siNGle~

ehem..ehem..


The nice men are ugly
The handsome men are not nice
The handsome and nice men are gay
The handsome, nice and heterosexual men are married
The men who are not so handsome, but are nice men, have no money
The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money
The handsome men without money are after our money
The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don’t think we are beautiful enough.
The men who are think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money are cowards.
The men who are someone handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!
The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative