Showing posts with label kARya~. Show all posts
Showing posts with label kARya~. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

SAYANG YANG BERLALU

sayang yang tak dihargai
untuk apa lagi mesti dinanti
perlukah menunggu hingga pedih luka tak dapat diubati
atau masih lagi menanti harap
agar si dia datang kembali
menghulur simpati..
ah, aku tidak perlukan itu!

aku keliru
antara sayang ku yang melimpah
dengan kasihnya yang semakin berubah!

ku nilai hari2 yang berlalu
mengintai waktu jika pernah di satu ruang
ada salah tingkahku
mungkin benar kesilapan itu ada datangnya dari aku
keegoan jua mungkin wujud dalam hati mu
mungkin kerana itu kita terpisah
mungkin kerana itu perasaan itu berubah
beralih arah…

aku terima apa jua
kerana semua itu
aku sudah tidak mampu untuk merubah.

panTa! iNi~

sepetang aku di putih bersihnya pantai ini
mengimbau waktu,
tentang kenangan semalam… 

Disini..
Di gigi jernihnya air ini
aku pernah di sini
menyulam rindu dan cinta yang maha dalam 

Di sini..
satu tika dulu
aku dan dia saling sama menyemai cinta
saling sama menghulur rindu
saling sama hamparkan ikhlasnya kasih sayang..dari dua hati
namun..terpalit noda.

Hari ini hanya aku sendiri di sini
bersama hamparan pantai bersih yang sama ini
malah denai yg ku lalui jua..tetap sama
Cuma bezanya..tanpa dia!

Ingin sekali aku cari pada hamparan putih bersihnya pantai ini
kiranya ada sisa kemanisan cinta kami yang tertinggal
ingin ku kutip semula semuanya menjadi satu
kiranya masih ada sisa rindu kamiyang masih melekat pada buih ombaknya yang menghempas
ingin ku cantum semula semuanya satu persatu..
kira nya ada serpihan sayang kami yang masih berlegar bersama hembusan angin ini
ingin ku lamarnya semula…
namun..aku hampa..

Sepetang aku di pantai ini
yang ada Cuma sia-sia
yang lahir Cuma air mata
yang hadir Cuma kenangan2 lama
mencuit rasa hiba
tak mungkin kembali.


balak cun

“ Bak la balik beg aku tu!!” Izwan tinggikan suara. Mukanya sudah merah padam menahan amarah. Seminit dua suasana diam tiada suara. Pelajar2 yang berada di situ saling pandang memandang. Tiba2 meledak ketawa kuat dari sudut belakang bas sekolah itu. Suasana kembali hiruk pikuk dengan ketawa mengejek, suara Hakimi paling lantang sekali kedengaran.

“ woi, ‘kakak’ kte nie mengamuk tuu..takutnye…” hahaha. Ejekan nya di sambut ketawa rakan2. pelajar2 yang duduk di bahagian hadapan bas sesekali menoleh melebar senyum. Kelakar dengan perangai Izwan yang terkenal dengan imej lembutnya itu. Wajah Izwan benar2 seperti mahu menangis. Marah beserta malu di ejek sebegitu rupa. Namun untuk melawan, dia benar2 tiada kekuatan.

“ bagi la balik beg aku tu..” suara Izwan antara dengar dan tidak.

“ hoi!! baik ko bagi balik beg budak tu!!” tiba2 satu suara mencelah. Semua mata memandang. Nazira muncul dari tengah2 sesak. Dari tadi dia menahan rasa geram dengan perangai sesetengah pelajar lelaki di dalam bas itu yang suka membuli Izwan, mamat lembik yang langsung tak tahu nak bersuara. Dari tadi dia menunggu, harapkan Izwan mampu membela diri sendiri tapi akhirnya tangisan Izwan pula yang kedengaran. Nazira memang berang, ‘ pantang betul aku..’

Hakimi yang terpandangkan Nazira terbeliak mata. ‘ apsal la aku tak sedar lak minah mafia ni ada kat dalam bas ni..’ Hakimi bersuara sesal namun nasi sudah menjadi bubur. Apa pun, dia perlu sembunyikan rasa gugupnya.

“ fulamak, ada hero datang tolong la pulak..eh..eh..heroin la korang! ish ish ish, Wan, ada heroin nak selamatkan ko ah, pasni confem la tangkap cintan.haha!!” Hakimi memerli dalam gugup. Pengecut yang lain yang berada di dalam bas itu sekadar ketawa kuat. Masing2 tak berani menjawab, kenal sangat dengan kepala angin Nazira itu, tersilap kata memang buruk padahnya! Cuma Hakimi yang masih lagi belum puas mengejek.

“ pegi mampus la heroin ke hero, ko jangan nak tunjuk lagak kat sini pulak. Aku cakap bagi, bagi je lah beg budak tu balik! Kang lebam lagi sebelah bijik mata ko kang. Heh, tak kan x serik lagi beb..” Nazira tersenyum sinis memandang Hakimi. Tangan nya sudah di gempal2 kan penumbuk, seperti samseng benar lagaknya.

Hakimi rasa tercabar. Masih dia ingat akan insiden yang berlaku 2 bulan lepas saat penumbuk sulung Nazira hinggap di mata kiri nya, semua gara2 dia mencabar Nazira untuk berlawan dengannya pada satu petang. Dan..pada petang itu juga dia telah di malukan di depan rakan2 samsengnya yang lain bila dia kalah di tangan Nazira. Sangka nya, tomboy itu sekadar tahu bersuara, rupanya terbukti sifat keperempuanan yang ada pada Nazira hanya sekadar nama. Dia benar2 lelaki!

“ yang kau nak masuk campur ni ape hal? Mamat lembik ni adik kau ke?? Ke boyfriend kau? Kau kalau tak masuk campur hal kitorang tak bleh ke, hah? Dah perempuan tu buat la perangai pompuan. Jangan berani tak bertempat sangat. Dah lama aku tahan ngan perangai kau ni tau! Jangan sampai aku bekeras dengan kau pulak hari ni..” Hakimi tunjuk berani. Wajahnya begitu hampir dengan wajah Nazira, sengaja di kerutkan wajahnya seribu, berharap agar perempuan berperangai lelaki di hadapannya itu sedikit goyah. Namun, Nazira masih lagi berwajah selamba.

“ heh..” Nazira senyum mengejek.

“ tak payah la ko nak cakap banyak plak kat sini, sekarang aku tanya ko lagi sekali, ko nak bagi tak nak beg mamat tu?? Kalau kau tanak bagi aku boleh tolong amek kan..” Bola mata Nazira memandang tepat ke dalam mata Hakimi. Nazira seakan ingin ketawa melihat mata Hakimi yang meliar, ‘nampak sangat gugup ko Kimi’ Nazira ketawa dalam hati. Tangan Nazira sudah memegang beg Izwan yang masih berada di dalam tangan Hakimi. Suasana dalam bas benar2 hening. Semua mata tertumpu kepada sketsa yang di naungi Nazira dan Hakimi di belakang bas.

“ dah la tuu..!” separuh tangis Izwan bersuara lantang meleraikan dua lawan itu. Dia tak sanggup melihat kalau2 Nazira bakal tercedera dek tindakan Hakimi nanti. ‘ hisy, bapuk betul la suara kau ni izwan’. Hakimi bersuara di dalam hati. Benar2 jelek akan perangai lembut Izwan di hadapan nya. Dia mencebik.

“ heh, nasib kau baik kali ni..” Hakimi lantas menghempas beg Izwan ke lantai bas. Separuh hatinya lega dengan tindakan Izwan sebentar tadi, sekurang-kurangnya dia punya alasan untuk menghentikan panas baran Nazira hari itu, risau dia bakal di malukan sekali lagi di hadapan rakan2nya yang lain.

“ heh, nasib aku...atau kau yang baik hari ni Kimi..? lain kali jangan nak tunjuk lagak sangat depan orang lain, menganjing macam garang, jumpa lawan kau tunduk macam kucing! ” Nazira bersuara perlahan. Pelajar2 yang berada berhampiran Nazira dan Hakimi tersengih-sengih gelihati. Namun apabila melihat muka Hakimi yang merah menahan marah, masing2 berpaling pura2 tidak dengar, pura2 sibuk bercakap2 sesama sendiri, bagaikan tiada apa yang berlaku.

* * *

“ Naz, aku nak ucapkan terima kasih, kau banyak tolong aku selama ni, aku..aku tak tau macam mana nak balas budi kau..” lembut suara Izwan kedengaran pada telinga Nazira di petang yang hening itu.

“ hisy, aku geli betul lah dengan kau ni Wan, ko kalau cakap macam jantan sket ngan aku bley tak hah? Cuba la ko tu keras sikit, dah kau lembut macam tu mana la orang tak buli. Hey, kau dengar sini, sebelum2 ni boleh la aku tolong kau, tapi aku pun bukan selalu boleh ada dengan kau Wan, nanti kalau orang buli kau lagi time aku takde camne? kau kena berubah Wan..” panjang lebar Nazira berhujah. Memang, mustahil untuk Izwan bertukar menjadi lelaki gagah dengan tiba2, namun Nazira harapkan suatu hati nanti sahabat sedari zaman kanak2nya itu mampu untuk mempertahankan diri sendiri. Nazira memandang wajah putih kemerah merahan Izwan yang sayu. ‘ ee, jambu betul la kau ni..’ Nazira meluat. Dia sendiri kadang2 jengkel melihat wajah Izwan yang sebegitu, namun dia selalunya bersimpati.

“ aku nak tukar sekolah…” dalam dengar dan tidak Izwan bersuara.

“ bapak aku di tugaskan kat Kuching balik, so mak bapak aku nak kitorang pindah balik sana, duduk kat kampung nenek aku..” Izwan tukar topik. Sudah jemu bila selalu sangat perangainya di nilai oleh kawan2. Dah memang dirinya macam ni nak buat macam mana lagi?

Nazira pandang muka Izwan tak berkedip. Pindah? Izwan sahabat baiknya sejak dari darjah 1 lagi, mereka berjiran, belajar di sekolah yang sama tapi memandangkan Izwan yang otaknya lebih bijak dari Nazira, mereke belajar di kelas yang berasingan. Namun sekarang, atas dorongan dan tunjuk ajar Izwan selama ini membolehkan Nazira untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Izwan kerana pada tahun lepas, dia sudah berjaya untuk masuk di dalam kelas yang sama dengan Izwan, dalam darjah 6 Cemerlang.

“ kau nak pindah Wan? Bila?” Nazira tahan air matanya dari tumpah. ‘Ahh, aku kan kuat, tak boleh menangis!’

“ Mungkin minggu depan kot, kalau takde orang nak temankan aku, aku mungkin dah tak balik semenanjung dah lepas ni, jauh tu kat sana, aku takut nak datang sini sorang2 lagi lepas ni..” Izwan bersuara pilu, matanya sudah merah menangis sejak tadi.

Nazira yang khusyuk memandang muka Izwan dari tadi mencebik. ‘ ceh, penakut betul mamat lembut sorang ni..’

“ ko ni Wan, jangan la cakap macam tu, ada jodoh nanti kte jumpa mana tahu. Penakut sangat la ko ni, kempunan la aku nak tengok ko berubah nanti..” Nazira bersuara sayu. Matanya juga merah menahan air mata dari tumpah.

Nazira lihat Izwan keluarkan sesuatu dari beg sandangnya,

“ ni untuk kau..”

“ apa ni..?”

“ bukak la..”

Rakus Nazira mengoyak pembalut bermotifkan hati itu. Izwan ternganga melihat tindakan gopoh Nazira, tiba2 bersuara lantang.

“ ko ni Naz, elok2 la koyakkan pembalut tu, sayang tau. Meh sini aku bukak kan!”

Izwan merampas kotak kecil berpembalut indah itu dari tangan Nazira. Penuh hati-hati Izwan koyak kan pembalut kotak hadiah tersebut.

“ nah..” tersenyum Izwan serahkan kembali kotak hadiah dan pembalut tadi yang sudah di lipat kemas.

“ simpan semua ni baik-baik tau, bila kau pakai ni aku harap kau selalu ingatkan aku..”

Nazira sambut getah rambut berwarna pink yang di hulurkan Izwan.

“ tapi rambut aku…”

“ aku suka tengok kau rambut panjang Naz, masa kau kecik2 dulu comel sangat. Lepas ni jangan la lagi buat rambut pendek macam jantan ni, tak cantik..haa, kau simpan panjang rambut kau nanti kau ikat la dengan getah rambut aku bagi ni, cantik kan? Pink lagi..” Izwan tersenyum lebar di akhir bicara, sambil membayangkan wajah manis Naz memakai getah rambut pemberiannya itu.

