Thursday, September 23, 2010

GUA TAHU ITU SIAPA! (boleh sesaja tambah ke tanda seruan tu?)

wahh!!

tetiba rasa nak join contest! rasa cam kanak2 ribena baru masuk sekolah tadika buat sesi suai kenal ngan rakan-rakan sekelas. motif apakAh??? er...

oke.

buat julung-julung kalinya gua nak join contest ntah hape2 dari hamzah Ian yang sesaja gua blog walking dengan speed limit 2 batu sesaat ke blog beliau time ofis hour dengan jarak gua sama bos 5 meja dihadapan sambil mata jeling kiri kanan & muka ketat buat-buat busy depan pc. wah! apakah??

Apakah untuk join contest ini saya perlu menggunakan kata ganti diri pertama seperti beliau jugak untuk mengambil hati seterusnya memenangi hadiah lumayan rm30 beserta domain seperti yang beliau janjikAn??
Owh..tidak. tidak perlu Mashitah. Plisss be yourself!! >,<


sila lihat gambarajah
uhhhh..inosen nye wajah hamzah Ian ni rupanya..
kalau lintas tepi ai time jalan jem kat federal highway pada pukul 6ptg tetiap ari confem ai tak sangka otak beliau sangat bergeliga dengan ayat2 sempoi buat ai sengih sampai telinga..ayat ni pun bukan dengan tujuan membodek oke!

Confem time ni hamzah Ian dah pun mengreject contest ai sebab sampai sekarang tak tulis ape2 lagi pasal kontes yang beliau mintak. Fine. T_T

Oleh sebab itu, untuk tidak mensia-siakan usaha beliau membaca en3 ni sampai abes, sila lah terima idea bernas seperti tertera di atas..eh. di bawah. sori.

soalan pertama: Siapakah orang misteri di sebelah kiri. eh. salah. sori. di sebelah kanan Hamzah?
Jawapan: Jiran Beliau.

Soalan Kedua: Apa yang beliau (jiran en hamzah) buat?
Jawapan: menyoal en hamzah dengan nada bengang kenapa longkang rumah beliau tersumbat dengan dasyat sejak semalam, tapi pelik longkang en hamzah tidak mengalami sebarang kecederaan.

Senyuman ikhlas cik hamzah Ian tu jelas menampakkan kepuasan beliau kerana berjaya menyumbatkan longkang jiran dengan jayanya. Tak gitu En Hamzah? kAnn?? KaaaNNnn???!!!

Kepada sesape yang masih blur2 dengan en3 ai ni, silah rujuk pada blog En Hamzah yang telah pun di link kan pada nama beliau seperti di bawah. eh, atas. sori.

meh nak share sikit adiah2 lumayan yang bakal korang dapat dengan join contest ni:-

1.Pertama : Duit RM30 dan juga Domain (dua-dua gua bagi) (Rasa janggal nye dapat adiah berupa wang tunai dari student! hahaha. xpe. aku pasni hamzah Ian seorang setuden yang berharta!)


2.Kedua : Duit RM20 atau Domain (pilihan nak domain atau nak duit, satu je okeh)

3.Ketiga : Belanja makan untuk 2 orang ( Dua pemenang untuk tempat ke-3) (alang2 tu rasa cam nak suh blanja kat FRIDAYS je..boleh en Hamzah?)

4.Cabutan bertuah untuk semua perserta iaitu topup RM5 untuk seorang sahaja. (Digi Maxis Celcom shj) (kalau guna bill boleh tolong baya untuk 1 bulan tu kE?plisss. *mengharap*)
 
Kalau nak melengkap kan contest ni ada pulak syarat2 nyE! (Hish. kalau tak syusah kan orang takleh kE??)motiff nak mengamuk, apAKah??
 
Xde la susah mana pun. kena tag 3 blogger lain je. Dah sah2 blog syok sendiri aku ni takde orang follow, sapa lagi je aku nak tag. kah kah.
Nah. HamEK kAoo!!!
 
1.fara
2.Yana Mib
3. k.Yu
 
p/s: nota bewarna ijau gelap tu hasil idea bernas aku sendiri untuk menyusahkan en Hamzah Ian kite ni. jangan mudah dengar khabar angin!

4 comments:

  1. wa!!! ayat membodek lu ni buat gua sengih sampai ke bontot..


    kah kah kah...

    noted... terima kasih sbb join.. dengan ini gua isytiharkan kamu salah seorang peserta..

    jgn lupa tngk keputusan nnt okeh... har har har

    ReplyDelete
  2. whalauuuwEhhh...dah confEm! Yes! *teruja* >_<

    ReplyDelete
  3. aww kena tag la..huhu..nnt kita buat..dah save dlm draft entry ni..hehe~

    ReplyDelete

tAk puAs atI dengAn issue ini?? siLa Lahh berteKak..=D