Thursday, September 30, 2010

LITTLE PINK RIDING HOOD~

finishing SEP10 tasks while hoping for lady gaga song to be played thru Fly.fm!

*nape entry cam shout out Facebook??


    * * * sebab facebook ai kena block kat tempat keje. Ho yeayyhh! * * *

BAGAI BULAN DI PAGAR BINTANG....

....2 minit melepasi pukul 12 sekarang..
mata dah berat...
badan dah penat..
balik keje tadi pun dah pukul 9malam..letih wooo...
huh. naseb baek quarter end closing..
keje2 berat bole postpone ke 1st work day..
kalau tak..mau sekarang pun aku still berkampung kat opis!
owhh....TENSENNYE!


Penat-penat aku pun..bukan nye rasa nak landing atas katil sambil peluk bantal wangi lagi tiMe2 ni..*kat opis berangan sangat! cis!


Apesal otak tetiba berpusing-pusing lagi digest cerita puluh-puluh taun yang lepas *oke. im lying*
 3 4 taun yang lepas...
sebab tadi tengok cite DURJA NINGSUN kat tv3 ada scent kat bilik stadi, kolej..
teringat plak time zaman2 g stadi reramai kat study room yang selang 3 pintu je dari bilik..
Nak amek mood punya pasal..


bawak towel kecik satu letak atas kepala..
Cari port baekk punya tepi tingkap..sambil selak-selak buku 2 3 helai..berangan jap 5 minit~ cet!
dah pukul 12...dengar la kolej pasang surah al-mulk..sayuuuu je dengar..
toleh2 belakang...tinggal sorang...huh!


tu time matriks.


erm...tapi tadi teringat pasal laen. bukan pasal matriks pun rasanya...*menGUap*
oooooooooooooo...ingat dah.
Tapi ngantuk melampaui batas..
tapi lagi, tunggu senarai lagu2 download yang berbaris panjang tak settle2 jugak...
sambil paksa diri blog walking kat blog hamba Allah mana yang aku tak pernah kenal..tapi menarek hati...
well, sukahati sebab tervisit 1 blog yg begitu informative cerita pasal property investment...
tapi owhh....lupa nak follow..n dah lupa nama blognye..
dan...hA! jangan risau sebab dah  copy sebanyak mungkin info2 penting dari blog tu. yeay!! \(^_^)/  *bukan nak display or buat blog baru atau ciplak dan iktiraf jadi karya sendiri. TIDAK! simpan as my own reference oke. i budak baru belajar~*


hmm..eh. ape yang teringat tadi???


alamak...lupa lagi.
eh..eh..tak.
mungkin saya dah mengantuk sangat dan perlu tidur sekarang.


p/s: abang beliau lagi ensem dari beliau rupanya. well. dah kawen oke!


MOTIF TAJUK DI ATAS. TIADA.





Wednesday, September 29, 2010

PERLU JOIN TABLIGH UNTUK BERDAKWAH...???

....aku rasa tak. berdakwah boleh dari segala segi. Sila lihat dakwah aku yang sekecik ni. hapi reading!! n start making changes ^_^

Kiriman seorang ahli jemaah masjid al-munawwarah untuk renungan kita bersama.
** terasa seperti di sepak laju2 oleh non muslim pada ayAT2 yg telah di highlightedKan**

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance' , semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan
baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?
 Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?
Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul,
kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang
pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Monday, September 27, 2010

SILA MAIN NUJUM-NUJUM.

Cuba pejamkan mata sebentar...

Imagine time tu terasa angin sepoi-sepoi bahasa kat tepi sawah  bawah pokok ceri gergasi yang redup..

nyamaaannnn sangat...

Telinga pulak dengar kicau burung beterbangan, ikan kecik lompat-lompat kat tali air..

ooohhh...sonoknye idup..

bebas! takde keje pending yang menanti kat opis..

takde bos nak kacau call 3 4 kali satu hari..

takde bank nak call mintak utang...


tiba-tiba.....

"Nek!"


............."NENEK!!" sambil sentuh bahu.

eh. diorang panggil aku kE??

bukak mata.

shawlkU tetap tidak lusuh.gunalah Dinamo barU!


TERUS NAMPAK MUKA AKU YANG MACAM NI!!!!

oooooomAAnngAiiiiii........

best ke dah jadi tua nanti?
tenang dah ke idup waktu tu?
dah takde utang piutang keliling pinggang dah ke time tU?
anak-anak sume mmg dah tak ke mana asyek serve kte 24/7 cam bibik je ke masa tU?
duwit ringgit melimpah ruah dengan barang kemas lilit2 sampai leher ke umur tu?
masa lapang sampai boleh rehat dari celik mata tengah hari sampai tutup mata balik tengah malam kE?
U WISH BEBEH!!

Dah sah-sah time tu anak ke mana..
EPF dari membukit hari-hari kena tarah..
barang kemas satu pun sangkut kat leher rasa rimas..
simpan kat bank tak nampak..simpan bawah bantal kena curik..
asal bangun tido je sakit pinggang sakit lutut tido pulak asyek sesak nafas memalam..
owhhh...

TERUS TERASA NAK DIET & JAGA KESIHATAN DARI SEKARANG.

Nak tengok rupa anda? sila klik disini



cam nenek vouge!

SIPADAN TAK KITORANG?? *CAKAP SEPADAN SEKARANG!!!




 KAKAK2 KU JUA MENJADI MANGSA. HO YEAHH!!

Leen50tawun!


Jue tua! wEk!!


BILA LU MAO BAYAR UTANG MEH?!!

Sebelom otak jammed  cari2 equation add math mana yang boleh korang guna nak kira balik berapa byk utang korang sume kat PTPTN, sila klik disini .

*haip! dah ade yang raba-raba poket nampak....-_-"

Amacam? Byk tak utang2 korang? dah la kena baya rm0.50 kutt nak check no pin tu pun. asal nampak je statement, otak terkedu tengok charges2 yang kena baya kat lawyer2 yang setakat tau cetak surat anta kat peminjam2 tetiap bulan. eleh. kertas putih type ayat2 berbaur ugutan sket letak header AHMAD & CO. bukan nama sebenar sikit tu pon nak charge ratus-ratus tetiap bulan! Kalau lah statement PTPTN tu di ibaratkan sama cam statement kat ASB, alangkah terujanya tengok duwit yang berkembang bagai di pam-pam! owhh...sudah la Mashitah. Berhenti berangan.

Ai malas gile nak masuk bab isi2 penting bile buat karangan.

Sila rujuk konklusi SEMUA! bila bercakap menggunakan itonasi seperti ARAHAN dan TEGAS besertaMUKA KETAT selalunya orang tak berani nak soal banyak-banyak. harap saya berjaya dis time. fuh! -,-"

Saya start baya utang PTPTN lepas 1 setengah tahun grad. dah la saya grad awal 1 semester. duit PTPTN last semester yang saya tak belajar tu pun saya dah joli dengan jayanya. Macam tu pun saya still lagi liat nak baya PTPTN jugak. Owhh...sungguh tidak bersyukur kAmu..

Alasan: Oleh kerana PTPTN kenakan interest yang terlalu tinggi, jadi saya tak mahu bayar!

Huk Aloh kamu..dah nama nya pun hutang..ingat rm26,000 pinjaman tu boleh waive dengan alasan tersebut Kah?! Alasan itu benar-benar menipu diri sendiri oke!

well, alasan itu bukan sekadar menipu diri sendiri, malah menyusahkan jugak. menyusahkan diri sendiri oke. tak de pun jiran sebelah rumah nak rasa susah sama untuk kamu. TIDAK. melainkan beliau juga berhutang dengan PTPTN dan liat membayar seperti kamu!

Kenapa saya bgtau susah??!
Sebab saya dah rasa susah.
bila saya start baya hutang..saya dah pun start terima surat peguam yang ke3. bukan surat cinta yang tak putus2 datang sebab saya tak balas ye,BUKAN. Dan saya yakin takde peguam yang interested dengan orang yang tak baya utang macam saya. samalah juga takde polis yang akan jatuh hati dengan penjenayah. tambah-tambah lagi penjenayah tu bermuka bengis dengan misai melentik yang dah sah-sah perwatakan tu di iringi obesiti berlebihan si empunya badan. ok. ape Mashitah merapu ni. Back to the topic pLisss!

Disebabkan letter2 tu semua, interest hutang saya dah naik dari 3% sepatutnya kepada 8% setiap bulan. Nak lagi pulak bila saya tengok statement, rm100 yang saya baya, rm70 akan di tolak ke akaun peguam kerana bersusah payah hantar surat ke rumah saya saya dah cakap peguam tu tak suka kan saya! Jadi, konklusinya..setiap bulan saya cuma membayar rm30 dari keseluruhan hutang saya yang sebanyak RM26,000! ops! dah jadi rm28,000 dah pun sekarang ni ok!

tapi cik PTPTN, saya dah pun bayar rm100 tu pada setiap bulan. tak pernah miss!!! sejak 3 bulan yang lalu.
jadi, esok saya akan telefon cik PTPTN lagi untuk cari solution reducekan balik interest saya. Tolong ye cik PTPTN...plissss..*mengharap* tp tak menangis okE!

Jadi korang...nak lambat2 ke bayar utang??!!
nak tunggu 2013 kena potong secara paksarela ke?
bayar jelah sekarang..dah memang duit tu bukan untuk kamu pun...

Sunday, September 26, 2010

CERIA!

saya nak wifi free dua, bungkus kuah asing ekk!
Menarekkan zaman siber sekarang ni…
Dah ada wifi kat mana-mana..
Tak payah buang duit mahal2 baya broadband mahal dengan servis lembab tetiap bulan,
Nak lagi untuk orang yang bukan ‘ internetholic’ cam aku ni,
Lagi prefer baya one time charges guna wifi,
Yela…bukan ade bisnes kuih bahulu pun nak terima email dari orang Brunei tetiap hari..
“ Mak! Orang Brunei email. Nak tempah 100 lagi bahulu kite…!!”
Owhh. Ni bukan iklan makhluk perosak. Eh, silap.
Bukan Iklan jalur lebar okE!!
Tapi dalam secanggih-canggih teknologi ni pun,
Ade je benda spoil yang nak nyusahkan keadaan.

nak dijadi kan ceghita,
ada satu wifi xcess baru kat area rumah aku ni.
tapi dah di takdirkan aku memang malas. Tambah2 time cuti. Malas gile nak dressup lawa-lawa amek kunci kete turun bawah dari tingkat 5 start enjin drive g kedai runcit yang tak sampai 5 minit pun dari umah aku g beli top up!
Series aku malas. Betul. Tak tipu punya. Aku malas!!
Sebab tu aku pakai bill. Oke. LARI TAJUK!

Jadi untuk  menyenang kan keje..
Aku call no telefon yang tertera.
Dial 1 kali..tak angkat.
Dial 2 kali.. masuk voice mail. Cet!
Dah tak berangkat aku dengan muka tak malu nye sms.
“ tolong top up *** wifi rm10 boleh tak? Nanti saya baya thru m2u.”
Pun tak balas jugak. Hampeh betul la bisnes melayu ni!!
Camne aku tau ni bisnes melayu??
Dah aku penah mintak topup 2 bulan lepas, called jugak n Cuma time tu je berangkat n dapat top up. Bukan nye aku tak baya pun. Dah sah2 time dapat online tu terus aku bukak m2u dulu on da dot jugak aku transfer duwit.
Pastu minggu depan nye aku kol lagi sekali dah service cam gampang gile tanak angkat phone.
Bulan ni called n sms pun tak berjawab jugak.
Hape punya bisnes daa. Suwei!

Dah aku memang malas nak g turun bawah g kedai beli topup tu satu hal la..
bengap jugak aku ni pown..
tapi aku kan customer..
customer alwaYS right wHaaatttt.....
kao buat bisnes pepandai la nak treat customer...
bukan nye nak kena suh g panjat gunung ledang pon nak amek ati customer..
angkat phone pun susah kE?
nak kata buta IT tanak guna m2u..
rasanya macam TAK la pulak kAnnn,
dah sah2 kAo buat serVice berasaskan IT.
hUh!

Owh. Btw, nape aku letak tajuk entry kali ni CERIA??
Hmm..ntah. saje je nak letak.
Tu jawapan selamat aku.
Sekali lagi.suwei. SUWEI bebeh.

p/s: Eceli entry kali ni lebih kepada meluahkan rasa ketidakpuasan hati kepada diri sendiri...

Thursday, September 23, 2010

GUA TAHU ITU SIAPA! (boleh sesaja tambah ke tanda seruan tu?)

wahh!!

tetiba rasa nak join contest! rasa cam kanak2 ribena baru masuk sekolah tadika buat sesi suai kenal ngan rakan-rakan sekelas. motif apakAh??? er...

oke.

buat julung-julung kalinya gua nak join contest ntah hape2 dari hamzah Ian yang sesaja gua blog walking dengan speed limit 2 batu sesaat ke blog beliau time ofis hour dengan jarak gua sama bos 5 meja dihadapan sambil mata jeling kiri kanan & muka ketat buat-buat busy depan pc. wah! apakah??

Apakah untuk join contest ini saya perlu menggunakan kata ganti diri pertama seperti beliau jugak untuk mengambil hati seterusnya memenangi hadiah lumayan rm30 beserta domain seperti yang beliau janjikAn??
Owh..tidak. tidak perlu Mashitah. Plisss be yourself!! >,<


sila lihat gambarajah
uhhhh..inosen nye wajah hamzah Ian ni rupanya..
kalau lintas tepi ai time jalan jem kat federal highway pada pukul 6ptg tetiap ari confem ai tak sangka otak beliau sangat bergeliga dengan ayat2 sempoi buat ai sengih sampai telinga..ayat ni pun bukan dengan tujuan membodek oke!

Confem time ni hamzah Ian dah pun mengreject contest ai sebab sampai sekarang tak tulis ape2 lagi pasal kontes yang beliau mintak. Fine. T_T

Oleh sebab itu, untuk tidak mensia-siakan usaha beliau membaca en3 ni sampai abes, sila lah terima idea bernas seperti tertera di atas..eh. di bawah. sori.

soalan pertama: Siapakah orang misteri di sebelah kiri. eh. salah. sori. di sebelah kanan Hamzah?
Jawapan: Jiran Beliau.

Soalan Kedua: Apa yang beliau (jiran en hamzah) buat?
Jawapan: menyoal en hamzah dengan nada bengang kenapa longkang rumah beliau tersumbat dengan dasyat sejak semalam, tapi pelik longkang en hamzah tidak mengalami sebarang kecederaan.

Senyuman ikhlas cik hamzah Ian tu jelas menampakkan kepuasan beliau kerana berjaya menyumbatkan longkang jiran dengan jayanya. Tak gitu En Hamzah? kAnn?? KaaaNNnn???!!!

Kepada sesape yang masih blur2 dengan en3 ai ni, silah rujuk pada blog En Hamzah yang telah pun di link kan pada nama beliau seperti di bawah. eh, atas. sori.

meh nak share sikit adiah2 lumayan yang bakal korang dapat dengan join contest ni:-

1.Pertama : Duit RM30 dan juga Domain (dua-dua gua bagi) (Rasa janggal nye dapat adiah berupa wang tunai dari student! hahaha. xpe. aku pasni hamzah Ian seorang setuden yang berharta!)


