Thursday, August 19, 2010

KISAH SERAM DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN..jeng jeng jenggg...


**gambar sekadar hiasan untuk menambahkan keseraman..**

Pagi tu memang sejukkk sangat..!
Embun jantan semakin galak menitik kat pokok2 di sepanjang jalan..
sesekali bila terkena rumput yang basah dek embun pagi tu..sejuknye..mak aihh..berdiri bulu roma!


Dalam hati aku menyumpah-nyumpah kereta kancil membe yang aku pinjam untuk balik kampung kali ni..
time2 ni pulak nak buat hal..
dah dari seminggu yang lepas asyek langkah kiri je rasa..malang..!
mula nya nak balik kampung dengan kereta sendiri..tapi tetiba buat hal tersadai dekat bengkel..
last minit nak cari tiket bas balik kampung time2 perayaan ni memang sah2 la dah habis dijual!
jangan kata bas..tiket keretapi mahu pun flight pun dah xde..kalau ade pun flight ticket yang harganya dekat RM800 sehala..gila!
Last2, malam raya tu aku pinjam kereta housemate yang sememangnya available sebab tahun ni dia balik kampung dengan kereta girlfriend..
dah sah2 awal-awal lagi dia pesan kereta tu banyak sikit ragamnya..
tapi dek kerana nak tebus 3x raya berturut-turut aku tak balik..tahun ni aku nekad!
apa nak jadi..jadi lah!
tapi sekarang..mak oiiii....

kereta yang tersadai kat tepi jalan kat kilometer 365 lebuh raya Utara Selatan tu semakin jauh aku tinggalkan...selamat kott..
lagipun sepanjang dekat 3 jam aku tersadai kat sini..
boleh kira dengan jari berapa bijik kereta je yang lepas..
pelik..memalam raya tak ade kereta..!
biar betul rakyat malaysia tahun ni..
sekilas aku tengok jam..nak confirmkan betul ke hari ni seperti tarikh tertera..
mana lah tahu kot2 aku tersalah jadual esok bukan lagi hari raya!
Betul. Dah betul sangat la tu 12 Sept 2009. Esok kan raya!
hmm..


pepagi esok aku call lagi sekali PLUS suruh tarik kereta tu masuk bengkel..lepas raya aku datang collect..
malam ni saja lepas 2 jam kete aku tersadai..dah dekat seribu kali aku dail 18008800000, tapi tak berangkat. aii..tak kan malam raya je semua dah bercuti kot!


**owh..terambik gamba pada pukul 6.45am**

Aku toleh belakang..
selepas beberapa kereta yang aku cuba tahan tapi tak langsung cuba nak berhenti..
takut aku orang jahat la tu..!
hoi!!! aku ni orang baik la!
pemuda harapan bangsa korang tau tak!!!
pun tak benti..
sial!
haihh..xde la jauh sangat lagi aku berjalan..
Jauh mana lah sangat dengan langkah kaki aku yang lemah gemalai memalam buta tu..3.45am!
sejukk!
tiba-tiba......














                                        .....................................


























>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




























>>> oke! takde sebarang paparan..<<<




























             hoooreyyy!! dari jauh aku ternampak bas kilang yang semput-semput dipandu dari jauh..
kali ni aku nekad!
Bas ni mesti berhenti tumpangkan aku jugak!


Dengan sepenuh tenaga aku melompat-lompat macam beruk tercucuk paku payung kat bontot, sambil layangkan ranting pokok yang aku patahkan kat tepi jalan beberapa minit lepas..
sambil berlari-lari bapak aku menghampiri bas kilang tersebut..
sebaik sahaja bas kilang kontot tu menghampiri aku..zsupp! terus aku lompat masuk dalam perut bas tanpa sempat bas tu benhenti..
mak aihh..uzur bebeno aku nengok bas ni ha..dah la jalan semput-semput dengan kelajuan menghampiri -25km/jam! (oke! aku tipu. camne plak nak bawak smpai -ve kan?!)..tp..memang slow lah!


Tapi dek kerana rasa bersyukur yang teramat sangat aku abaikan keuzuran bas tu...
sambil edjas2 seat..aku merenggangkan seluruh urat-urat sendi aku yang dah bersimpul mati tu..
hiyahhkkrrkk!! aku menggeliat lega!
aduhh...nikmatnya!


Dalam sedap-sedap berbaring lega kat dalam beas terkurang selesa tu..
aku baru terperasan..


                         "asal slow sangatt bas ni..?"


mula tak sedap hati..


toleh kanan...belakang...aikk?? xde orang pun!


dengan slow motion nye aku pandang ke bahagian hadapan...
ke arah tempat sepatutnya pemandu sebuah bas bekerja..
makkk!!!!
xde!
bas ni tak de pemandu kott!!
ayyakkk!! darah dah rasa cam naik terus ke kepala siyap terlebih 1 inci aku rasa!
eh..bukan! xde darah! ye..! muka aku pucat lesi kot..dah kalau letak mayat kat sebelah aku pun confirm mayat tu kagum dengan kepucatan wajah aku yang lagi over dari beliau..
erk..ape aku sebut tadi....?
mayat??!
ok! aww!
zsuppptt!! dengan satu langkah je terus aku lompat keluar dari dalam perut bas tu..
memang kalau ade video cctv sah-sah dengan rekod aku sebentar tadi boleh lawan rekod lompat tinggi asia!
peluh laju gile keluar!
Tiba-tiba......


















'eh..ape bising2 tu..?'


suara-suara sumbang beberapa manusia kedengaran dari belakang bas..
ada yang mengeluh...marah-marah..erk..menangis pun ada..!
bulu roma aku dari tadi tegak tak turun2!
statik aku berdiri.


1...2...3..saat kemudian...
bas kilang kontot itu mula melepasi aku yang berdiri kaku ala2 mayat di simen tu..mayat lagi! aww!
eh..aik!!


Di depan mata aku dijamu dengan pemandangan yang sangat xpatut dilihat di depan mata..
mak oiii...mak cik..pakcik..kakak..abang adik..semua berhimpit-himpit beramai-ramai memolak bas yang seberat 5 tan* itu!
hadoiiii..bas rosak rupanya!!!!
cettttt!! cilakak! hampeh!
sia-sia aku takut 5 minit lepas! ok. awww..(lagi!!)




"laaa..ada sorang lagi rupanya..."
"...heh! ko curi tulang ekk??.."
.."meh cini tolong tolak bas kat belakang ni..! "
.."patot la berat semacam..ada budak ni rupanya kat dalam!"
Satu-satu aku dengar diorang membebel kat aku..


'laa..bila masa plak aku join group diorang?!'


oke. aku takde pilihan..fine!


                                Dah! habis satu entry...sambungan nya?? ada lagi! awww~~

2 comments:

  1. adalah sgt tah hape hape..dh la pjg..haha~ =p

    ReplyDelete
  2. hahaha! sapE suh layan! ngeh2. nampak sangat kte xde keje kat opis smpai idea mencurah2 sambil curi tulang..ngeh3x.

    ReplyDelete

tAk puAs atI dengAn issue ini?? siLa Lahh berteKak..=D