Wednesday, October 6, 2010

BAGI RUMAH SATU..KUAH KASI BANJIR OKE!! part1

start taun lepas,
ati membuak-buak nak beli rumah,
survey pusing2 satu selangor cari rumah,

1st choice : Apartment under development:
-Alam Idaman
-Suri Puteri, & a few list of new aprtment yang masih dalam proses nak siyap.
pakej menarik. kebanyakan apartment2 baru yang dalam pembinaan ni kebanyakan nye deposit cuma rm1,000, dalam process sebelum rumah tu siap, just baya bulan-bulan interest kat bank.
Bile calculate2 balik. wah!
dengan RM1k deposit yg diorang mintak..
mau RM1k jugak baya monthly untuk rumah tu nanti.
tu belum maintenance fee, cukai pintu, utilities bills.
Owh..mampu milik la sangattt....

So, 2nd option,
survey terrace house,
*bukan la terus nampak terrace hse cam kat Denai Alam yg harga bank lelong pun rm400k tu!
konsep lebih kurang sama jugak la  halnya macam apartment,
d/pmt RM1k sebab konon nak bg semua orang mampu milik,
cuma nanti cost bulan2 sedikit lain dari apartment,
takde maintenance fee nak kena baya,
utility fees pun tak fixed kot macam apartment,
cuma,
terrace house lokasi agak menyusahkan bg aku untuk ulang alik ke tempat keje
sebab:
1-agak jauh
2-kawasan sesak
3-kawasan tol

untuk d/pmt,
Aku try tanya kalau nak increase d/pmt untuk kecikkan monthly pmt untuk rumah tu,
mmg boleh.tapi utk diffrence yg rm100/monthly tu pun,
gap atleast rm10k tambah utk d/pmt.
n mengikut pujukan @ arahan @ pemberitahuan salesman di tempat kejadian,
lebih baek aku savekan rm10k tu untuk maintanence rumah baru aku dari aku laburkan kat d/pmt rumah.
so, kalau rasa betul2 nak beli rumah tu,
bg aku..lupakan atleast 10% dari harga rumah.
even diorang squeze d/pmt pun,
kalau dalam tangan sekadar ada 10%,
pun tak terlayak lagi nak sambar rumah sebijik!
macam aku bebel tadi,
maintenance, cukai pintu, renovation...RM20-RM50K jugak lesap.
*bukan merujuk renovation nak tuka tiles @ pasang kitchen kabinet seluruh dinding rumah ye!

jadi, aku buat keputusan...
tak sesuai beli rumah @ apartment yg under construction.
MAMPU yg di ertikan oleh salesman2 semua tu aku rasa...
cuma sekadar MAMPU UTK BAYA D/PMT JE!
lagi pulak..
risiko kalau rumah tak siyap ikut tempoh kontrak.
sape nak nanggung dik non oiiii?!
sebab tu kena pilih pemaju.

jadi 3rd option,
pilih 2nd hand aprtment.
ntah nape aku rasa lagi minat nak beli apartment dari terrace,
mungkin sebab rasa lagi senang bile maintenance every month,
kawasan terjaga..
n atleast 7-8 tahun nnt bile nak beli rumah impian aku yg sebetulnya,
*remember! ur first house will always not ur dream house!ceh!
apartment bg aku senang nak dapat penyewa.
kira boleh buat investment la.
aku pk sewa.
tapi bak kata orang yg ariff,
kalau beli terrace pun atleast value naik lagi banyak dari apartment bile nak jual.
orang yg ariff pk jual.
camne tu?

oke. berbalik pada choices yang ada.
aku pilih cari 2nd hand apartment.
tapi d/pmt mmg lagi besa dari 1st hand house.
1st hand selalu ada rebate tu, rebate ni...
kadang2 lawyer fee pun dia borne by developer..*eleh.dah sah2 awal2 lagi kao letak harga rumah campur kos peguam kAnn? macam aku tak tau!
2nd hand house takde sume tu.
kena baya lawyer fee sendiri..+ 10% d/pmt rumah
paling2..rm20k kena ada.
belum masuk maintenance / renovation.
compare dengan 1st house :
rm1k vs RM20k
hamek kaoo...
tapi.....
2nd hand house bulan2 baya murah..
bulan2 nnt leh simpan lebih supaya cepat beli my dream house!
ok. tu pasal 2nd hand apartment.
rasanya 2nd hand rumah pun lebih kurang cam tu jugak la kes nya.
cuma 2nd hand ni..
nasib tak baek..datang with ANAI-ANAI package sekali.
Tahniah!

other option,
cari mana-mana bank lelong.
memang bertuah kalau dapat bid yang kte nak...
tapi yg ni...
aku belum betul2 stadi lagi.
nak kena 2 3 4 5 6 7 kali pegi join jualan lelong..
amek experience & tau selok belok lelongan..
baru boleh participate.
kena blaja lebeh lagi dari cik yana yang sudah pun berjaya mengBID kan rumah impian beliau melalui jualan lelong ni..


No comments:

Post a Comment

tAk puAs atI dengAn issue ini?? siLa Lahh berteKak..=D