Wednesday, November 4, 2009

balak cun

“ Bak la balik beg aku tu!!” Izwan tinggikan suara. Mukanya sudah merah padam menahan amarah. Seminit dua suasana diam tiada suara. Pelajar2 yang berada di situ saling pandang memandang. Tiba2 meledak ketawa kuat dari sudut belakang bas sekolah itu. Suasana kembali hiruk pikuk dengan ketawa mengejek, suara Hakimi paling lantang sekali kedengaran.

“ woi, ‘kakak’ kte nie mengamuk tuu..takutnye…” hahaha. Ejekan nya di sambut ketawa rakan2. pelajar2 yang duduk di bahagian hadapan bas sesekali menoleh melebar senyum. Kelakar dengan perangai Izwan yang terkenal dengan imej lembutnya itu. Wajah Izwan benar2 seperti mahu menangis. Marah beserta malu di ejek sebegitu rupa. Namun untuk melawan, dia benar2 tiada kekuatan.

“ bagi la balik beg aku tu..” suara Izwan antara dengar dan tidak.

“ hoi!! baik ko bagi balik beg budak tu!!” tiba2 satu suara mencelah. Semua mata memandang. Nazira muncul dari tengah2 sesak. Dari tadi dia menahan rasa geram dengan perangai sesetengah pelajar lelaki di dalam bas itu yang suka membuli Izwan, mamat lembik yang langsung tak tahu nak bersuara. Dari tadi dia menunggu, harapkan Izwan mampu membela diri sendiri tapi akhirnya tangisan Izwan pula yang kedengaran. Nazira memang berang, ‘ pantang betul aku..’

Hakimi yang terpandangkan Nazira terbeliak mata. ‘ apsal la aku tak sedar lak minah mafia ni ada kat dalam bas ni..’ Hakimi bersuara sesal namun nasi sudah menjadi bubur. Apa pun, dia perlu sembunyikan rasa gugupnya.

“ fulamak, ada hero datang tolong la pulak..eh..eh..heroin la korang! ish ish ish, Wan, ada heroin nak selamatkan ko ah, pasni confem la tangkap cintan.haha!!” Hakimi memerli dalam gugup. Pengecut yang lain yang berada di dalam bas itu sekadar ketawa kuat. Masing2 tak berani menjawab, kenal sangat dengan kepala angin Nazira itu, tersilap kata memang buruk padahnya! Cuma Hakimi yang masih lagi belum puas mengejek.

“ pegi mampus la heroin ke hero, ko jangan nak tunjuk lagak kat sini pulak. Aku cakap bagi, bagi je lah beg budak tu balik! Kang lebam lagi sebelah bijik mata ko kang. Heh, tak kan x serik lagi beb..” Nazira tersenyum sinis memandang Hakimi. Tangan nya sudah di gempal2 kan penumbuk, seperti samseng benar lagaknya.

Hakimi rasa tercabar. Masih dia ingat akan insiden yang berlaku 2 bulan lepas saat penumbuk sulung Nazira hinggap di mata kiri nya, semua gara2 dia mencabar Nazira untuk berlawan dengannya pada satu petang. Dan..pada petang itu juga dia telah di malukan di depan rakan2 samsengnya yang lain bila dia kalah di tangan Nazira. Sangka nya, tomboy itu sekadar tahu bersuara, rupanya terbukti sifat keperempuanan yang ada pada Nazira hanya sekadar nama. Dia benar2 lelaki!

“ yang kau nak masuk campur ni ape hal? Mamat lembik ni adik kau ke?? Ke boyfriend kau? Kau kalau tak masuk campur hal kitorang tak bleh ke, hah? Dah perempuan tu buat la perangai pompuan. Jangan berani tak bertempat sangat. Dah lama aku tahan ngan perangai kau ni tau! Jangan sampai aku bekeras dengan kau pulak hari ni..” Hakimi tunjuk berani. Wajahnya begitu hampir dengan wajah Nazira, sengaja di kerutkan wajahnya seribu, berharap agar perempuan berperangai lelaki di hadapannya itu sedikit goyah. Namun, Nazira masih lagi berwajah selamba.

“ heh..” Nazira senyum mengejek.

“ tak payah la ko nak cakap banyak plak kat sini, sekarang aku tanya ko lagi sekali, ko nak bagi tak nak beg mamat tu?? Kalau kau tanak bagi aku boleh tolong amek kan..” Bola mata Nazira memandang tepat ke dalam mata Hakimi. Nazira seakan ingin ketawa melihat mata Hakimi yang meliar, ‘nampak sangat gugup ko Kimi’ Nazira ketawa dalam hati. Tangan Nazira sudah memegang beg Izwan yang masih berada di dalam tangan Hakimi. Suasana dalam bas benar2 hening. Semua mata tertumpu kepada sketsa yang di naungi Nazira dan Hakimi di belakang bas.

“ dah la tuu..!” separuh tangis Izwan bersuara lantang meleraikan dua lawan itu. Dia tak sanggup melihat kalau2 Nazira bakal tercedera dek tindakan Hakimi nanti. ‘ hisy, bapuk betul la suara kau ni izwan’. Hakimi bersuara di dalam hati. Benar2 jelek akan perangai lembut Izwan di hadapan nya. Dia mencebik.

“ heh, nasib kau baik kali ni..” Hakimi lantas menghempas beg Izwan ke lantai bas. Separuh hatinya lega dengan tindakan Izwan sebentar tadi, sekurang-kurangnya dia punya alasan untuk menghentikan panas baran Nazira hari itu, risau dia bakal di malukan sekali lagi di hadapan rakan2nya yang lain.

“ heh, nasib aku...atau kau yang baik hari ni Kimi..? lain kali jangan nak tunjuk lagak sangat depan orang lain, menganjing macam garang, jumpa lawan kau tunduk macam kucing! ” Nazira bersuara perlahan. Pelajar2 yang berada berhampiran Nazira dan Hakimi tersengih-sengih gelihati. Namun apabila melihat muka Hakimi yang merah menahan marah, masing2 berpaling pura2 tidak dengar, pura2 sibuk bercakap2 sesama sendiri, bagaikan tiada apa yang berlaku.

* * *

“ Naz, aku nak ucapkan terima kasih, kau banyak tolong aku selama ni, aku..aku tak tau macam mana nak balas budi kau..” lembut suara Izwan kedengaran pada telinga Nazira di petang yang hening itu.

“ hisy, aku geli betul lah dengan kau ni Wan, ko kalau cakap macam jantan sket ngan aku bley tak hah? Cuba la ko tu keras sikit, dah kau lembut macam tu mana la orang tak buli. Hey, kau dengar sini, sebelum2 ni boleh la aku tolong kau, tapi aku pun bukan selalu boleh ada dengan kau Wan, nanti kalau orang buli kau lagi time aku takde camne? kau kena berubah Wan..” panjang lebar Nazira berhujah. Memang, mustahil untuk Izwan bertukar menjadi lelaki gagah dengan tiba2, namun Nazira harapkan suatu hati nanti sahabat sedari zaman kanak2nya itu mampu untuk mempertahankan diri sendiri. Nazira memandang wajah putih kemerah merahan Izwan yang sayu. ‘ ee, jambu betul la kau ni..’ Nazira meluat. Dia sendiri kadang2 jengkel melihat wajah Izwan yang sebegitu, namun dia selalunya bersimpati.

“ aku nak tukar sekolah…” dalam dengar dan tidak Izwan bersuara.

“ bapak aku di tugaskan kat Kuching balik, so mak bapak aku nak kitorang pindah balik sana, duduk kat kampung nenek aku..” Izwan tukar topik. Sudah jemu bila selalu sangat perangainya di nilai oleh kawan2. Dah memang dirinya macam ni nak buat macam mana lagi?

Nazira pandang muka Izwan tak berkedip. Pindah? Izwan sahabat baiknya sejak dari darjah 1 lagi, mereka berjiran, belajar di sekolah yang sama tapi memandangkan Izwan yang otaknya lebih bijak dari Nazira, mereke belajar di kelas yang berasingan. Namun sekarang, atas dorongan dan tunjuk ajar Izwan selama ini membolehkan Nazira untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Izwan kerana pada tahun lepas, dia sudah berjaya untuk masuk di dalam kelas yang sama dengan Izwan, dalam darjah 6 Cemerlang.

“ kau nak pindah Wan? Bila?” Nazira tahan air matanya dari tumpah. ‘Ahh, aku kan kuat, tak boleh menangis!’

“ Mungkin minggu depan kot, kalau takde orang nak temankan aku, aku mungkin dah tak balik semenanjung dah lepas ni, jauh tu kat sana, aku takut nak datang sini sorang2 lagi lepas ni..” Izwan bersuara pilu, matanya sudah merah menangis sejak tadi.

Nazira yang khusyuk memandang muka Izwan dari tadi mencebik. ‘ ceh, penakut betul mamat lembut sorang ni..’

“ ko ni Wan, jangan la cakap macam tu, ada jodoh nanti kte jumpa mana tahu. Penakut sangat la ko ni, kempunan la aku nak tengok ko berubah nanti..” Nazira bersuara sayu. Matanya juga merah menahan air mata dari tumpah.

Nazira lihat Izwan keluarkan sesuatu dari beg sandangnya,

“ ni untuk kau..”

“ apa ni..?”

“ bukak la..”

Rakus Nazira mengoyak pembalut bermotifkan hati itu. Izwan ternganga melihat tindakan gopoh Nazira, tiba2 bersuara lantang.

“ ko ni Naz, elok2 la koyakkan pembalut tu, sayang tau. Meh sini aku bukak kan!”

Izwan merampas kotak kecil berpembalut indah itu dari tangan Nazira. Penuh hati-hati Izwan koyak kan pembalut kotak hadiah tersebut.

“ nah..” tersenyum Izwan serahkan kembali kotak hadiah dan pembalut tadi yang sudah di lipat kemas.

“ simpan semua ni baik-baik tau, bila kau pakai ni aku harap kau selalu ingatkan aku..”

Nazira sambut getah rambut berwarna pink yang di hulurkan Izwan.

“ tapi rambut aku…”

“ aku suka tengok kau rambut panjang Naz, masa kau kecik2 dulu comel sangat. Lepas ni jangan la lagi buat rambut pendek macam jantan ni, tak cantik..haa, kau simpan panjang rambut kau nanti kau ikat la dengan getah rambut aku bagi ni, cantik kan? Pink lagi..” Izwan tersenyum lebar di akhir bicara, sambil membayangkan wajah manis Naz memakai getah rambut pemberiannya itu.

“ buruk sangat ke aku sekarang?” bagaikan orang bodoh Nazira bertanya sendiri. Izwan tersengih lebar.

“ Aku cakap ni kau jangan kecik ati pulak, erm, ada la sikit buruknya tu..tapi takpe, lepas ni kau jaga la sikit penampilan diri kau tu, haa, pakai cantik2 sikit, bedak..lipstick..macam2kan ada kat kedai tu. Kalau kau pakai semua tu nanti cantik la, sekarang ni macam jantan haa aku tengok kau. Tak boleh la macam tu, kau kan perempuan. Kena jugak jaga tatasusila.Lagi satu ni aku nak ingatkan, rajin2 sikit mandi tu, dah lain macam sangat bau kau ni pun haa..”

Pantas Nazira menutup mulut. Terkejut dengan kata-kata Izwan sebentar tadi. ‘hisy, melampau2 pulak budak ni membebel’.