“ buruk sangat ke aku sekarang?” bagaikan orang bodoh Nazira bertanya sendiri. Izwan tersengih lebar.

“ Aku cakap ni kau jangan kecik ati pulak, erm, ada la sikit buruknya tu..tapi takpe, lepas ni kau jaga la sikit penampilan diri kau tu, haa, pakai cantik2 sikit, bedak..lipstick..macam2kan ada kat kedai tu. Kalau kau pakai semua tu nanti cantik la, sekarang ni macam jantan haa aku tengok kau. Tak boleh la macam tu, kau kan perempuan. Kena jugak jaga tatasusila.Lagi satu ni aku nak ingatkan, rajin2 sikit mandi tu, dah lain macam sangat bau kau ni pun haa..”

Pantas Nazira menutup mulut. Terkejut dengan kata-kata Izwan sebentar tadi. ‘hisy, melampau2 pulak budak ni membebel’.

“ hamboy…over nampak beb, sebok sgt bersyarah kat aku macam jantan. Kau tu yang dah macam perempuan melayu terakhir tu bila masa pulak nak berubah nye cik kak?? Oi, lelaki sejati tak de de nak pakai2 bedak macam kau ni tau?!” pantas Nazira membidas kata2 Izwan sebentar tadi. Masing2 tertawa riang. Dan petang itu adalah kali terakhir Nazira sempat bertemu dan berbual ceria dengan Izwan kerana minggu depan yang di katakan Izwan rupanya esok keluarganya sudah pun berpindah kembali ke Kuching.


* * *

Suasana di kelas 5 Bintang yang hingar bingar bagaikan pasar malam sebentar tadi bertukar sepi. Cikgu Latifah melangkah masuk, di iringi seorang pelajar lelaki di belakang.

“ Bangun!! Assalamualaikum cikgu!!” suara lantang Hakimi, ketua kelas 5 Bintang lantang berteriak. Pelajar2 lain turut sama memberikan salam hormat kepada guru kelas mereka itu.

“ murid-murid, kelas kita akan menerima pelajar baru hari ini. Saya perkenalkan, Muhammad Khairil Izwan Abdullah.” Tersenyum mesra Cikgu Latifah memandang pelajar baru yang di maksud kan. Khairil Izwan membalas senyuman ikhlas itu dengan ramah. Suara2 pelajar di belakang kelas kedengaran berbisik. Masing2 ceria menerima kehadiran rakan baru.

Hari itu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang Muda rata-ratanya bercerita tentang pelajar baru itu. Sudah menjadi lumrah, sekolah terpencil seperti itu amat jarang menerima pelajar dari kota, apatah lagi menerima pelajar tampan seperti Khairil Izwan, tentunya heboh cerita mengenainya tersebar terutamanya dari bibir pelajar2 perempuan.

* * *

Nazira termenung di anjung rumah. Kehadiran pelajar baru di sekolahnya hari ini mengusik mindanya. ‘ macam kenal je aku mamat sorang ni..’ Nazira berkata sendirian.

“ assalamualaikum..” tersentak Nazira dengan sapaan salam dari luar rumah.

“ walaikumsalam.” Ramah Nazira menjawab salam, meninjau ke luar mencari gerangan orang di bawah. Saat mata terpandang sang tetamu, hati Nazira berdegup pantas. ‘ Khairil Izwan?? Buat apa dia kat sini?’ Nazira panik. Pelik dengan kehadiran tetamu tidak di undang itu. Entah mengapa hati Nazira di amuk resah..

“ ye, cari sape?” Nazira berbahasa basi.

“ Nazira..saya cari kawan lama saya, Nazira. Dia masih tinggal kat rumah ni?”

“ cari Nazira? Saya lah, tapi kenapa ya...?” Nazira pelik.

“ Nazira Zulaikha? Awak ke?” Khairil Izwan bertanya tidak percaya.

“ye, saya lah tu. Erm, awak ni sape ya?” Nazira sekadar bertanya soalan yang sudah di ketahui jawapannya. Wajah tetamu tak di undang itu di tatap dalam2, ‘panjang betul umur kau, baru je aku sebut2..’ Nazira senyum dalam hati.

Khairil Izwan di hadapannya tersengih lebar, sambil matanya meliar memandang sekeliling kawasan. Wajah lelaki di hadapan nya kini benar2 ceria, menjadikan Nazira lebih tertanya-tanya.

“ banyak sangat perubahan kat kampung ni, salah satunya kau Naz. Lain sungguh kau sekarang, aku ingat kau masih lagi boyish seperti dulu, rupanya sudah bertukar menjadi gadis ayu kau sekarang ya..”Khairil Izwan bersuara ceria. Terserlah pandangan kerinduan lelaki itu pada matanya, rindu pada ketenangan desa tempatnya membesar, dan juga kerinduan yang teramat pada wajah gadis di hadapannya kini, Nazira. Khairil Izwan memandang wajah Nazira yang masih lagi dalam kebingungan. Berkerut seribu.

“ kau betul2 tak kenal aku Naz?” soal Izwan tersenyum menggoda. Di lihatnya gelengan lembut Nazira bagaikan memberinya jawapan, megantikan kata2.

“ erm, saya nampak awak tadi kat sekolah, awak pelajar baru tu kan? Tapi kenapa awak datang cari saya? Saya tak faham..awak kenal saya ke sebelum ni? Saya rasa saya tak kenal awak..” jujur Nazira berterus terang. Seingat nya dia tidak pernah mengenali lelaki di hadapannya kini, namun akalnya masih ragu2, kenangan2 dulu masih lagi bermain dalam kepalanya. ‘ ya, Wan. Lelaki di hadapannya ini persis Wan, sahabat waktu kecilnya dulu. Tapi, karektor kedua2nya sangat berbeza!’ akal Nazira masih ligat berfikir.

“ aku Wan, Naz. Khairil Izwan Abdullah. Jiran kau waktu dulu. Sahabat kau yang selalu di buli di sekolah dulu, kau tak ingat? Erm, aku…aku yang hadiahkan getah rambut pink tu..” sorotan tajam mata Khairil Izwan tertancap pada getah rambut pink lusuh yang menghiasi rambut Nazira waktu itu. Sememangnya Nazira akan sering memakai hadiah pemberian Izwan itu sejak dulu, pemberian yang amat disayanginya, dan hari ini tidak di sangkanya dia bakal bertemu semula dengan sahabat karibnya itu. Nazira kelu. Benar2 tidak menyangka firasatnya sebentar tadi benar belaka. Dia benar2 terharu!

“ ya Allah Wan?? Tak sangkanya aku. Macam mana kau boleh berubah macam ni? Serius aku langsung tak kenal kau tadi. Hey, macam mana boleh jadi macam ni ni? hah? Macam mana kau boleh balik kat sini balik Wan?”Nazira bagaikan tidak percaya dengan apa yang tersaji di hadapannya sekarang. bertalu2 soalan terpacul dari mungil bibirnya, membuatkan Izwan di hadapan nya ketawa besar.

“ banyaknya la hai soalan kau Naz, sabar lah. Kita ada banyak masa lagi, banyak sangat cerita yang aku nak kongsi dengan kau nanti.” Manis senyuman Izwan dihadiahkan pada Nazira. Petang itu, dua sahabat yang sudah lama terpisah kini di sajikan jutaan cerita peninggalan mereka semenjak 4 tahun dahulu.

Nazira terbaring malas di atas katil. Mulutnya tak habis2 tersenyum lebar sejak tadi, wajahnya juga asyik berseri2. malu juga dia di tegur ibunya petang tadi, tersengih2 seorang diri di ruang tamu. Semuanya gara2 kepulangan kembali sahabat waktu kecilnya dulu,Khairil Izwan. Nazira gelihati mengingatkan pengakuan jujur Izwan padanya di suatu petang, pabila dia mengajukan soalan mengenai perubahan besar pada diri Izwan sekarang, tidak lagi lembut seperti dulu.

“ aku kena training ala komander dengan pakcik aku kat Kuching dulu Naz, dia mengamuk gila bila tengok anak buahnya lembik bila tengok aku mula2 aku balik dulu. Kebetulan dia baru pencen dari askar waktu tu, jadi banyak sangat lah masanya untuk latih aku jadi lelaki sejati waktu tu.haha.” Nazira juga ketawa mengekek mendengar penjelasan Izwan itu, dapat di bayangkan bagaimana wajah kemerah-merahan Izwan itu di buli oleh bapa saudaranya sendiri.

“ Lagipun Naz, aku memang nak sangat jadi lelaki sejati, aku tanak kena buli lagi. Aku selalu kuatkan hati bila ingatkan kau kat sini. Sebab tu aku tak putus asa walaupun separuh mati aku kena buli dengan pakcik aku tu dulu..” penuh harap Nazira melihat wajah sahabatnya.

Di sekolah, keakraban Nazira dan Izwan menjadi buah mulut hangat. Izwan, mamat lembik satu waktu dulu memang amat2 dikenali kebanyakan pelajar di SMKSAM, kerana kebanyakan pelajarnya rata2 dari sekolah rendah yang sama. Ramai yang tidak mempercayainya. Begitu juga Hakimi, resah benar duduknya melihat kepulangan Izwan, apatah lagi melihat perubahan besar pada diri Izwan yang bakal menjadi saingan sengitnya di sekolah. Hakimi tercabar melihat kemesraan mereka, apatah lagi Nazira yang kini sudah rasmi menjadi kekasih hatinya. Cemburunya meluap-luap. Namun di lihatnya Izwan seakan tidak mengenali langsung kewujudan dirinya di sekolah itu. Mungkin juga Izwan tidak menyangka Hakimi musuh ketat si Nazira gangster itu sudah pun berpasangan dengan lawannya itu.


* * *

Hakimi meninjau2 di celah keramaian tetamu mencari kelibat ibunya. ‘ ish mana pulak orang tua ni pegi..cakap tunggu kat sini..’ Hakimi mengomel sendiri. Segan rasanya berdiri seorang diri di pintu utama bilik pengantin mencari2 kelibat ibunya, sementelah lagi semua tetamu yang ada di kawasan itu penuh dengan jantina berlawanan dengannya. ‘ langsung takde spesis aku..’ Hakimi mengomel2 lagi menutup malu sendiri. Baru tadi ibunya menelefon di rumah memintanya membawa cucuk sanggul yang tertinggal di rumahnya untuk menghias pengantin di rumah kenduri pagi itu, kalau tidak saat ini Hakimi lagi senang menonton tv di rumah dari berada di celah2 keramaian seperti ini. Saat matanya melilau2 mencari, matanya tersaji satu wajah yang amat dikenalinya, Nazira. Waktu itu kelu lidahnya hanya Tuhan sahaja yang tahu, bukan kerana dendamnya yang masih bersisa tetapi akan perubahan diri Nazira yang benar2 berbeda. Nazira di hadapannya kini begitu anggun, dengan lipstick nipis menghiasi mungil bibirnya, Nazira di lihat begitu sopan dengan gaya rambutnya yang di biarkan lepas terurai, tidak seperti selalu, rambutnya hanya di dandan ringkas dengan ikatan ekor kuda. Hari itu Nazira begitu asing di penglihatannya, dan saat itu, Hakimi sedar di usia nya yang sudahpun menjangkau 16 tahun itu sudah terselit perasaan halus yang sukar di tafsirkan terhadap gadis di depan nya kini.

“ Naz..” Hakimi memanggil perlahan. Penuh dengan santun lelakinya tidak seperti selalu yang terpekik terlolong. Nazira yang sedang asyik mengagihkan bunga telur pada tetamu menoleh.

“ pehal?” meluat melihatkan musuh ketatnya dalam keramaian itu Nazira menjawab malas.

“err, ni..tolong berikan kat mak aku..” lembut Hakimi mengatur bicara. Nazira kerutkan dahi. Pelik dengan perubahan tutur kata Hakimi.

“ mak kau mana satu..? ramai je makcik2 kat sini..” Nazira masih tak puas hati pada lelaki yang seorang itu.