2.Kedua : Duit RM20 atau Domain (pilihan nak domain atau nak duit, satu je okeh)

3.Ketiga : Belanja makan untuk 2 orang ( Dua pemenang untuk tempat ke-3) (alang2 tu rasa cam nak suh blanja kat FRIDAYS je..boleh en Hamzah?)

4.Cabutan bertuah untuk semua perserta iaitu topup RM5 untuk seorang sahaja. (Digi Maxis Celcom shj) (kalau guna bill boleh tolong baya untuk 1 bulan tu kE?plisss. *mengharap*)
 
Kalau nak melengkap kan contest ni ada pulak syarat2 nyE! (Hish. kalau tak syusah kan orang takleh kE??)motiff nak mengamuk, apAKah??
 
Xde la susah mana pun. kena tag 3 blogger lain je. Dah sah2 blog syok sendiri aku ni takde orang follow, sapa lagi je aku nak tag. kah kah.
Nah. HamEK kAoo!!!
 
1.fara
2.Yana Mib
3. k.Yu
 
p/s: nota bewarna ijau gelap tu hasil idea bernas aku sendiri untuk menyusahkan en Hamzah Ian kite ni. jangan mudah dengar khabar angin!

Wednesday, September 22, 2010

NOTA CINTAN SEDIH TAK HENGAT!

Awak...
saya masih ingat lagi...
makcik jual karipap yang tetiap ari saya jumpa kat stesen bas nak g pasar seni tu..
pernah cakap,
"berhati-hatilah dalam cinta"
dan...
dah pun saya ikut..

Saya tahu awak kuat..
hati awak keras..
Perasaan awak kental..
Tapi saya TAK!
Saya lemas dalam angan-angan ciptaan saya sendiri..
saya kalah pada kesilapan tu..
salah saya..
semuanya SALAH saya!
Saya cuai menilai kejujuran awak...
saya terlupa.......

Dan sekarang...
Semuanya dah pun berlaku..
nasik sudah menjadi bubur..nasib baek tak hangit..
Dah takde apa-apa lagi yang boleh saya kata kan..
takde ape lagi yang boleh kembalikan masa riang lalu..
Awak dah pun pergi..
Pergi camtu je..elo! utang2 ai dulu bila mao bayar??!
Ye. Awak dah menang..
nak sangat menang tu kAnn??
Amek la.. sambil menitiskan air mata.. T____T"
Pergi la bagitau kat semua orang yang awak tu dah menang..
LIHAT LAH DUNIA....!

Pergi la bgtau deorang semua tu apa yang saya rasa,
pegi buat announcement kat atas bumbung nun kalau nak..
ke..nak naik helikopter peribadi kentut asap kepul-kepul kat awan sambil tulis ayat-ayat berbisa awak..
bgtau semua yang segalanya dah berakhir..
Bgtau deorang semua tu yang saya dah keciwa..
bgtau deorang semua tentang luka-luka saya yang pecah bernanah di sebabkan awak..
bgtau deorang semua yang semua harapan saya untuk dapatkan awak balik adalah mustahil...
owhh..mustahil..muka sedih..

owh...
Betapa pedihnya putus cinta...
pedih lagi dikhianati..
saya paham perasaan itu...
saya faham.... T_T

Sekarang semuanya dah tak ade pape..
dah takde apa lagi untuk saya katakan... *baru sekarang cakap takde, yang tadi berjela kau tulis tu hapE?
dan kalau awak dah rasa cukup malukan saya,
Awak sendiri boleh bagitau doerang tu semua.


