Monday, September 27, 2010

BILA LU MAO BAYAR UTANG MEH?!!

Sebelom otak jammed  cari2 equation add math mana yang boleh korang guna nak kira balik berapa byk utang korang sume kat PTPTN, sila klik disini .

*haip! dah ade yang raba-raba poket nampak....-_-"

Amacam? Byk tak utang2 korang? dah la kena baya rm0.50 kutt nak check no pin tu pun. asal nampak je statement, otak terkedu tengok charges2 yang kena baya kat lawyer2 yang setakat tau cetak surat anta kat peminjam2 tetiap bulan. eleh. kertas putih type ayat2 berbaur ugutan sket letak header AHMAD & CO. bukan nama sebenar sikit tu pon nak charge ratus-ratus tetiap bulan! Kalau lah statement PTPTN tu di ibaratkan sama cam statement kat ASB, alangkah terujanya tengok duwit yang berkembang bagai di pam-pam! owhh...sudah la Mashitah. Berhenti berangan.

Ai malas gile nak masuk bab isi2 penting bile buat karangan.

Sila rujuk konklusi SEMUA! bila bercakap menggunakan itonasi seperti ARAHAN dan TEGAS besertaMUKA KETAT selalunya orang tak berani nak soal banyak-banyak. harap saya berjaya dis time. fuh! -,-"

Saya start baya utang PTPTN lepas 1 setengah tahun grad. dah la saya grad awal 1 semester. duit PTPTN last semester yang saya tak belajar tu pun saya dah joli dengan jayanya. Macam tu pun saya still lagi liat nak baya PTPTN jugak. Owhh...sungguh tidak bersyukur kAmu..

Alasan: Oleh kerana PTPTN kenakan interest yang terlalu tinggi, jadi saya tak mahu bayar!

Huk Aloh kamu..dah nama nya pun hutang..ingat rm26,000 pinjaman tu boleh waive dengan alasan tersebut Kah?! Alasan itu benar-benar menipu diri sendiri oke!

well, alasan itu bukan sekadar menipu diri sendiri, malah menyusahkan jugak. menyusahkan diri sendiri oke. tak de pun jiran sebelah rumah nak rasa susah sama untuk kamu. TIDAK. melainkan beliau juga berhutang dengan PTPTN dan liat membayar seperti kamu!

Kenapa saya bgtau susah??!
Sebab saya dah rasa susah.
bila saya start baya hutang..saya dah pun start terima surat peguam yang ke3. bukan surat cinta yang tak putus2 datang sebab saya tak balas ye,BUKAN. Dan saya yakin takde peguam yang interested dengan orang yang tak baya utang macam saya. samalah juga takde polis yang akan jatuh hati dengan penjenayah. tambah-tambah lagi penjenayah tu bermuka bengis dengan misai melentik yang dah sah-sah perwatakan tu di iringi obesiti berlebihan si empunya badan. ok. ape Mashitah merapu ni. Back to the topic pLisss!

Disebabkan letter2 tu semua, interest hutang saya dah naik dari 3% sepatutnya kepada 8% setiap bulan. Nak lagi pulak bila saya tengok statement, rm100 yang saya baya, rm70 akan di tolak ke akaun peguam kerana bersusah payah hantar surat ke rumah saya saya dah cakap peguam tu tak suka kan saya! Jadi, konklusinya..setiap bulan saya cuma membayar rm30 dari keseluruhan hutang saya yang sebanyak RM26,000! ops! dah jadi rm28,000 dah pun sekarang ni ok!

tapi cik PTPTN, saya dah pun bayar rm100 tu pada setiap bulan. tak pernah miss!!! sejak 3 bulan yang lalu.
jadi, esok saya akan telefon cik PTPTN lagi untuk cari solution reducekan balik interest saya. Tolong ye cik PTPTN...plissss..*mengharap* tp tak menangis okE!

Jadi korang...nak lambat2 ke bayar utang??!!
nak tunggu 2013 kena potong secara paksarela ke?
bayar jelah sekarang..dah memang duit tu bukan untuk kamu pun...

No comments:

Post a Comment

tAk puAs atI dengAn issue ini?? siLa Lahh berteKak..=D