“ oo..aa..err, kat mak andam. Dia..tertinggal tadi..” malu2 Hakimi terangkan pada Nazira. Tanpa sepatah kata cucuk sanggul di tangan Hakimi di rampas Nazira dan perempuan itu terus berlalu. Hakimi terkilan, namun dari hari itu dia sudah tidak lagi menyimpan dendam pada Nazira, malah perasaan itu sudah pun bertukar menjadi cinta. Setiap hari ada sahaja caranya cuba memikat Nazira sehinggakan perubahan nya itu mendapat ejekan yang kuat dari rakan2, namun Hakimi tetap tidak berputus asa. Akhirnya usahanya berjaya bila mana keras hati Nazira berjaya juga dia lenturkan.

* * *

“ Naz..” Nazira yang sedang mengemas buku menoleh. Tersenyum manja melihat kekasih hatinya di sebelah.

“ ni, aku bawak nasi lemak sambal petai ni untuk kau. Jom kita g lunch sama!” Hakimi bersuara ceria. Sudah lama dia tidak berkesempatan makan bersama kekasih hati, memandangkan dia baru sahaja pulang dari kem kadet polis anjuran sekolahnya selama 3 hari. Rindu pada buah hatinya menggunung, sengaja di suruh ibunya memasak kan masakan kegemaran Nazira pagi itu, sementelah memang rutin harian mereka bertukar2 makanan untuk dibawa ke sekolah.

“ ee, kau bawak sambal petai ke hari ni Kimi? Waa, bestnye. Jom la cepat g cantin! Tak sabar aku nak makan sambal petai cik Kiah kita ni.” Nazira bersuara riang, sempat lagi mengusik bakal ibu mertua nya itu. Hakimi yang mendengar sekadar tersengih. Suka benar dirinya melihat Nazira yang menyukai masakan ibunya.

“ hai Naz!” Nazira tersentak kala namanya di panggil dari belakang. Pantas dua merpati sejoli itu menoleh, terpandangkan Izwan yang tersenyum sumbing di belakang.

“ owh, Wan. Meh la join kitorang sekali, ni haa, Hakimi bawak kan bekal sambal petai ni, duduk la rasa, sedap!” ramah Nazira mempelawa sahabatnya duduk, sempat juga tersenyum manja pada Hakimi di sebelah meminta persetujuan.

“ em, duduk lah Wan, kita makan sekali. Boleh sambil tu borak2..” Hakimi turut mempelawa ikhlas. Namun sapaan nya bagaikan tidak di endah oleh Izwan. Izwan menjenguk ke dalam bekas yang masih bersisa di atas meja.

“ hai, tak kan belanja awek makan bekal je kot Kimi..” penuh sinis Izwan menempelak. Hakimi tersedak. Tidak di sangka mulut Izwan selancang itu. Wajahnya sudah merah menahan malu. Nazira di sebelah terpempan. Sangka nya Izwan sekadar bergurau.

“ ehh, apa pulak belanjanya Wan, ni lauk special ni mak Kimi masak kan untuk kitorang, rugi tau kau tak nak rasa. Meh la duduk sini jangan malu2, ala kau ni, macam tak biasa pulak..” Nazira ketawa sembunyikan rasa tidak sedap hatinya. Hakimi di lihatnya lahap menikmati hidangan berpura2 tidak mengendahkan kata2 Izwan sebentar tadi.

“ ahh, tak payah la Naz! Geli aku. Eh kau ni kan lalu eh makan macam ni, ish kesian la aku tengok korang. Kau Naz kalau teringin sangat nak makan ni aku boleh bawak la pegi makan kat tempat2 lagi mahal dari ni, tu haa, banyak je restoran2 ke hotel2 mahal kat bandar tu aku boleh bawak kau. Setakat makan bekal macam ni..heh, buat malu je!” lantang suara Izwan membelah keriuhan cantin tengah hari itu membuatkan ramai mata yang memandang. Wajah Hakimi benar2 merah menahan malu yang teramat.

‘pang!’

Nazira kaget. Tidak disangkanya dia senekad itu menampar wajah Izwan. Namun dia sendiri terlalu terpukul dengan kata2 lancang Izwan sebentar tadi. Nafsu amarahnya membuak2. Izwan perlu di ajar. Namun wajah lelaki di hadapan nya itu masih sinis, mungkin tamparan wanita nya tidak sehebat mana untuk memberi kesan pada wajah Izwan. Lantas tubuh Izwan di hadapannya di tolak keras. Nazira pantas berlari meninggalkan dua lelaki itu di situ.

“ kau dah puas Wan? Ini ke yang kau nak?” Izwan yang dari tadi memandang derap langkah Nazira meniggalkan nya menoleh. Terlupa sebentar kehadiran Hakimi di antara dia dan Nazira sebentar tadi.

“ aku tahu kau tak puas hati dengan aku dari dulu lagi kan? Memang aku salah dulu selalu kacau kau, buli kau. kalau kau nak aku mintak maaf sekarang aku mintak maaf banyak2 dari kau. Tapi aku rasa kita dah cukup besar sekarang untuk ulangi zaman dulu, zaman kanak2 kita dulu. Aku harap kau simpan lah dendam kau tu balik. Aku tak nak kita berdendam lama2, dan please jangan gunakan Nazira untuk sakiti aku, aku sayangkan dia sangat2. sebagai kawan kau pun tentunya mahukan yang terbaik untuk Nazira kan Wan? Kami dah cukup bahagia sekarang, jangan la kau keruhkan keadaan...” tegas suara Hakimi pada pendengaran Izwan. Izwan terkelu.

* * *

Nazira silentkan handfone. Sudah berkali2 panggilan dan sms dari Izwan di terimanya namun tiada satu pun yang berjawab. Setiap sms yang di terimanya dari Izwan juga tiada satu pun yang di bukanya. Sengaja di biarkan kaku di dalam handfonenya tidak berusik. Sudah seminggu peristiwa itu berlalu namun hati Nazira begitu keras untuk memaafkan Izwan. Di sekolah lagaknya tetap seperti biasa. Seringkali Izwan muncul di hadapan nya, Nazira sekadar berlalu tanpa sepatah kata. Nazira masih ingat sehari selepas kejadian Izwan datang kepadanya di sekolah untuk meminta maaf.

“ Naz, please jangan pegi dulu. Aku nak mintak maaf dengan kau dan Kimi, aku harap kau sudi maafkan aku Naz. aku taknak pasal ni kita begaduh masam muka lama2, kita dah berkawan lama. memang salah aku hari tu berdendam dengan Kimi selama ni tapi aku dah pun mintak maaf dengan Kimi tadi dan dia pun dah maafkan aku...” sayu air muka Izwan meminta simpati.

Selamba Nazira pandang muka Izwan. Hatinya masih lagi terusik dek kejadian hari itu, sakit hatinya bila dia dan kekasih hati di malukan di hadapan pelajar2 lain di kantin sekolahnya.

“ kalau Hakimi dah maafkan kau pun biarlah. Itu urusan dia. Kalau kau nak sangat aku pun maafkan kau, nah. Ambik lah maaf aku ni banyak2, simpan jugak sikit mana tau esok lusa kau perlukan lagi maaf aku tu. Tapi ni biar aku cakap terang2 dengan kau, bagi aku hubungan persahabatan antara kau dan aku dah takde! Heh, tak guna pun aku ada kawan yang macam kau ni..” sinis sekali Nazira memerli. Keras hatinya memang benar2 tak dapat di pujuk. Nazira memang begitu. Terlalu sukar memaafkan orang. Prinsipnya untuk hanya menghargai orang yang tahu menghargai dirinya, dan tak kan teragak2 untuk kehilangan seorang kawan yang pernah menyakiti hatinya!


Sudah sebulan perang dingin Nazira dan Izwan belum berakhir. Sudah jenuh pujuk rayu Hakimi terhadapnya untuk memaafkan Izwan sementelah lagi Hakimi sendiri sudah pun berbaik2 dengan Izwan sejak peristiwa itu namun hati Nazira masih lagi kering. Ego nya masih lagi tinggi untuk memaafkan sahabat baiknya satu waktu dulu itu.

Izwan sendiri lewat kebelakangan ini sudah sepi tanpa berita. Mungkin juga sudah jemu memujuk lantas di biarkan rajuk Nazira sendiri. Di sekolah pun bila bertemu, Izwan sekadar berlalu selepas menghadiahkan senyuman ikhlas kepadanya. Di rumah juga tiada lagi kunjungan2 Izwan menagih maaf darinya.Di lihatnya Izwan sekarang ini lebih suka menyendiri dan menghabiskan masa dengan belajar. Mungkin juga untuk menumpukan lebih banyak masa untuk peperiksaan SPM yang bakal mereka tempuhi hujung bulan ini. Nazira rasa selesa dengan perubahan ini. Lapang benar dadanya bila tiada lagi gangguan dari bekas sahabatnya itu.

* * *

“ Naz!” Nazira terpandangkan Hakimi yang melambai dari jauh. Tersenyum mesra Nazira menghampiri kekasihnya itu.

“ bape ko dapat?” tersengih Nazira memandang Hakimi yang ceria pagi itu. Pelajar2 lain masing2 sibuk mendapatkan keputusan SPM mereka hari itu.

“ ni haa, ko tengok la sendiri..” Hakimi menghulurkan slip keputusan nya di tangan.

“ waa, 7A 3B ek ko dapat. Terror la tu..” Nazira teruja melihat keputusan cemerlang Hakimi.

“ kau?”

“ erm, tak secemerlang kau. Aku dapat 5A 3B 2C la. Ada jugak C nya tuh. Geram betul..” Nazira mengomel. Namun jauh di sudut hati dia juga bersyukur mampu mendapat keputusan yang boleh juga di katakan cemerlang ini.

“ Izwan best student. Dapat straight 10A exam ni..” berhati2 Hakimi memberitahu Nazira. Sememangnya sedari tadi dalam hati Nazira tertanya2 keputusan sahabatnya itu namun lidahnya kelu dek egonya yang masih bersisa. Teringat Nazira akan waktu kecilnya dia sering di marahi Izwan kerana malas belajar, dan sahabatnya itulah yang banyak membantunya dalam pelajaran satu waktu dahulu.

“ erm, Wan mana ya? Tak nampak pun dia amek result hari ni..” Nazira masih lagi berlagak tenang. Sengaja menyembunyikan kerinduannya pada sahabat akrabnya satu masa dulu. Namun dia nekad hari ini untuk berjumpa dan meminta maaf pada Izwan. Kerinduannya pada sahabat nya satu waktu dulu benar2 memuncak, apatah lagi selama mana peperiksaan SPM nya berakhir sehinggalah hari ini batang hidung Izwan pun Nazira tidak pernah nampak. Handfonenya juga kering tanpa sebarang panggilan dan sms dari Izwan. Pernah sekali Nazira sendiri yang mengirimkan sms kpd Izwan namun tiada balasan. ‘ kecil hati benar Wan pada ku..’ Nazira semakin rindu bila melihat hadiah pemberian Izwan satu masa dulu yang masih kekal dalam simpanannya, rindu pada kenangan2 mereka masa dulu. Nazira kesal akan sikapnya yang benar2 ego memusuhi sahabat karibnya itu, sementelah 4 tahun perpisahan mereka satu waktu dulu Nazira menahan kerinduannya pada Izwan, namun setelah kehadiran Izwan kembali dalam hidupnya, semudah itu Nazira mencampakkan nilai persahabatan mereka.

“erm Wan? Dia dah balik Kuching. Result SPM ni pun dia ambik melalui pos je. Dia kirim salam dekat kau, ni..dia suruh aku sampaikan kat kau..” Hakimi bersuara perlahan sambil menghulurkan sepujuk surat bersampul indah kepada Nazira.Di lihatnya merah mata Nazira menahan tangis. ‘ hai, ada jugak hati perempuan kau Naz!’ . Kesal hati Hakimi dengan sikap ego kekasihnya namun untuk memarahi dan menasihati Nazira Hakimi sendiri sudah tidak termampu. Lantas sepucuk surat bertinta biru itu Nazira sambut. Dengan mata yang berair, sampul di buka. Sekeping gambar lusuh terjatuh dari celahan surat yang di kirim. Laju air mata Nazira tumpah saat terpandangkan sekeping gambar lama potret dirinya dan Izwan di batas bendang pada suatu petang. Manis senyuman Izwan dengan lagak ayunya disamping Nazira yang comot tika itu. Nazira benar2 menangis.


Salam buat sahabatku yang tercinta..