CAYA LAH!!
AKU SUKA LIRIK LAGU AKU NIH!!
HAHA


Monday, September 20, 2010

TAK PAYAH SURUH! TAK PAYAH ARAH!

wah..
macam marah je bunyi nye Cik Citah..

"Kamu Sape?" tanya cik Citah balik..
bukan nak marah..
saje nak kenal-kenalan..
\(^_^)/  peace!

Memang tajuk di atas bukan untuk menimbulkan sebarang issue2 politik hangat atau gossip2 murahan. TIDAK!
Cuma sengaja nak bangkit kan satu soalan yang kita selalu buat tapi jarang terfikir...
Pernah ke terfikir??

                           ***

Seorang baby perempuan comel telah selamat di lahirkan di hospital Sungai Buluh tepat jam 12.33am pagi tadi, apabila di iqamatkan di telinga kanan oleh bapanya yang beragama Islam bernama Tuutt * nama dirahsiakan..tiba-tiba...bayi perempuan tersangat comel itu dengan bangganya bangun berdiri dan menepuk-nepuk bahu bapanya dan berkata..
"ayahkU, Pitching lari...."
oke. kemerapuan itu sume saje nak detail kan cite..cukup Mashitah. CUKUP! BERHENTI MERAPU.TOLONG ABAIKAN DAN FOCUS KAT PART seorang baby perempuan comel telah selamat dilahirkan JE..ok!

Bukan nak borak pasal kes buang bayi. oWhh..tidak..tidak.
biar lah ibu-ibu bapak2 yang berotak UDANG itu hanyut di arus glamer bila muka2 tak berapa CUN diorang terpampang di dada-dada akhbar dan media-media cetak seluruh dunia..
Terbang lah kamu dengan AKSI-AKSI PANAS 15minit kalian tapi meninggalkan kesan bukan sekadar 9 bulan! tapi sepanjang hayat.
HAMEK KAU nak sangat!!!

Hmm..nak cite baby perempuan comel tu cacat kE?
 PAP!!
 Biasa Nih! kan dah kena tampar!
BUKAN!


"er.."
BUKANNNNNNNNNNN!!!!!!!!!
ek eh..tak bagitau pun lagi assumption nye..dah cakap tak..tau la blog dia..diskriminasi! cett.

ok ok ok...
sume BUKAN ye tuan-tuan dan puan-puan..
dah tu apa yE??
hmmm...


Di saat kelahiran baby perempuan yang comel tu..
ape benda pertama yang dia buat?


>>>





     >>>>>






>>>>>>



ya BETUL!!
YESSS!! KALI NI AWAK BETUL!!!



MENANGIS!
wahhhh...pandai pandai pandai...*tepuk! tak pun bunyi kuda macam HOTFM suka pasang*
bagusss baby ni..kecik-kecik dah tutup aurat *sila terasa wahai wanita2 degil di luar sana ye! including mE! aww~
takde sape kutt yang nak kena ajar budak tu nangis..
takde pitching yang nak kena jaga..
takde tanda bacaan iqlab idgham maal ghunnah yang nak kena follow..
takde kott doktor mana2 nak buat side income bukak kelas menangis satu jam RM20 hengget kat budak2 baru lahir ni..
TAKDE!


So terfikir la kawe ni..
gapo lagi hagaknye perkara-perkara yang kita or sesapa or setiap makhluk lah kat dalam dunia ni..
yang ALLAH dah anugerahkan kita ilmu,
TAK PAYAH SURUH! TAK PAYAH ARAH pun..
kita boleh buat..
sambil pejam mata pun boleh settle lah kata orang bijak poyo nye cakap..
ape lagi ekk?

Makan?
kena aja..
tambah-tambah orang kidal cam aku ni..
kecik2 asyik kena marah ngan mak je suap nasik tangan kiri..aduyaii..
pengotoqqq!

haa..
APE?? APE LAGI?!
Diskas..diskas..

PEACE!

