Monday, August 16, 2010

terawih berjemaah @ bersendirian lebih afdal??

dah lepas 6 hari kott puasa..

 rasa sekejapp sangat sekarang..kalau dulu tu nak tunggu habis satu hari terasa lamaaa sangat..dengan lapar nye..haus lagi la..siap kalau rasa dah kritikal sangat time balik sekolah wat mandi dalam bilik air lama2 sambil bukak mulut luas2..kot air seteguk dua masuk dalam mulut tu...opss! tak sengaja..haihhh..ingat Tuhan tu sesenang nak kena tipu..bukan setakat payah nak tipu Tuhan..memang dah sah2 tak boleh N tak akan boleh nye nak tipu!

Bila datang Ramadhan..memang banyaakk sangat perbezaan dulu dan sekarang..seiring dengan perubahan diri sendiri kot..beza dengan cara pemikiran..attitude dan adaptasi kita pada keadaan..dulu mungkin puasa sekadar niat..'sahaja aku puasa esok hari fardhu ke atasku tunai kerana Allah Ta'ala..'..tp keikhlasan tu kurang..tak puasa kang..mak marah..membe2 ejek xpuasa...malu!

Dulu kat kampung asal ramadhan datang..memalam pakat lumba2 p masjid..surau..
jumpa makcik2 yang ada anak teruna ensem2 pastu wat2 la sembahyang khusyuk gile siap sujud lama2 lagi kat rakaat terakhir tu..konon beriman sangat la..hampeh betul kau ni Mashitah! korang tak ke?? hmm..aku sorang je kutt..astagfirullah..sedangkan tujuan utama solat terawikh berjemaah itu adalah untuk mengejar Keredhaan Allah! tertulis jelas dalam sebuah hadith:

" Barangsiapa mengerjakan sembahyang pada malam Ramadhan dengan KEPERCAYAAN yang teguh dan KERANA ALLAH semata, akan dihapuskan dosanya yang telah lalu.." (hadis riwayat imam muslim, Jilid 6)

tapi di mana tujuan sebenar sembahyang terawikh berjemaah yang sepatutnya kita kejar?? Lupa plak pada niat untuk datang ke Masjid nak kejar berkat bulan puasa beserta fadhilat setiap malam yang berbeza2 kurniaan Allah yang Maha & tersangattt lah PEMURAH nak rewards hamba2NYA yg melebihi 27 kali ganda dari orang yang bersembahyang sendiri! SUBHANALLAH..

Ada aku terbaca satu entry dari seseorang...mungkin betul atau mungkin jugak maksudnya aku tersalah tafsir..

' salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh muslimin di bulan Ramadhan ialah dengan menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan kemeriahan, Malanglah mereka kerana setiap amalan dikira dengan niat, jika niat utama seseorang itu hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari, maka "sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat" (Riwayat al-Bukhari) '

Jadi di mana niat kita agaknya? mungkin kah redha Allah itu akan lebih tercapai dengan bersolat terawikh bersendirian di rumah? atau lebih afdhalkan bersembahwang terawikh berjemaah hanya di kalangan ahli keluarga? bagaimana mahu mengimarah kan masjid pula sekiranya rumah menjadi pilihan? talian silaturrahim sesama insan bukan sekadar di antara ahli keluarga..malah jiran tetangga dan sahabat handai...sama2lah kita berdoa agar Allah kuat kan hati supaya tetap berada pada jalan Allah..

bagi aku..cuma satu..segala2nya terletak pada niat..niat tidak menghalalkan cara..tetapi untuk beramal..niat seikhlasnya kerana keredhaan Allah adalah paling mulia..

                        BERAMAL DENGAN ILMU...( ^ - ^)

No comments:

Post a Comment

tAk puAs atI dengAn issue ini?? siLa Lahh berteKak..=D