Aku tahu rajuk hatimu tak mampu terpujuk oleh kata2ku yang sebaris, sedangkan kemarau semusim pun tak kan terubat dengan hujan sehari. Aku rela untuk di benci mu, setelah kepulangan ku kembali untuk menemui mu, menemui saorang sahabat yang terlalu banyak menjadi pendorong untuk aku menjadi seperti mana aku hari ini…
Naz...
Kalau benar ikatan persahabatan kita sudah terputus dengan salah tingkah ku hari itu..
Maka..aku menerimanua Naz..
Setelah ribuan pohon maaf aku lampirkan..
aku benar2 tidak menyangka keras hatimu terlalu utuh untuk aku pecahkan..
Batu ego mu terlalu kental untuk aku robohkan Naz..
Aku juga ingin kau tahu..
Aku sama sepertimu ada hati dan juga maruah..
Yang sampai masanya akan marak dan bernanah!
Naz..
Hari ini kita mungkin terpisah lagi..
Namun pemergianku bukan lagi untuk kembali..
Kerana sudah tidak ada apa2 untuk aku di sini..
Anggaplah ini pengakhir cerita kita,
doa ku hanya segala yang terbaik untukmu di sana,
Terima kasih kerana berjaya mengubah aku!



Salam sayang,
Khairil Izwan Abdullah

hAti sE0ranG pEReMPuan~

“ Jes, where have u been? Its getting late..” Jeslina membaca sepintas lalu sms yang di terima dari suaminya. Sekilas memandang jam piere cardin pemberian suaminya di tangan, 8.30 pm. ‘ahh, cepatnya masa berlalu..’ Jeslina mengomel. Kerja2 masih lagi menimbun di atas meja. Lalu sms di biarkan sepi, beralih kepada fail2 di meja yang bertimbun.

* * *

Pintu bilik di buka perlahan. “ asal lambat sangat u balik ni?”

terus telinga Jeslina di sajikan dengan soalan wajib itu. ‘ alaa..tak tido lagi laki aku nii…’ Jes mengomel sendiri.

“ err, sorry sayang, i tadi banyak sangat keje, dateline kan dah dekat.tak perasan dah lambat tadi.lagipun ramai staff yang stay, tu yang tak sedar tu. Sorry..”

Jeslina buat muka kesian memandang wajah suaminya yang mencuka, tahu sangat peel suaminya yang mudah lembut bila di pujuk. ‘ ala, pujuk jela Jes, tak luak pun..’ ngomel Jeslina dalam hati, memujuk juga rajuk hati yang kepenatan di sambut wajah mencuka sang suami..Aik?? suami yang sambut? Bukan sepatutnya isteri ke......

* * *

“ itu la, i rasa lonely sangat2 kat rumah. My wife lately selalu sangat balik lambat dari office. I realy2 miss her so much! But she never care about my feeling anymore. What she always do is being home late and say sorry. Hah! I fed up betul..ahh” keluhan shidi terluah di akhir bicara. Bagaikan segala beban seakan berlalu pabila segala kata terluah sebentar tadi. Wanita di hadapan nya sekadar tersenyum. Mula memancing harap. Perlahan tangan shidi di capai, diusap mesra. Shidi tersentak, namun seketika lalu membiarkan Sabrina memainkan peranan.

“ sabar la, u pun tau kan dia dah kerja besar sekarang, dah rezeki dia sampai dulu..apa nak buat. I pun kesian tengok u, mesti dia pandang rendah kat u kan. Yela, kerja pun tak tetap lagi.ehem, sorry la i nak cakap ek..nak compare dengan gaji dia yang dah jadi manager tu, memang..haii..tak tau la i nak cakap. perempuan ni selalu nya macam tu la, baru kerja lebih sikit mula la hilang hormat kat suami. Kesian u, kalau i la dapat suami baik dan handsome macam u ni..rugi la i nak layan u macam dia layan u sekarang...” macam Joyah lagaknya Sabrina berceloteh. Tersedar diri nya terlebih bicara saat terpandang wajah shidi yang merona merah.

“ erm, takde la, i rasa je. Tapi I kenal Jes tu, I rasa dia tak macam tu kot..” tersenyum kambing Sabrina menambah. Sabrina tahu di saat2 genting seperti inilah peluang terbuka untuknya menambat hati Shidi, lelaki yang berjaya menambat hatinya sejak di university lagi, namun baginya kasih itu telah di rampas oleh Jeslina, sahabat baik nya sendiri. Salahnya cuma satu, tidak di luahkan rasa cintanya pada Shidi, menyebabkan lelaki itu selama ini tidak pernah tahu rasa hatinya.

“ xpe la Sab, ade betul nya cakap u tu. Hmm, dah la. I nak release tension kat luar, jom temankan i..” pantas tangan gagah shidi memaut pinggang Sabrina menuju ke kereta. Terlupa seketika kerinduan pada sang isteri.

* * *

Jeslina mengerling jam di tangan, dah hampir ke pukul 9 malam. Lauk pauk segar yang baru di belinya di pasar sebentar tadi di kilas, Jeslina mengeluh hampa. Baru tadi dia berniat untuk memasak lauk kegemaran suaminya di rumah, memandangkan dia tahu hati suaminya sedikit tercalar dengan kesibukan diri nya selama ini. ‘ hai..tunjuk perasaan nampak..tau la aku dah lama tak pegi servis ko, jangan la time2 ni ko nak balas dendam kereta oii..confirm membebel lagi laki aku ni karang.’ bebel Jeslina seorang diri. Pantas telefon bimbit dicapai, belum pun sempat talian bersambung ke no telefon suaminya, sebuah kereta berhenti di sebelah. ‘ ah, Haikal..’ Jeslina tersenyum lebar kepada lelaki yang baru keluar dari kereta di sebelah nya.

“ hai, kenapa ni?”

“ saje, amik angin kat tepi2 jalan ni..” Jeslina buat muka seposen, lantas masing2 ketawa.

“ kereta I rosak la Kal, buat hal pulak memalam ni..” dalam sisa2 ketawa yang berbaki, Jeslina berterus terang. Haikal yang sedari tadi membelek2 keadaan kereta menoleh,

“ I tau, dari jauh lagi I dah Nampak u. tu lah, selalu lagi balik lewat malam, nasib baik terserempak dengan I, kalau perompak ke perogol, tak ke buat kenduri diorang. Haha.im just kidding. Dah, u call mekanik sekarang, tinggalkan kereta u kat sana then I hantar u balik, come” Haikal menghulurkan bantuan. Tanpa membuang masa Jeslina terus melamar pertolongan Haikal.

‘ ahh,memang dah lambat pun, terima je lah..’

Dari jauh Jeslina dapat lihat ruang tamu rumahnya masih bercahaya.

“ aii, husband dah tunggu tu..” usik Haikal. Jeslina tersenyum.

“ habis la I kena bambu lepas ni..” Jeslina sekadar membalas usikan Haikal, namun di hati terpalit juga rasa tidak selesa.

“ ok, thanks ya Haikal, i owe u today, next time u claim ek, hehe. Jom la masuk dulu jumpa my husband.” Jeslina sekadar mempelawa, namun berdoa agar Haikal menolak.

“ erm, takpe la Jes, dah lambat ni pun. Just kirim salam dengan your husband.”

Haikal menolak lembut. Jeslina tersenyum lega, melambai ke arah Haikal dan melangkah masuk ke rumah.

Shidi memandang Jeslina dengan sorotan mata yang tajam. Baru sebentar tadi dia melihat dengan jelas isterinya itu berborak manja dengan seorang lelaki di dalam kereta depan rumahnya. Hati lelakinya tercabar, naluri rasa seorang suami yang di rasuk rasa cemburu meluap2.

“ bukan main mesra lagi..”

Sinis senyuman Shidi. Tanpa sebarang rasa curiga, seperti biasa Jeslina mengucup mesra tangan sang suami. Namun mesranya bagaikan tidak di sambut. Jeslina sabarkan hati.

“ kereta i rosak tadi kat tepi jalan, nak call u tapi tetiba terserempak ngan my office mate, Haikal. Dia yang hantar I balik tadi, my car I tinggal kat workshop. Esok boleh ambik kot..sorry tau I balik lambat lagi tonight, but seriously I tak sengaja, I da betolak awal tadi dari office nak balik awal jumpa u..”

Jeslina buat muka kesian lagi sekali, mengharapkan sang suami mengerti.

“ dah seminggu u balik lambat macam ni Jes, mula2 balik lambat, lepas tu jantan pulak yang hantar. Lepas ni apa? Terus tak balik langsung? Hah? Mana rasa tanggungjawab u kat I sekarang ni? Mana rasa hormat u?mentang2 la u dah kerja besar, dah jadi bos, ape? U ingat i kat rumah ni I kuli u ke hah??!” shidi meluah kan rasa yang terbuku di hati. Jeslina kaget. Tak menyangka suami yang di cintai nya menuduh dia sedemikian rupa.

“ i…”

Jeslina kehilangan kata2. tercalar rasa hati dengan tuduhan suami sebentar tadi. Mata seakan berkaca. Jeslina menunggu pujukan sang suami, mengharap agar Shidi menarik balik kata2nya sebentar tadi, namun,melihat wajah suaminya yang masih lagi tegang, air matanya mengalir laju. Sunguh, Jeslina tak pernah menduga hingga ke situ hati suaminya terluka.

“ shidi, i mintak maaf. Tapi i tak sengaja. Kebetulan bulan ni kerja i banyak sangat, u kan tau i baru di naik kan pangkat, so i tak boleh buat kerja sambil lewa. Projek ni projek besar. Hari ni alhamdulillah semua nya dah settle, i balik awal tadi tapi nak buat macam mana kereta i tetiba rosak. Tak kan u tak boleh faham. Sampai hati u tuduh i macam tu. Tak cukup hormat ke lagi I dekat u selama ni..i sayang kan u..”

tersekat2 Jeslina menuturkan bicara mengharapkan simpati sang suami. Shidi tersenyum sumbing.

“ hormat?? Ni u panggil hormat? Kalau dengan balik lewat tetiap hari ni u panggil hormat, dengan abaikan makan minum suami kat rumah sampai berminggu2 ni u cakap hormat, kalau dengan keluar dengan lelaki lain sampai berhantar kat depan rumah ni u kira hormat...heh, u memang layak la menang anugerah isteri mithali maulidur rasul ni nanti..” Shidi memerli pedas. Jeslina benar2 rasa terpukul. Tidak menyangka pengorbanan nya selama ini di salah erti.

* * *

Wajah Jeslina sugul. Sudah seminggu dia dan suami semakin dingin. Walaupun hati sendiri belum lagi terpujuk dengan kata2 pedas Rashidi malam itu, namun Jeslina cuba melupakannya dan mencuba membaiki keadaan. Sedar ada juga salahnya bila dia sendiri yang terlalu sibuk kebelakangan ini, mengabaikan sang suami. Kerana itu Jeslina menolak tepi rasa kecil hati nya dan melayan Rashidi sebaik mungkin. Namun mungkin rajuk hati suaminya belum lagi terpujuk, lantas segala tingkah Jeslina sudah tidak lagi di hargai suami. Malah rashidi juga sudah sering pulang lewat malam, bila bertembung di dalam rumah pun Shidi hanya membisu, seakan2 kehadiran Jeslina sudah tidak di perlukan.

‘beep..’

handfone Shidi berbunyi perlahan. Jeslina memandang Shidi yang tersenyum lebar membaca sms yang baru di terima..

“ i nak keluar sekejap.”

Tanpa menunggu jawapan Jeslina, Rashidi terus bangun menuju ke bilik, beberapa minit kemudian turun semula dengan berpakaian segak mencapai kunci kereta dan berlalu. Langsung tidak menjeling Jeslina di ruang tamu yang termangu. Jeslina kecewa. Terasa diri begitu kerdil di rumah sendiri.

‘ ahh, besar sangat kah salah ku sampai Shidi berkelakuan sedemikian rupa..?’ Jeslina menahan tangis.

Kereta Peugeot Rashidi di pandu laju. Di mata cuma terbayang lenggok Sabrina yang bakal menemaninya sepanjang malam. Entah kenapa akhir2 ini hanya wajah Sabrina yang terbayang di mata nya, menggantikan wajah Jeslina isteri yang dulu nya amat di sayangi. Pernah terlintas di hati nya, akan Sabrina yang sanggup mengkhianati sahabat baik nya sendiri, menggoda dan memujuk rayu nya sehinga dia sendiri goyah, namun bila dia sendiri yang senang dengan kehadiran Sabrina di sisi, mengubati kerinduannya pada sang isteri satu masa lalu, lantas segala rasa curiga di tolak tepi. Shidi makin seronok di buai keindahan dosa, mengabaikan tanggungjawab seorang suami yang dulu nya dia damba dari seorang isteri.