Sunday, September 5, 2010

ISU, ISSUE, ISSUES~

Negara Malaysia dengan isu panasnye dengan Indonesia..
silap2 boleh create perang dengan negara jiran disebabkan isu ni..nauzubillah..

Dalam Malaysia sendiri pulak isu nak turunkan peratusan hak2 bumiputera oleh MCA..
Bertekak Dato' Tuuuttt dengan UMNO...
Dulu je aku bersimpati dengan 'isu panas' beliau yang tersebar kat internet..
tua2 pun ada hati nak menyucuk lagi * ops. maafkan aku atas ayat ter culah sebentar tadi
tapi sekarang..patutnya dah kena tahan ISA orang tu!

Isu panas aksi ranjang Ariel Peterpan yang dah ditukar nama menjadi lebeh femes kepada Ariel peterporn tu pun boleh tahap panas jugak..
yela..artis nama pun..
nak gelabah lebih pun dah tak boleh dah Ariel..
yang pandeyyy sangat gie rakam aksi culah tersebut buat ape?
makan sendiri2 sudaa la..
dah tersebar cenggini...alang2 tu filemkan je buat tontonan umum..dapat duwit lebih..siap boleh kasi duit raya lagi kat aku.

Orang Melayu sendiri pulak sebok nak tunjuk lagak konon2 malu dengan bangsa sendiri sampai sanggup bukak FB dengan nama MELAYU BABI..
wahh...tepuk tepuk tepuk!
caya lah..bangsa lain cool je bangsa kita sendiri plak bodoh terlebih..
apa kau dapat buat sume tu?
best??
mintak hakim jatuh hukuman pancung sampai mati!

Ada jugak hamba Allah..HAMBA ye tuan2 dan puan2..
seorang HAMBA yang lawan tokey x sedar diri.. xtau asal usul..sombong..bongkak..belagak..poyo..xfemes tapi nak cari publisiti murahan HINA islam secara terang-terangan di FB seperti Salleh Gregor Samsa...
kelakar gile aku baca..
sakit hati Islam di hina memang tersangat lah..
tapi kelakar jugak sebab tengok kepoyoan mamat ni yang kononnye teringin sangat nak kikis bangsa melayu & agama Islam kat IC beliau..
tu pun nak heboh ke???
hei..kitorang pun xmahu lah ada sedara sebangsa & seagama macam kau!
perasan lebey..

Baik nya kita insafkan diri dengan Isu-isu luar yang bukan terhasil dari isu-isu murahan ciptaan kita tapi melainkan cuma terjadi atas ketentuan Allah yang menghukum..
Allah yang memberi...dan cuma Allah yang berhak menarik segala sesuatu itu kembali..

BANJIR DI PAKISTAN





PERANG YANG BELUM BERAKHIR DI IRAQ




KEMUSNAHAN & KEMATIAN AKIBAT TAUFAN DI PHILIPHINES



GEMPA BUMI DI SUMATERA


BILA KITA NAK SEDAR? XHABEH2 TIMBULKAN ISU2 MURAHAN..

Friday, September 3, 2010

BALIK KAMPUNG!

wah!!

Lagi 2 ari keje....selasa malam terosss terbang balik kedah!! *kalau la kete aku leh terbang..sigh~ (-_-")

Berangan kAu Mashitah! CANGGIH SANGAT KE VIVA KAU TU SAMPAI DAH SAMA TARAF NGAN HELIKOPTER?!

hellooo...nama dia HERBIeVIE oke!
*jeling*

camnE lah hagaknye malam aku balik kampong tu nanti..
walaupun dah sah2 akan JAM tak hengat dunia..
tapi still jauh di sudut hati kecil kU....