“ hamboy…over nampak beb, sebok sgt bersyarah kat aku macam jantan. Kau tu yang dah macam perempuan melayu terakhir tu bila masa pulak nak berubah nye cik kak?? Oi, lelaki sejati tak de de nak pakai2 bedak macam kau ni tau?!” pantas Nazira membidas kata2 Izwan sebentar tadi. Masing2 tertawa riang. Dan petang itu adalah kali terakhir Nazira sempat bertemu dan berbual ceria dengan Izwan kerana minggu depan yang di katakan Izwan rupanya esok keluarganya sudah pun berpindah kembali ke Kuching.


* * *

Suasana di kelas 5 Bintang yang hingar bingar bagaikan pasar malam sebentar tadi bertukar sepi. Cikgu Latifah melangkah masuk, di iringi seorang pelajar lelaki di belakang.

“ Bangun!! Assalamualaikum cikgu!!” suara lantang Hakimi, ketua kelas 5 Bintang lantang berteriak. Pelajar2 lain turut sama memberikan salam hormat kepada guru kelas mereka itu.

“ murid-murid, kelas kita akan menerima pelajar baru hari ini. Saya perkenalkan, Muhammad Khairil Izwan Abdullah.” Tersenyum mesra Cikgu Latifah memandang pelajar baru yang di maksud kan. Khairil Izwan membalas senyuman ikhlas itu dengan ramah. Suara2 pelajar di belakang kelas kedengaran berbisik. Masing2 ceria menerima kehadiran rakan baru.

Hari itu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang Muda rata-ratanya bercerita tentang pelajar baru itu. Sudah menjadi lumrah, sekolah terpencil seperti itu amat jarang menerima pelajar dari kota, apatah lagi menerima pelajar tampan seperti Khairil Izwan, tentunya heboh cerita mengenainya tersebar terutamanya dari bibir pelajar2 perempuan.

* * *

Nazira termenung di anjung rumah. Kehadiran pelajar baru di sekolahnya hari ini mengusik mindanya. ‘ macam kenal je aku mamat sorang ni..’ Nazira berkata sendirian.

“ assalamualaikum..” tersentak Nazira dengan sapaan salam dari luar rumah.

“ walaikumsalam.” Ramah Nazira menjawab salam, meninjau ke luar mencari gerangan orang di bawah. Saat mata terpandang sang tetamu, hati Nazira berdegup pantas. ‘ Khairil Izwan?? Buat apa dia kat sini?’ Nazira panik. Pelik dengan kehadiran tetamu tidak di undang itu. Entah mengapa hati Nazira di amuk resah..

“ ye, cari sape?” Nazira berbahasa basi.

“ Nazira..saya cari kawan lama saya, Nazira. Dia masih tinggal kat rumah ni?”

“ cari Nazira? Saya lah, tapi kenapa ya...?” Nazira pelik.

“ Nazira Zulaikha? Awak ke?” Khairil Izwan bertanya tidak percaya.

“ye, saya lah tu. Erm, awak ni sape ya?” Nazira sekadar bertanya soalan yang sudah di ketahui jawapannya. Wajah tetamu tak di undang itu di tatap dalam2, ‘panjang betul umur kau, baru je aku sebut2..’ Nazira senyum dalam hati.

Khairil Izwan di hadapannya tersengih lebar, sambil matanya meliar memandang sekeliling kawasan. Wajah lelaki di hadapan nya kini benar2 ceria, menjadikan Nazira lebih tertanya-tanya.

“ banyak sangat perubahan kat kampung ni, salah satunya kau Naz. Lain sungguh kau sekarang, aku ingat kau masih lagi boyish seperti dulu, rupanya sudah bertukar menjadi gadis ayu kau sekarang ya..”Khairil Izwan bersuara ceria. Terserlah pandangan kerinduan lelaki itu pada matanya, rindu pada ketenangan desa tempatnya membesar, dan juga kerinduan yang teramat pada wajah gadis di hadapannya kini, Nazira. Khairil Izwan memandang wajah Nazira yang masih lagi dalam kebingungan. Berkerut seribu.