* * *

Dengan mata yang bengkak Jeslina melangkah malas ke pejabat. Wajahnya sugul, namun langsung tidak di kisahkan olehnya. Penampilan diri yang dulunya amat di titik beratkan olehnya semakin terabai. Kepala semakin berserabut dengan masalah suami.

‘ ahh, kalau masalah begini sahaja aku sudah tak mampu untuk atasinya, bagaimana pula dengan masalah besar yang lain? Be professional Jes, be strong!!’

Jeslina memujuk hati. Nafas di tarik dalam2 mengimbangi rasa pedih di hati. Lantas kerja2 yang menanti di belek satu persatu, semakin alpa dengan kerja yang bertimbun dan...masalah yang bersarang sebentar tadi semakin berlalu.

“ Jes, dah pukul 1 ni, jom pegi lunch” tersembul wajah Suraya di depan pintu.

“ oo itik kau meletup!!”

Jeslina melatah. Pen di tangan terlepas tergolek2 jatuh kebawah meja.

“ hisy ko ni Sue, tak reti ketuk pintu dulu ke?? Terkejut aku tau! Ish..hilang ciri2 keperempuanan aku.” Jeslina sempat berseloroh. Suraya masih lagi menahan tawa, sampai berair mata.

“ ko ni Jes, muda2 lagi dah melatah,haii.. dah pukul 1pm la beb, jom g lunch. Haikal pun ada sama, dia suruh ajak kau sekali. Dari tadi haa kitorang tengok kau tekun je pandang komputer tak begerak2, kot dah tersampuk dengan jin tadi.hehe” dalam ketawa yang masih bersisa Suraya mula membebel. Jeslina memandang jam di tangan. 1.10pm.

“ hai, baru je aku rasa aku masuk office ni, dah pukul 1. tu la, bila xde orang macam kau ni nak kacau aku, cepat la sikit aku buat keje..sampai tak sedar masa dah berlalu,hehe” Jeslina tersengih.

“ dah la, jom cepat kte g makan, aku dah lapar ni..!!”

melihatkan muka Suraya yang tidak puas hati dengan kenyataan nya sebentar tadi Jeslina cepat2 memotong cakap. Sengaja mahu menyakitkan lagi hati Suraya bila dia tak di benarkan membela diri. Belum pun sempat Suraya membuka mulut, lagu tattoo nyanyian Jordin Spark dari handfone nya tiba2 menjerit, Suraya yang mencuka sebentar tadi mula tersengih, “ Haikal” tanpa di soal Suraya memberitahu.

“ ye ye, kitorang on the way la ni..”

pantas Suraya menarik tangan Jeslina menuju ke parking di mana Haikal sudah menanti lama.

“ jauhnya kita cari makan hari ni Kal,mana kau nak bawak kitorang ni ha?ala, lampu merah pulak, ko langgar je la Haikal, kecemasan dah ni, aku dah lapar gile ni...”

Suraya mula membebel bila perutnya mula berdondang sayang. Haikal dan Jeslina masing2 ketawa dengan sikap Suraya yang sememangnya kuat makan itu.

“ eh, tu bukan Shidi ke Jes? Dia ngan sape tu?”

Suara Suraya mengejutkan lamunan Jeslina. Jeslina lantas berpaling, wajahnya terus merona merah. Malu! Suaminya bersama seorang perempuan sedang bercumbu mesra di dalam kereta. Tiba2 perempuan itu berpaling,

“ Sabrina!”

Terlontar nama yang cukup di kenali nya selama ini, sahabat baik nya satu masa dahulu. Dari jauh Jeslina dapat melihat dengan jelas kecurangan dua insan yang amat dikenalinya itu. Air jernih mula menghambur keluar dari mata Jeslina, laju dan mencurah2. mujurlah kereta Suraya yang di naikinya bercermin gelap, menutup kecurangan suaminya yang menganggap dia seorang isteri yang tidak tahu apa2.

“ sabar la Jes..mungkin ni salah faham je, kau balik nanti bincang la dengan Shidi elok2 ye..”

Suraya cuba tenangkan Jeslina, menyesal dengan ketelanjuran mulutnya sebentar tadi. Kalau lah mulutnya tidak selancang itu memberitahu sahabatnya sebentar tadi,tapi..baginya Jeslina juga perlu tahu. ‘ Ahh’ Suraya sudah mati akal. Haikal yang tidak tahu apa2 cuma terdiam. Namun, sudah cukup untuk Haikal membuat tafsiran bahawa lelaki di sebelah kereta mereka ini adalah suami Jeslina, sahabatnya. Haikal sekadar bersimpati.

* * *

Ruang pejabat kosong. Jeslina memerhatikan keindahan malam Kuala Lumpur dari tingkap pejabatnya. Indah dan mengasyik kan. Namun hati Jeslina bengkak dan bernanah, matanya sudah tidak putus2 mengalirkan mutiara halus, meratapi nasib dirinya. Jeslina berasa sunyi, rindu akan sang suami.

‘ ahh, mungkin rasa sunyi seperti inilah yang Shidi selalu rasakan bila aku tiada di sisi nya dahulu..’ hati Jeslina berbisik, terharu dan menyesal. Namun seketika cuma.

‘ sekurang-kurangnya aku tidak pernah curang. Ketiadaan aku cuma untuk mencari rezeki, bukan berbuat onar dengan lelaki lain!’ mata Jeslina berkaca lagi. Hatinya terlalu pedih dan terluka. Otak nya kacau membedakan rasa sayang yang teramat pada suami dengan rasa hampa kesetiaan nya ternoda. Di satu sudut, Jeslina benar2 sudah kehilangan percaya pada Rashidi, seakan2 membenci lelaki yang satu itu, namun jauh di sudut hati nya, Jeslina perlu mengakui bahawa dia sememangnya teramat sayang kan Rashidi.Jeslina terimbau saat2 percintaan mereka dahulu, sememangnya indah dan mengasyik kan. Terimbas saat Jeslina terlantar di hospital bila mana dia di sah kan kanser tahap pertama dahulu, Rashidi lah yang menjaga dan memberi sokongan yang padu kepadanya, sehingga lah dia di sah kan sembuh sepenuhnya dari penyakit berbahaya itu, semuanya kerana dorongan Rashidi. ‘ahh, kenapa cepat benar hati mu berubah sayang…salahku cuma satu, kenapa secepat itu aku di hukum sebegini rupa..mana kesetiaan mu dulu..’ hati Jeslina menangis lagi.

Jeslina masuk ke dalam rumah dengan hati yang membengkak. Sakit hati nya dengan sikap Rashidi dan Sabrina amat memedihkan. Bagaikan gunung berapi yang hanya menunggu masa memuntahkan lava sahaja rasa hati Jeslina waktu ini. Namun Jeslina menahan sabar, sengaja dia melepasi suaminya diruang tamu, memandang tajam ke arahnya. ‘Ahh, persetan!’ Jeslina tahu maksud sorotan tajam Rashidi, di kerlingnya jam di dinding. 12.30am. sudah terlalu lambat untuk seorang isteri pulang kerumah membiarkan suami sendirian seperti itu. Namun, Jeslina berlalu tidak seperti selalu memberi alasan itu dan ini. Rashidi rasa tercabar. Pantas di sambarnya tangan sang isteri lalu di pegang kejap. Jeslina hampir terdorong ke depan dengan tindakan Rashidi itu. Matanya membalas sorotan tajam mata Rashidi.

“ apa alasan u kali ni hah?”

Rashidi menyinga dengan tindakan sinis Jeslina sebentar tadi. Niat asalnya malam ini menunggu Jeslina pulang dan bermesra, sudah terlalu lama rasanya dia dan Jeslina seperti orang asing, hasratnya malam ini untuk berbaik2 dan melupakan pergaduhan lama, apatah lagi di lihatnya Jeslina sudah tidak lagi seperti dulu, makan pakainya selama ini tidak lagi terabai, malah pulangnya juga selalu bersambut. Hatinya agak terubat dengan kelakuan Jeslina kebelakangan ini. Walau pun dia tahu separuh hatinya juga sudah di isi dengan Sabrina, kekasih hati pengubat duka nya kala sepi. Tapi, baginya Jeslina masih lagi yang teratas. Dia masih sayangkan Jeslina! Tapi hari ini Jeslina buat hal lagi. Hatinya tiba2 terbakar.

“ i keluar makan dengan Haikal.” Jawab Jeslina tanpa ragu-ragu. Sengaja mahu menaikkan lagi api kemarahan Rashidi.

“ huh, jantan tu lagi! Apa? Dia tak tahu ke yang u ni isteri orang? Tak puas lagi ke u dengan i kat rumah ni sampai u gatal sangat cari jantan lain kat luar hah?”

suara Rashidi sudah menegking. Jeslina sedikit gerun dengan tindakan Rashidi sebentar tadi namun dia sudah nekad. Bukan sekali dua selepas kejadian dia terserempak Rashidi dan Sabrina di kereta hari itu, malah sudah berkali juga Jeslina ternampak dua merpati sejoli itu bermadu asmara dihadapan nya. Nasibnya baik kerana selama ini Rashidi belum pernah perasan akan kehadiran dia di antara mereka, namun rasanya Sabrina seakan tahu, namun sengaja menyakitkan lagi hati Jeslina dengan perangai jelik nya itu.

“ heh, kl ni bukan besar mana pun Shidi...” Jeslina tersenyum mengejek.

“ i keluar dengan Haikal bukan berdua, Suraya ada temankan kitorang. I balik lambat selama ni pun tempat i cuma di pejabat, bukan di disko atau club meloncat2 macam orang tua tak sedar diri!!” Jeslina menempelak keras. Rashidi rasa terpukul, namun masih lagi berlagak tidak faham.

“ hah, apa pulak tuduhan u sekarang? Nak cakap i pulak yang salah? Hey perempuan, u ingat sikit ye, u tu isteri orang. u tu yang patut sedar diri sikit.jangan nak jadi isteri nusyuz pulak tak ikut cakap suami!” Rashidi sedikit mengelabah. Tutur katanya juga sudah tak indah. Jeslina semakin tercabar. ‘ sudah lama aku lupakan panas baran aku ni Shidi..’ bisik Jeslina dalam hati. Dia semakin berang.

“ oo, isteri nusyuz? Habis tu apa pulak title kalau suami sendiri yang curang bermain cinta dengan kawan sendiri hah?dah tak cukup perempuan ke dalam dunia ni sampai betina sundal tu yang kau nak jadikan madu aku??!” Jeslina bersuara keras.

‘pangg!!!’

tersentak Jeslina dengan tindakan Rashidi. Tidak menyangka Rashidi bertindak sekasar itu hanya kerana perempuan yang merampas kebahagiaan rumah tangganya. Wajahnya terasa panas.

“ kenapa? Hati kau sakit aku hina kekasih hati kau? Hah?!”

Jeslina benar2 berang. Terlupa lelaki di hadapan nya kini adalah lelaki yang benar2 di cintainya satu masa dulu. Rashidi tergamam, menyesal dengan tindakan nya sebentar tadi. Dia cuba untuk menyentuh wajah Jeslina, ingin di peluk isteri kesayangannya memujuk, namun tangan Rashidi di tepis kuat.Jeslina terpandang pasu bunga berhias indah di depan meja, lantas diambil dan di campaknya ke dinding.pecah terburai. Kepedihan hati Jeslina benar2 sudah di puncak. Sudah lama dia mendiam kan diri, hari ini biarlah segalanya terburai.

“ u jangan ingat i ni isteri u u boleh buat ape pun!! Jangan sebab i ni seorang perempuan u boleh tuduh macam2! Hello, selama ni i busy i kerja macam nak mati untuk sape? Ade i habiskan duit i kat jantan lain?hah? selama ni u cemburu kan kerja i, kenapa? sebab gaji u lagi kecik? Sebab u tak mampu lagi nak hidup senang macam i? Hah? Ada ke selama ni i persoalkan? Ada ke selama ni i layan u macam kuli macam yang u tuduh i selama ni? Ada?? Sekurang-kurangnya dalam hati i ni tetap ada nama u, tetap sayangkan u. Tetap teringatkan u bila mana i kat luar tak di samping u..tapi u? Sanggup curang dengan isteri sendiri, curang dengan perempuan yang isteri u ni sendiri kenal!! I dah nampak semuanya Rashidi. Tak payah lah u nak tunjuk baik lagi kat dalam rumah ni..u yang sebenarnya dayus! Jangan nak tuduh i pulak yang nusyuz!!”

tajam kata2 Jeslina menusuk hati Rashidi. Dia benar2 terpempan. Kecil hatinya dengan kata2 Jeslina sebentar tadi namun Rashidi sedar, selama ini tidak pernah sekali pun Jeslina membelakanginya sebagai seorang suami, namun hanya kerana telahannya yang bukan2 mencemar rumah tangga yang di bina sekian lama. Rasa rendah dirinya selama ini pemusnah segala. Terasa terlalu berdosanya Rashidi mencurangi isterinya dengan sahabat baiknya sendiri. Terketar2 Rashidi cuba menyentuh tangan Jeslina namun tangan itu di tepis kuat. Dengan pantas Jeslina berlalu meninggalkan Rashidi sendiri.