*dengarLAaahhh...jeritAn bATinkUuuuu~~* lalala.
er. ok. iklan sebentar.
*sila sambung*

walau pun jauh di lubuk hati aku mengharapkan adanya sinar cahaya di malam2 buta tu memberi  ruang untuk aku memandu dengan kelajuan 120km/h stretttt dari highway Guthrie sampai la klua tol Gurun..
** mak takleh tau neh!*

Seb baek ada orang temankan. Cik Yah kte..kalau rasa nampak aku nguap 5 saat sekali tu sambil mata terbukak ala2 Angelina Jolie tersengat tebuan..Sila JERIT kuat kuat kat telinga saya ok..

camni...

CIK TAHHH..MEH AKU DRIVE PULAK!!

Ada bran??? @#$$#$%!$%&%^

Kuih raya dah beli 5 jenis..
jajan pun dah beli 1..
weekend ni cari lagi 2 3 jenis kuih raya & 2,3 lagi jajan..
settle bab kuih!

Duit raya dah allocate..
mak RMtuttt
Bibik sama price ngan anak2 buah dah la kott..*xdak duwit dah aku weii nak allocate bebanyak dah sah2 anak buah aku da dekat 30 orang!
*produktif sungguh anak2 tok Sarah & tok wan Bakaq!
*PEACE!*

Well..tggu nak beraya jE lagi..
tapi dah lepas raya tu..alahaii...satu hAL plak nak menempUh Jam balik keyell..
SEDEH!
asal laaa jalan suma nak kena penuh...
government tak rasa kE nak tambah jalan lagi pat lima tingkat kat highwah PLUS tu??
please..please..please (-_-")
*mengharap*


p/s: Facebook dah kena block lagi skali arini..
      Motif sangat nak block2 facebook orang..bia la..bukan bukan facebook deorang pun kann..kan??!
     ala...
     layankan jela diorang tu sementara boleh..
     lagipun mood berfesbUk pon xde kott pk nak beraya jE..
     nnt pas raya aku unblock balik..kihkih

Raya kali ni insyaAllah aku nak mintak maap kat suma..
especially kat kaun kerabat family aku..
*byk kurang ajar sangat adek bongsu diorang ni neh eceli..*
 ok. PEACE lagi skali..

semalam terdengar Ustazah Dato' Nor Ba'yah cakap dalam TV..

malam Lailatul Qadar ni..
Allah akan limpahkan rahmat ke atas umat2nya kecuali 4 golongan...
aku xkisah la 2 golongan yg kat atas tu..
tapi tersentak plak aku bila aku rupanya2 termasuk dalam salah dua dari golongan yg disebutkan (dua plak tu bukan satu! astagfirullah...)

AMEK MODE USTAZAH NOR BAKYAH BERUCAP JAP *ehem2.

Rugilah orang2 yang termasuk dalam golongan umat yang tidak termasuk dalam rahmat Allah...
iaitu...

orang yang menyekutukan Allah (mintak2 di jauhkan..)
>orang yang berterusan melakukan zina * bukan akU...dah insaf sudah..Dulu pernah kE?? tanya suara2 sumbang...*SEBOK JE!
> orang yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari * dah kalau jauh camne?
                                                                          * ikut logik la ngok! niatttt tu kenapa...tanya niat!
                                                                   
> orang2 yang memutuskan ikatan silaturrahim..* err..bukan niatt...sebab tu raya ni nak minak mahap!

So, kalau tetiba balik malam 7hb nnt yang sampai umah cuma jasad aku jE..
di kesempatan ni aku nak mintak maap la pada setiap sorang dari kamu2 sumE..
setiap sorang dari kawan2..
setiap sorang dari adik beradik..kaum keluarga..
opismate..
ex-opismate..
boifren...eh..dah tunang dah pon..
ex tunang...owh..xdE!
ex2 boifren..
semua lah...

SALAM AIDILFITRI...AMPUN MAAF SUME SALAH SILAP..
KECIKKAN ATI..
TERKASAR BAHASA...

mintak maaf setulus2nya..dari MASHITAH ABU BAKAR..

oke.

PEACE NO WAR!