Tuesday, August 24, 2010

samb: KISAH SERAM DI HIGHWAY PLUS...jeng jeng jeng..

kuangkuangkuang... aku paling tak suka orang gelak cenggini...

cerita sebelom ni intipatinya ecelli aku pernah terbaca time2 sekolah menengah dulu...
dalam majalah gila-gila rasanya..
ntah nape ingat sampai sekarang..nak kate best sangat pon idak le..

aku ingat lagi..cite ni penah aku guna untuk buat karangan masa form 4..intipati nye je lah..
olahan suma dah bertukar seiring peredaraan zaman dan kematangan usia lol~

Korang ingat tak time sekolah dulu time exam karangan tu kite boleh pilih kan nak buat cite ape...
ade karangan berformat laa..cam berita..syarahan..bosan!
tak pun autiobiografi..
ke...cerita tentang mengalaman manis..
tapi yang paling aku suka..........................



sambungkan karangan!



....." Malam itu aku seorang diri di rumah..hujan lebat turun mencurah-curah di daun keladi....
sesekali terdengar lolongan anjing liar di sebalik bukit..
aku begitu tatott..eh..takut..!
tiba-tiba....

.............................

.......................

............................ *kira sambungkan la sendiri pastu..



ada gak time bongoxx tak hingat dulu penah terbuat karangan cenggini...


.................." dalam gelap malam itu...aku bagaikan ternampak bayangan seorang wanita di bawah pohon pisang di belakang rumah...
wanita yang bertudung biru berbaju merah dan berseluar hijau itu merenung tajam ke arah ku.."

happtuihhhh!!

menipu tak hengat...
kata gelap...sempat lagi pulak describe kaler baju dengan begitu terperinci sekali..cisss!

Tapi tu lah..suka sangat berimiginasi aku ni...ops!

oke. meh kite pulang ke pangkal jalan sebentar...
kira sambungan dari cerita perepek meraban aku before ni la..


                                                                * * * *

...... " aku ketawa guling-guling bila aku cerita kan kisah seram yang xberapa nak seram tu kat kakak aku bila sampai kat umah esoknya..
SEDEH betul tengok muka dia cam tak siap tu mengharapkan adanya unsur-unsur mistik di sebalik cerita aku tapi tak berkesampaian..

..@##$%*&@!!x!$$.. " berlumba-lumba sumpah seranah beliau mengattact aku pagi tu..dah la penat semalam tak habis lagi..nak makan kuih raya pagi tu pun tak sempat lagi kutt!

"Semalam memang kereta aku rosak pun..
tersadai tu haa kat simpang masuk kampung kita tu je..dah hantar bengkel Usop dah semalam.."
dalam ketawa bersisa aku explain jujur kat Ros, kakak aku.

"Kebetulan time kereta aku rosak tu Wak Padil lalu..

...dia tolong hantarkan kereta aku tu kat bengkel, dah tu aku singgah rumah dia jap dah dia beria ajak aku makan rendang bini dia masak kat umah..

...sedap ooo..jom nak pasni sembahyang raya ni kita g beraya rumah dia lagi?

..semalam tak sempat nak usha anak perempuan dia..tak nampak pulak..dah tido la tu kott..hehe. Aku sengih macam kerang busuk.

Aku toleh kakak aku kat sebelah..beria aku story teller kan kat dia senyap je langsung tak nyampuk. Merajuk la tu! Perempuan betul.

"HOI!"

.. "Haa..ape?" soal Ros. eh..pehal minah ni..pucat semacam je..

.. " Ko kenapa? " soal aku sedikit kurang ajar. Bukannya nak mintak mahap dah menyakat dia kaw2 sebentar tadi..

..."err...ko g umah sape..? Wak Padil..?"

"ha.." aku jawab pendek.

PAP!!

"Hoi! Sakit tau tak! bongox!"

Gila apa pompuan ni tak pasal-pasal tampar belakang aku. kuat plak tu! cis! pantang datuk nenek aku..err..datuk nenek aku datuk nenek dia la jugak! oke. *tak jadi sambung ayat hang jebat tu*

" Ko nape? Bini muda Wak Padil tu dah ke yang marah sangat aku nak ngorat anak dara dia?"

Aku nampak muka Kak Ros berkerut macam orang cari tandas tak jumpa..

" Bodoh! yang ko pegi rumah orang tua tu buat ape?.."

"Asal?" aku soal macam orang bodoh.

" Tulaa..balik kampung asal 4 taun sekali...."
ha..dia dah siyap mukadimah nak membebel dahh...aku pandang tempat lain. Pura-pura tak berminat nak dengar.

" Wak Padil satu family meninggal malam raya 3 taun lepas dowh..rumah dia terbakar hangus kena mercun anak dia yang kecik tu main..."
Aku nampak kakak aku jeling tajam ke arah aku. siap suara memang guna volume paling rendah sangatt la..macam la dalam dewan exam!

"ape ko merapu ni??"

" setiap kali nak raya...selalu nya malam raya macam semalam la..ramai orang katanya pernah terserempak dengan arwah Wak Padil..tak pun bini dia..kadang-kadang tu cucu dia yang kecik tu..merayau-rayau kat simpang tiga jalan nak masuk kampung ni...ajak orang datang beraya kat umah diorang....heee.."

kakak aku buat gaya geli geleman..

Aku?



.....................>>>>>>


                         


                                 .....................................>>>>



Telan liur pun tak lepas!

No comments:

Post a Comment

tAk puAs atI dengAn issue ini?? siLa Lahh berteKak..=D