* * *

Sabrina ralit memandang air terjun buatan dari laman rumahnya asyik. Terasa sejuk dan nyaman, namun otaknya ligat berfikir. Sudah lebih sebulan rajuk hati Jeslina pada Shidi, malah sepanjang tempoh itulah juga hanya nama Jeslina yang sering keluar dari bibir suami sahabat baiknya itu, lelaki pujaan nya. Sabrina hampa, dapat dia rasakan hati Shidi memang bukan untuknya. Dia hanya sekadar pelepas sepi, seperti biduk..yang akan berlalu saat kiambang mula bertaut. Hati Sabrina menangis. Baru sebentar tadi Rashidi menelefonnya mengadu rindukan Jeslina. Memang lumrah Rashidi mengadu nasib dengannya setelah sekian lama, memandangkan dia adalah kenalan suami isteri itu, namun Sabrina sendiri yang mengkhianatinya.

Sabrina sudah dapat mengagak semua ini bakal berlaku, sementelah lagi pernah sekali Sabrina perasankan kehadiran Jeslina bila mana Rashidi di sampingnya. Sengaja di jelik kan lagi sikap nya bila mengetahui Jeslina menjadi penonton dalam drama lakonannya, biar hati sahabatnya itu tercalar dan berdarah. Biar, Sabrina langsung tidak mahu peduli. Tapi hari ini setelah segala2nya seperti yang di ingini, Sabrina sendiri tidak tahu apa kata hatinya..

“ pengumuman kepada cik Sabrina Zainuddin, nombor pelajar 030960, sila datang ke dewan untuk menuntut beg taaruf anda..”

Sabrina tersentak. Terkocoh2 dia menuju ke dewan pelajar untuk mengambil kembali beg miliknya. Namun di hati sedikit terselit perasaan seram, mana kan tidak, sudah jelas sekali beg itu dia tinggalkan di dalam bilik yang baru di terimanya pagi tadi. Setibanya di bilik, Sabrina terpandangkan Jeslina, masing2 berbalas senyum. Cerita mula di kongsi sehinggalah kejadian seram yang baru Sabrina hadapi sebentar tadi, namun ketawa Jeslina meledak kuat. Rupa2nya Jeslina lah yang menyuruh adiknya menghantar beg tersebut ke dewan pelajar, sangkanya beg itu tertinggal oleh pemiliknya di bilik kerana tidak mengetahui pemiliknya adalah teman sebiliknya sendiri. Sejak dari itulah Sabrina dan Jeslina menjadi sahabat baik. Setiap langkah mereka sama. Malah Jeslina sering juga membawa Sabrina berkunjung ke rumahnya sementelah rumah Sabrina yang jauh dari tempat pengajian mereka.

Sabrina terkenangkan pertemuannya dengan Jeslina satu masa dulu. Tiba2 hati Sabrina bagaikan terpaut rasa rindu pada sahabatnya itu.

“ kau tak sihat ke Sab?”

“ ha’a, kepala aku sakit sangat Jes..”

Kepala Sabrina di sentuh. Panas. Dan.. Sabrina masih ingat juga saat itu, Jeslina sanggup untuk tidak ke kelas dan menemani nya di bilik, membeli dan menyuapkan nya makan. Air mata Sabrina mengalir. ‘ Jes, bersalahnya aku pada kau..’

* * *

Pintu pejabat di ketuk.

“ masuk”

Jeslina bersuara malas, masih tekun menyiapkan kertas kerja di hadapan.

“ Jes..”

Jeslina memangu kepala, suara di hadapan nya cukup di kenal.

“ Sabrina. Ada apa kau datang cari aku?”

Jeslina bersuara tenang. Sungguh, sejak kejadian malam itu, hatinya benar2 kosong, hilang segala rasa rindu dan sakit hati pada suami, mungkin juga boleh di katakan rasa cintanya juga telah hilang. Kerana itu pandangan nya juga pada wanita di hadapannya kini kosong. Tanpa dendam dan sakit hati. Juga tiada rasa rindu buat seorang sahabat.

“ Jes..look. aku tahu kau dah tahu apa yang dah berlaku. Aku datang ni nak mintak maaf. Shidi tak salah Jes, yang salahnya aku. Aku mengambil kesempatan atas kekeruhan hubungan kau dan dia, sebenarnya aku..aku memang dah lama suka kan Shidi..sejak di university lagi..sebab tu aku berdendam dengan kau, aku terlalu pentingkan diri sendiri, tapi aku dah menyesal Jes..aku mintak maaf..”

Jeslina sedikit tersentak dengan pengakuan jujur perempuan yang pernah menjadi sahabat baiknya itu. Sungguh, dia tidak menyangka bahawa sahabatnya sendiri menaruh hati kepada kekasihnya dahulu. ‘ahh, Sabrina, sampai hati kau’

“ untuk apa kau bagitahu aku semua ni Sab? Aku tak perlukan pengakuan jujur kau ni. Balik la, teruskan lakonan kau menggoda suami orang, dengan aku kau dah berjaya, pergi la lagi rosak kan rumah tangga orang lain.”

Tersenyum sinis Jeslina memandang Sabrina. Rasa benci nya meruap-ruap. Namun di sabarkan nya hati. Jeslina tidak mahu menjadi bodoh bertekak dengan perempuan murahan seperti Sabrina, sungguh tidak berbaloi.

“ Jes, please. Aku tahu kau berhak membenci aku, tapi jangan kerana ni kau menghukum Shidi. Aku tahu dia teramat sayangkan kau. Even bersama aku pun nama kau yang selalu di sebutnya. Aku tahu aku tak layak rampas tempat kau Jes, aku datang ni cuma nak baik kan keadaan. Terima la Rashidi balik, dia tak boleh hidup tanpa kau..”

Sabrina sudah menangis. Sungguh, dia terlalu inginkan dua sahabat nya itu kembali ceria. Biarlah dia yang berkorban. Sudah di rancangnya untuk kembali pulang ke kampung dan tinggal membantu ibunya di kampung, mahu terus lenyap dari hidup dua sahabat yang di cintainya selama ini. Namun sebelum itu, dia mahu bersihkan segala dosanya pada Jeslina, pada sahabat baiknya itu. Dia tak sanggup lagi melihat Rashidi yang saban hari tidak terurus dek di tinggalkan isteri. Rashidi benar2 putus harap.

“ pulang la Jes, Rashidi tunggu kau. Dia perlukan kau..”

Jeslina memandang keluar tingkap. Pedih hati mengingati kecurangan suami dan perempuan di hadapan nya kini,namun dia sendiri tidak dapat menolak kerinduan yang maha hebat untuk sang suami. Sudah hamper 2 bulan dia tidak pulang ke rumah. Dia tidak mampu lagi menipu diri. Jeslina terlalu rindukan Shidi!

“ kau tak perlu nak jadi orang tengah dalam hubungan kami Sabrina. Aku tak perlukan kau, kami tak perlukan kau!”

Hati Jeslina pedih. Ego menahan maruah diri. Ingin rasanya Jeslina menghalau parasit rumahtangganya kala itu tapi hati nya belum puas. Sekurang-kurangnya biar lah sekali ini hati perempuan itu pula yang bernanah.

“ antara aku dan Shidi biar lah kami yang selesaikan. Kalau pun kau yang menjadi permulaan titik hitam dalam rumah tangga aku, tak perlu lah kau jugak yang nak jadi pengakhir nya. Kami masing2 dah besar, dah boleh berfikir guna otak sendiri.”

Jeslina tersenyum sinis dalam ucapan nya. Ditahan air mata dari tumpah.

“ baik lah. Aku tahu aku orang luar , aku tak kan masuk campur lagi urusan kau dan Shidi. Tapi satu aku nak kau tahu, Shidi tak salah. Dia dah terlalu menderita sekarang rindukan kau..bagi lah dia peluang kedua..”

Sabrina bersuara lesu. Berjauh hati benar Jeslina padanya. Dapat di rasakan pandangan dendam Jeslina setiap kali mata mereka bertemu.tidak seperti 5 tahun dulu.

“heh”

Jeslina ketawa mengejek.

“ Shidi kau kata tak bersalah?? Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi Sab. In fact, aku patut berterima kasih pada kau, menjadi alat untuk aku menguji kesetiaan dan kejujuran dia pada aku selama ni. Bagi aku, dia dah gagal. Dan aku tak nak bersuami kan seorang yang gagal. Dia dah tak layak untuk aku. Hmm, kalau kau hadap sangat nak kan jantan yang macam tu, ambik lah..bekas aku tu..”

Jeslina sendiri tidak percaya dia sanggup menuturkan kata-kata itu. Namun di sudut hati, mungkin ada benarnya kata-katanya sebentar tadi. ‘ hah, memang aku sudah tak perlukan Rashidi!’ Jeslina benar2 nekad. Baginya lelaki itu sudah tidak layak berdampingan dengan nya. Sudah tidak layak di berikan peluang kedua.

“ balik la Sabrina. lama2 aku tengok muka kau ni pun buat aku meluat je. Keluar la, aku nak sendirian”

Wajah Sabrina berubah hampa. Tidak menyangka hati sahabatnya itu benar2 keras.

“ aku masih sayangkan persahabatan kita Jes. Aku benar2 menyesal. Maafkan aku..”

Suasana sepi seketika.

“ Sab..”

Sabrina yang sudah berpaling untuk pergi tersentak. Panggilan lembut Jeslina bagaikan memberi sinar baru untuknya. Sabrina menoleh, tersenyum penuh harap.

“ aku harap lepas ni aku takkan jumpa kau lagi. Sampaikan salam aku pada Shidi. Beritahu dia untuk tunggu surat dari mahkamah dalam masa terdekat ni, aku nak bercerai..”

Sabrina benar2 kecewa. Dia tahu tiada apa lagi yang mampu merubah hati sahabatnya itu. Tanpa sepatah kata Sabrina berpaling, meninggalkan Jeslina yang menahan tangis.

15 april 2008

r!Ndu~~

kalau rindukan bulan

mata bisa menyorot kelangit

mencari di celah kepulan awan

melilau di sebalik bukit



kalau rindukan bunga

kaki bisa melangkah

menuju ke sudut taman

pun di luar halaman

sekuntum dua pasti bakal di raih tangan



kalau rindukan irama

bibir bisa berlagu

dalam rentak yang sumbang dan syahdu

atau dalam lirik yang bercelaru

namun..

hati puas



kalau rindukan ketenangan

berkurung di bilik sepi

atau ke danau sunyi

pasti terubat jua

resah yang memenuhi diri



tapi…

kalau rindukan ini

hanya pada nama

tanpa jasad..tanpa rupa..tanpa rasa

mahu kupandang kemana?

mahu ku tanya siapa…?

dan..

kemana kaki hendak ku bawa?



agar hati tidak terus terusan menanggung rindu

tak berkesudahan..

agar kolam mata..

tak sentiasa di airi mutiara

ku harapkan..

ada di satu waktu

saat segala rinduku berlalu!

mAna?

mencari sebuah kedamaian

pada hening suatu petang

pada air yang berkocak

pada daun yang terselak

pada debu yang berselerak

pada angin yang berhembus

pada nafas yang berkabus.

mana sebuah ketenangan..?

sedang otak seakan berserabut

kepala semakin berdenyut!



ku cari lagi kedamaian itu

akan adakah ia

disebalik pohon nan merimbun

di sebalik pandangan yang meruntun?



ku intai pada sayup pandangan

mencari sirna pasti

namun hampa…

hati semakin bergelora

jiwa semakin meronta

meruntun pilu

menghembus sesak nafas

mengapa terlalu berat beban yang menghimpit..?

mencarik sendu dihujung kalbu

ku harapkan

akan tiba detik itu

saat segala beban berlalu..

kiRanYa ku tAHu~

kiranya ku tahu
esok yang bakal menjelang
menjanjikan wajah baru buatku
mungkin aku gembira

tapi
wajah baru itu
mungkin jua
satu kepahitan

kiranya ku tahu
sebelum kesedihan semalam menghimpit
pasti akukan cuba untuk menghindar


tapi
mampukah aku?

kiranya ku tahu
kejayaan esok adalah milik ku
pasti aku gembira

tapi
tidak wujudkah kegagalan?


kiranya ku tahu
setiap detik
saat
masa perjalanan hidupku
pasti aku waspada
agar aku takkan tersungkur


tapi
kuatkah aku?


namun hari ini aku pasti
setiap sesuatu yang terjadi
ada nikmat tersurat
setiap kegagalan yang meracuni
ada hikmah tersirat
kerana Tuhan itu maha tahu
aku percaya itu


kerana itu hari ini aku redha
kerana itu hari ini aku berserah
setelah usaha aku taburkan
setelah pengorbanan aku hamparkan
moga hari esok yang menjelang
bakal menjanjikan sejuta bahagia
buat insan bergelar..


aku!

cinta semalam~


“shirah”…
aku tersentak. sekilas pandang aku memerhatikan suraya di sebelah.
“hmm..” aku menjawab malas. perlahan suraya menyeka air mata di pipi ku..makin laju ia keluar…
“ aku rindu sue….aku terlalu rindukan dia…” seperti anak kecil, aku menangis teresak-esak. dah tak terkawal lagi derita yang aku rasakan waktu ini.sungguh..sepanjang hidup aku, inilah kali pertama aku diuji segetir ini. setiap hari aku cuma ditemani tangisan yang tak berkesudahan, aku dah terlalu letih..aku mahu lari, mahu keluar dari rasa sengsara ini, namun, aku buntu. kesudahannya, hari ini..malah hampir sebulan yang lalu..aku tetap begini. seperti orang gila barangkali.
“heh..” aku tiba-tiba tersenyum.“ aku dah gila kan sue..?” wajah sue berubah. langsung tidak terpamer riak lucu pada gurauanku sebentar tadi di wajahnya.
“ jangan cakap camtu shirah, kau kena tabah..kuatkan semangat kau. tumpukan pada pelajaran. lagi seminggu final shirah, aku risau tengok kau macam ni.aku, wanda , azah..semua ada besama kau..jangan sebab lelaki tu sorang je kau buang semua rasa gembira kau..dia tak berhak rampas semua tu dari kau! dah la shirah, aku tak sanggup lagi tengok kau macam ni..aku nak balik shirah aku yang dulu, kami semua rindukan kau yang dulu..!” panjang lebar syarahan sue kali ni. aku lihat ada kilauan dalam anak matanya . berkaca.
“ aku mintak maaf sue, aku tau aku dah banyak susahkan korang, aku dah cuba, aku sendiri habis-habisan cuba lawan perasaan ni, aku tahu aku mampu, satu hari nanti aku yakin aku dapat lupakan dia. aku benci dia sue..aku benci dia!! semudah itu dia lupakan aku...” ahh…aku lemah..kalau lah aku mampu, aku terlalu ingin untuk membenci lelaki itu..ya ALLAH..bantu aku. hilangkan lah segala rasa rindu, rasa sayang aku padanya ya ALLAH, seperti mana kau hilangkan rasa sayang dan rindunya pada aku..jauhkan lah segala kenangan-kenangan lalu dari terus memburu aku.. aku menangis tersesak-esak dalam pelukan sue. betapa aku rasakan kini, betul-betul terharu dengan pengorbanan rakan-rakan ku. baru kini aku kenal sebenar-benarnya erti persahabatan.

* * *

“ awak..kalau kita cintakan seseorang tu, segalanya tak kan dapat ditafsirkan. kita mungkin tak betul-betul mengenali antara satu sama lain, tapi saya percaya setiap hari kita akan belajar untuk mengenali diri masing-masing. there is always one thing to love the person we care each and every single day…” besungguh-sungguh izham cuba memancing harapan dari aku setelah aku sekali lagi menolak huluran cintanya buatku. hampir sebulan yang lalu aku membisu tanpa kata, meminta masa untuk aku berfikir untuk menerima cintanya. aku keliru, lelaki ini terlalu istimewa. walaupun aku tidak mengenali siapa dia yang sebenar, namun dalam dirinya ada sesuatu yang bagaikan menerangkan segala isi hatiku. susah untuk ditafsirkan. aku percaya, hampir seluruh hatiku mahu menerima cintanya, tapi separuh hati aku penuh dengan ragu-ragu..aku terlalu takut. izham, lelaki yang baru aku kenal hampir 2 bulan yang lalu, mana mungkin aku sesenang ini aku menerima cintanya! namun aku akui, lelaki ini seakan-akan terlalu dekat denganku. segala luahan hatinya, seakan-akan melahirkan segala isi hatiku yang aku sendiri tidak mampu untuk menafsir. segala rasa yang dia luahkan, adalah rasa ku. segala hujah yang dia kemukan benar-benar mematikan kata-kataku. segalanya benar. aku mencintai dia. tapi aku terlalu takut dengan kecewa, hati ku penuh dengan ragu-ragu. kerana itu, sekali lagi aku menolak cintanya,
“ saya tak mampu awak..kita tak boleh bersama. antara kita tak pernah kenal antara satu sama lain. mana mungkin…” aku dapat rasakan kehampaan dalam tutur bicara izham saat aku luahkan rasaku waktu itu. sememangnya, aku sendiri keliru. kenapa susah benar aku untuk menerima cintanya. kenapa dalam hatiku penuh dengan ragu-ragu? wajar kah segala rasa yang bermukim dalam hatiku selama ini?

* * *

saat hembusan angin laut berhembus lembut pada wajahku, aku menoleh memerhati kan izham disebelah. kulihat senyuman ikhlas terbit dari bibir lelaki itu. wajahnya benar-benar mempamerkan kepuasan. setelah bekali-kali aku menolak cinta tulusnya, akhirnya aku tewas. aku tak mampu lagi untuk menipu diri. memang aku mencintainya. “ awak..please..saya sendiri tak tahu kenapa perasaan ini hadir, tapi percaya lah..saya cintakan awak. dan saya tahu awak juga cintakan saya kan? saya dapat rasakan..tolong la jangan tipu saya, jangan tipu diri awak..beri saya peluang…jangan jadikan ini sebagai sebab untuk awak menolak cinta saya..saya percaya, satu hari nanti kita akan sama-sama mengenali diri masing-masing, dan waktu itu, kita sama-sama akan lebih kenal satu sama lain lebih dari orang lain…”
"awak…” aku tersentak saat izham menarik lembut tanganku dalam genggamannya.
“ menung apa ni..hmm..” aku tersipu. jauh aku mengelamun rupanya, mengenang kembali saat aku tertewas dengan nya. ahh…kalau lah izham tahu apa yang aku fikirkan, malunye..
“ awak rasa ni…” perlahan izham membawa tanganku rapat ke dada nya. Dapat aku rasakan degup jantungnya .pantas.
“ ish..lajunya..awak baru lepas berlari ke?” tersengih izham di sebelah.
“ awak tahu tak, dah 4 bulan kita bersama. setiap kali awak kat sebelah saya, macam ni la jantung saya berdegup. saya happy sangat awak, saya tak main-main dengan cinta saya kali ni untuk awak, saya sayangkan awak…sangat-sangat..juta-juta lemon” aku tertawa kecil. ‘juta-juta lemon’, selalu benar lelaki ini menuturkan kata-kata itu.
“ saya tak nak juta-juta lemon awak tu, saya nak satu je, dan biar la satu tu kekal sampai bila-bila” tersenyum aku meluahkan kata.
“ tak..saya nak juta-juta jugak, biar sayang kita tak kan habis..” serentak itu juga tanganku ditarik lembut ke bibirnya, hangat kucupan bibirnya di tangan ku. lama. air mata ku bergenang..dapat aku rasakan betapa ikhlas cintanya untuk ku.
“ awak, maafkan saya ragui awak selama ni…” kata-kata ku cuma berakhir dalam pelukannya. terasa bagaikan seluruh hati dan perasaanku hanya untuk dia, selama-lamanya! hembusan bayu laut masih berpuput, menjadi saksi bisu dalam episode cinta kami.

* * *

“ sue, bagitau la. aku janji aku simpan rahsia ni. takkan dia tahu punya..please..” tak jemu aku memujuk sue untuk memberitahu ku cerita silam izham. sue, rakan sebilikku, juga teman sekolah izham. dari dia aku cuba-cuba untuk mengintip. “ hmm, tak nak la shirah lagipun tu kan cerita lama dia, dengar cerita orang pulak tu. ntah betul ke tidak.” sue masih menolak.
“ hmm…sue, aku nak tau..” aku masih belum mahu mengalah.
“ erm, takde la. camni..aku dengar la kan, izham tu dulu penah main ngan girlfriend-girlfriend dia sebelum ni. kat dalam wayang la aku dengar, dia ngan gf dia buat wayang sendiri kat belakang..er, tapi mungkin tak betul kot. ntah la shirah, aku mintak maaf , ni yang aku dengar je. bukan apa, aku tak nak kau salah langkah nanti, hati-hati lah..ye? aku sayang kan kau…” berhati-hati sue menuturkan kata-katanya. aku terdiam. terkejut? tidak.
“ tak pe lah sue, aku faham.” perlahan aku bangun meninggalkan sue sendiri. dalam hatiku penuh dengan kesedihan. walaupun aku sudah menjangkakan semua ini, tapi kepedihan itu tetap datang. mana mungkin aku mampu tersenyum..izham….dia sendiri pernah meminta yang bukan-bukan dariku.lelaki. tapi begitu betah dia meyakinkan aku, bersungguh-sungguh menyatakan kasih dan cintanya hanya untuk aku, dan..dia sendiri pernah berterus-terang denganku semua apa yang aku dengar dari sue sebentar tadi. namun bersungguh-sungguh izham yakinkan aku bahawa semua itu kisah silamnya. dia sudah berubah. dan katanya juga, aku adalah perempuan terakhir dalam hidupnya. dek kerana kesungguhan itulah, aku menjadi terlalu bodoh menilai harga cinta, dan dengan rela menyerahkan segala. betapa waktu itu, aku begitu yakin akan tulusnya cinta izham buatku. bukan mainan. bukan cerita cinta kosong! air mataku terus menitis laju. mendengar sekali lagi kebenaran ini teramat pahit untuk ku. Ya ALLAH, terlalu jauh aku mennyimpang dari jalanMU..ampun kan aku..

* * *

“ awak, kenapa awak ni? senyap je. busy sangat ke dengan kerja awak tu? kita dah lama xdapat spend time bersama, dah la jauh susah nak jumpa, ni sms pun dah jarang dapat dari awak =(” pantas aku menekan butang send pada telefon ku. ahh, sekali lagi aku yang mulakan dulu. hampir seminggu izham seolah-olah semakin dingin dengan ku. entah atas alasan apa kali ini. 2 tahun bersamanya dapat aku merasa perubahan terhadap layanannya buatku selama ini. ada ketikanya aku dilayan bagaikan aku lah satu-satunya orang yang wujud dalam hidupnya, namun ada ketikanya aku dia tinggalkan tanpa sebarang sebab. dibiarkan sendirian. aku semakin letih dengan permainan yang izham cuba mainkan. kesabaran aku mulai menipis.seketika sepi tanpa apa-apa. hampir setengah jam baru aku mendapatkan balasan “ sorry, saya kua makan tadi ngan kengkawan. baru sampai umah, sorry ye. alaa, ayang kite ni rindu kite ke?=)” heh, pandai lelaki ni menyusun ayat. langsung tiada riak bersalah dalam tutur bicaranya.hati aku, sudah berkali sangat disakiti.
“ awak, awak selalu sangat macam ni. kalau dengan kawan-kawan awak lupa saya kan? saya pelik la, susah sangat ke awak nak luangkan masa dengan saya sikit pun sekarang ni? hubungan kita dah nak masuk 2 tahun dah, awak makin lama makin ambil mudah diri saya. semua penting bagi awak kan, kawan-kawan, family, belajar..saya ni perkara terakhir yang akan awak fikirkan kan??” aku luahkan semua. terkilan benar aku dengan sikapnya kebelakangan ini. setiap malam ditemani rakan-rakan, lelaki perempuan, alasannya cuma satu, sekadar keluar makan bersama teman-teman. sungguh, aku begitu lama memendam rasa. semakin lama aku rasakan aku semakin jauh dari izham. aku akui dia seorang rakan yang baik untuk teman-temannya, jua anak yang baik untuk keluarga, dan pelajar yang cemerlang untuknya mengejar cita-citanya yang melangit itu, mungkin. tapi kenapa aku menjadi pilihan terakhir dalam setiap apa jua yang dia lakukan? sementelah pula, tempat menjarakkan lagi hubungan kami. terlalu jarang sekali kami berjumpa. sekarang, masa untuk kali luangkan bersama walaupun sekadar sms, juga dirampas. aku benar-benar kecewa. hati aku terluka. langsung tidak wajarkah jika secebis cemburu tersirap dari rasa hati ku dengan tingkahnya? akukah yang bersalah?aku tersentak saat telefonku sekali lagi berdering. pantas aku membaca message di skrin. panjang. ahh, sekali lagi. aku tahu perang sms bakal tercetus sebentar lagi. “ kenapa awak ni? suka sangat fikir bukan-bukan. semua saya buat tak boleh bagi awak. saya dah penat gaduh la.apa salah saya lagi kali ni? tak pasal-pasal awak cari hal, dari dulu lagi saya bersabar dengan awak ni tau, saya tak tau pun ape salah saya, tetiba je awak nak gaduh. please la awak, saya dah bosan la macam ni. awak selalu sangat tak percayakan saya. walaupun awak cakap percaya tapi sebenarnya tak kan? saya sedih sangat dengan awak kali ni. saya tak pernah pun curang dengan awak. tapi saya penat sangat bile awak kongkong saya macam ni tau awak. semua tak boleh..saya dah betul betul tawar hati dengan awak. cukup la sampai sini je, lebih baik hubungan kite lepas ni cuma sebagai kawan..senang.” aku tersentap. ada baiknya kalau aku dan dia cuma berkawan? betul ke apa yang aku baca sebentar tadi? izham mintak berpisah? mana mungkin. aku sayangkan dia. kenapa sampai macam ni izham berfikir. “ awak, apa ni? kenapa cakap sampai macam tu? saya sayangkan awak. saya cuma nak kita baiki keadaan. nape selama ni saya rasakan awak semakin jauh dengan saya. saya cuma rindukan awak….” aku sudah kehabisan kata-kata. pedih. izham meminta perpisahan? semudah itu? sudah keringkah lautan kasih sayang dalam hatinya? sudah habiskah ‘juta-juta lemon’ yang sering keluar dari bibirnya melengkapkan ungkapan sayang dan rindunya padaku selama ini?

* * *

aku melempar pandang di luar tingkap, jauh memandang ke dada langit melihat hamparan awan yang memutih. aku pasti jauh di satu sudut, izham turut berada di bawah hamparan langit yang sama. sudah lebih sebulan kami berpisah. aku sudah letih menangis, sudah penat menjengah rasa kecewa yang maha hebat atas perpisahan kami kali ini. aku benar-benar hampa. semudah itu izham meninggalkan aku.hanya kerana kesilapan sekecil itu. sudah penat aku merayu izham memberiku peluang, ah terasa begitu bodoh diriku pada ketika itu. terasa betapa kerdilnya aku pada matanya waktu itu. izham tetap berlalu. keras hatinya meninggalkan aku. setelah segala cara yang dia lakukan untuk memancing cintaku walaupun aku begitu tega menolaknya dulu. setelah sekuat mungkin aku mahu menghindar diri dari kekecewaan, kecewa itu tetap hadir. langsung tidak terlintas dalam hati aku semua ini berlaku. selama ini, aku begitu lalai dengan mainan cintanya. segalanya halal buat kami, terlupa segala hukum Tuhan, terlupa pada kuasaNya. sampai hari ini, aku tetap yakin satu masa dulu cinta yang hadir antara aku dan dia adalah cinta murni, setulus aku menyayangi izham, setulus itu jugalah cintanya buatku. tapi semua itu belum mampu lagi menghalalkan segala hukum Tuhan. dan kerana lalai, aku percaya, Tuhan menarik balik cintanya yang pernah mekar buat aku satu waktu dulu. aku tak pernah menyesal mengenali izham, merasai tulus cintanya buatku. betapa aku benar-benar merindui setiap saat aku bersamanya. segalanya tinggal kenangan. cintanya telah hilang bersama masa yang telah kami tinggalkan. aku harus tabah. air mata terus mengalir. entah bila semua ini akan berhenti. yang pasti, izham telah berlalu bersama segunung kenangan kami. ahh, kenangan..mana mungkin bisa ku buang dengan hanya melipat sejarah!

* * *

“ sue!” perempuan itu berpaling. ada kejutan dalam matanya.
“shirah? ya ALLAH…” separuh menjerit sue menyebut namaku. aku memerhati sekeliling. beberapa mata memandang dek terdengar suara sue sebentar tadi.
“ ish..perempuan ni..tak reti cover langsung..” ngomelku dalam hati.
“ wei, perlu laaa..ingat kat rumah ke nak jerit-jerit. kau tengok tu, semua orang pandang tau..” bebelku pada sue saat kami melepaskan pelukan masing- masing. sue hanya tersengih.
“ peduli la, aku tak kisah pun. bukan nya lepas ni aku nak pandang pun lagi muka diorang semua tu, hehe. shirahhh…lamanya aku tak jumpa kau, dah lebih 3 tahun dah lepas kita grad langsung tak pernah jumpa. kau apehal datang kl ni? bukan keje kat kedah ke? eh, haa.. amacam master kau?lepas? ke dah dapat title doctor dah..hehe”
“ ish..ish..satu-satu la soal. macam inspector sahab plak ko ni nak soal aku banyak-banyak.haha. tak de la, aku ada seminar kat kl ni seminggu, bos aku hantar. baru sampai ni pagi tadi. heh, tak sangka pulak aku nak jumpa kau kat sini. ni, nombor baru kau ni pun baru aku dapat dari wanda semalam, tuka nombor bukannya nak bagitahu. kecik ati tau! baru ingat nak sms kau malam ni ajak jumpa..geram aku nak basuh kau cukup-cukup..hehe” tersengih aku memandang sue.
“ eh ape pulak. handfone aku kena cilok la beb, sesodap raso ekau la ye nak basuh aku cukup-cukup. ingat kito ni anak ayam ke ape..huhu...” meledak ketawa aku mendengar kata-kata sue. ahh, lama benar aku tak segembira ini.
“ hmm, macam ni lah sue, bagi alamat kau, lepas aku habis seminar ni aku extend duduk kat kl ni 2 3 hari, kita berjinggo sama-sama nak? sekarang ni aku kena pegi check-in la kat hotel dulu, ok?”

* * *

“ kau macam mana sekarang shirah?” wajah sue berubah serius. aku tergelak kecil. “ kau kenapa serius sangat ni, aku ni masih jadi orangkan?kenapa, kau nampak rupa aku dah bertukar jadi katak ke?” meledak ketawaku. sue sekadar hadiahkan aku senyuman ikhlas. ‘ish, tak gelak pun, ketawa sorang-sorang rupanya aku. dia ni memang,kalau dah serius tu..’aku membebel dalam hati. ahh, perempuan ni ada kalanya terlalu mengambil berat. tawaku terhenti.
“ hm, aku tau ape kau nak tanya, macam mane ngan perasaan aku pada izham kan? aku dah ok lah sue, dah tak gila lagi.huhu. lagipun, aku dah tak pernah jumpa dia sue selepas kami berpisah. langsung tak. kalau kau nak tahu apa perasaan aku sekarang untuk dia..hmm, jawapan aku sama macam dulu. sayang tu tak pernah hilang sue. cuma mungkin sekarang masa dah sembuhkan baaanyak luka hati aku selama ni. aku dah berhenti berharap…” entah kenapa tiap kali nama izham ku sebut, terlalu senang air mata aku untuk mengalir. ahh, masa belum mampu untuk hilangkan segala duka aku selama ini. terus-terusan mahu menyeksa aku dengan kenangan-kenangan itu. seketika ia tetap hadir.
“ awak, saya tak nak awak balik, nanti saya rindukan awak..tak bole la awak, saya dah sayang sangat-sangat dengan awak ni..tak sanggup rasanya nak lepaskan awak balik. lepas ni tentu lambat lagi nak boleh jumpa” luah izham pagi itu sebelum aku melangkah kaki untuk pulang setelah sepanjang malam kami menghabiskan masa di pantai saat kami bersama satu tika dulu. wajahnya murung. tergambar sekali rindunya buatku. betapa aku rasakan waktu itu akulah perempuan paling bertuah di dunia, mempunyai seorang teman lelaki sepertinya. aku..
“ shirah..dah la, aku mintak maaf keluarkan balik isu tu..” lamunan ku terhenti saatku terasa hangat tangan sue menyeka air mata di pipiku. sekilas aku memandang,
“ xpe sue, it’s ok. aku ni yang nak emo tak tentu pasal..hehe” senyuman hambar aku hadiahkan buat sue.
“ lagipun kan sue, aku patutnya berterima kasih pada izham kau tahu tak, kalau tak kerana perpisahan kami dulu, aku tak rasa aku boleh jadi sekuat ni, kejayaan aku sekarang sedikit sebanyak berpunca dari dia. semangat aku jadi lebih kuat sejak izham tinggalkan aku dulu, yela baru aku sedar lepas tu yang hidup aku bukan semata-mata dengan dia.kau tengok la aku sekarang, dah jadi seseorang kan…” tersenyum puas aku melahirkan rasa yang terbuku dalam dadaku sekian lama.
“ emm, dia macam mana sekarang sue? mesti dah jadi jurutera hebat kat tempat tu kan?” masih aku ingat lagi saat izham meluahkan segala cita-citanya pada aku dulu. saat kami sama-sama merancang masa depan.
“ hurm..aku pun jarang jumpa dia. tapi emm..baru-baru ni aku ada dapat kad jemputan dari dia. bulan depan dia nak kawin shirah…” perlahan tutur kata sue ku dengar. “kawin?” aku tersenyum hambar. perlahan nafas ku tarik dalam-dalam. mencari kekuatan barangkali.
“ bagus la. mesti dia gembira kan sekarang ni. aku tak pernah lupa sue untuk doakan kegembiraan dia walau kat mana pun dia berada. seumur hidup aku, dia lah satu-satunya lelaki yang paling aku sayang sue, dan sekarang, aku pun…hmm, tumpang gembira atas kebahagian dia..” tersekat-sekat aku tuturkan kata-kata itu. aku sendiri tidak tahu sedalam mana keihklasan aku melahirkan kata-kata itu, yang pasti di satu sudut dalam hati aku, aku bersyukur. untuk apa segala kesyukuran itu, aku pun tak tahu.
“ sabar la shirah, aku yakin satu hari nanti kau akan bejumpa dengan lelaki yang lebih baik, yang lagi sesuai untuk kau. ada hikmahnya semua ni jadi..”
“ xpelah sue. aku percaya, sayang aku pada izham melebihi cinta aku padanya. kau tahu sue apa beza cinta dan sayang tu?” nafas sekali lagi kutarik dalam-dalam. cuba mengimbangi rasa perit, pedih dan sedih yang berbaur dalam hati.
“ hmm, cinta cuma sekadar ingin memiliki, tapi bila kita betul-betul sayangkan seseorang tu sue, apa yang kita nak cuma untuk melihat dia bahagia, walaupun kita harus kehilangan dia…” aku pandang wajah sue, air matanya turut mengalir. ahh, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sue. perlahan aku tarik sue, memeluk erat sahabat yang selama ini benar-benar banyak membantu aku.
“ sue..aku sayangkan dia sangat-sangat, kau tahu kan..” air mata masih mengalir. moga satu hari nanti sinar bahagia itu akan menjadi milik aku jua. izham, semoga kau berbahagia disana..


mencari sebuah harga diri
dalam gelap kabus yang tertutup
siapa aku pada dirimu
saat bahagia itu…perlukah berlalu
aku bukan yang pertama
jua bukan yang terakhir
lantas, terfikir aku dalam kamus hidupmu
tertuliskah sebaris namaku
hanya untuk secebis kenangan itu
yang mungkin buatkan kau tersenyum
untuk hari esok
atau kau biarkan saja kenangan itu terus berlalu
jauh-jauh kau lemparkan ia bersama memori duka
tentang bahagia kelmarin
mungkin sekadar penawar rinduku
tapi bukan untukmu
perlunya aku sedar dari dulu
sedar diri dan siapa aku...