“ kau betul2 tak kenal aku Naz?” soal Izwan tersenyum menggoda. Di lihatnya gelengan lembut Nazira bagaikan memberinya jawapan, megantikan kata2.

“ erm, saya nampak awak tadi kat sekolah, awak pelajar baru tu kan? Tapi kenapa awak datang cari saya? Saya tak faham..awak kenal saya ke sebelum ni? Saya rasa saya tak kenal awak..” jujur Nazira berterus terang. Seingat nya dia tidak pernah mengenali lelaki di hadapannya kini, namun akalnya masih ragu2, kenangan2 dulu masih lagi bermain dalam kepalanya. ‘ ya, Wan. Lelaki di hadapannya ini persis Wan, sahabat waktu kecilnya dulu. Tapi, karektor kedua2nya sangat berbeza!’ akal Nazira masih ligat berfikir.

“ aku Wan, Naz. Khairil Izwan Abdullah. Jiran kau waktu dulu. Sahabat kau yang selalu di buli di sekolah dulu, kau tak ingat? Erm, aku…aku yang hadiahkan getah rambut pink tu..” sorotan tajam mata Khairil Izwan tertancap pada getah rambut pink lusuh yang menghiasi rambut Nazira waktu itu. Sememangnya Nazira akan sering memakai hadiah pemberian Izwan itu sejak dulu, pemberian yang amat disayanginya, dan hari ini tidak di sangkanya dia bakal bertemu semula dengan sahabat karibnya itu. Nazira kelu. Benar2 tidak menyangka firasatnya sebentar tadi benar belaka. Dia benar2 terharu!

“ ya Allah Wan?? Tak sangkanya aku. Macam mana kau boleh berubah macam ni? Serius aku langsung tak kenal kau tadi. Hey, macam mana boleh jadi macam ni ni? hah? Macam mana kau boleh balik kat sini balik Wan?”Nazira bagaikan tidak percaya dengan apa yang tersaji di hadapannya sekarang. bertalu2 soalan terpacul dari mungil bibirnya, membuatkan Izwan di hadapan nya ketawa besar.

“ banyaknya la hai soalan kau Naz, sabar lah. Kita ada banyak masa lagi, banyak sangat cerita yang aku nak kongsi dengan kau nanti.” Manis senyuman Izwan dihadiahkan pada Nazira. Petang itu, dua sahabat yang sudah lama terpisah kini di sajikan jutaan cerita peninggalan mereka semenjak 4 tahun dahulu.

Nazira terbaring malas di atas katil. Mulutnya tak habis2 tersenyum lebar sejak tadi, wajahnya juga asyik berseri2. malu juga dia di tegur ibunya petang tadi, tersengih2 seorang diri di ruang tamu. Semuanya gara2 kepulangan kembali sahabat waktu kecilnya dulu,Khairil Izwan. Nazira gelihati mengingatkan pengakuan jujur Izwan padanya di suatu petang, pabila dia mengajukan soalan mengenai perubahan besar pada diri Izwan sekarang, tidak lagi lembut seperti dulu.

“ aku kena training ala komander dengan pakcik aku kat Kuching dulu Naz, dia mengamuk gila bila tengok anak buahnya lembik bila tengok aku mula2 aku balik dulu. Kebetulan dia baru pencen dari askar waktu tu, jadi banyak sangat lah masanya untuk latih aku jadi lelaki sejati waktu tu.haha.” Nazira juga ketawa mengekek mendengar penjelasan Izwan itu, dapat di bayangkan bagaimana wajah kemerah-merahan Izwan itu di buli oleh bapa saudaranya sendiri.

“ Lagipun Naz, aku memang nak sangat jadi lelaki sejati, aku tanak kena buli lagi. Aku selalu kuatkan hati bila ingatkan kau kat sini. Sebab tu aku tak putus asa walaupun separuh mati aku kena buli dengan pakcik aku tu dulu..” penuh harap Nazira melihat wajah sahabatnya.

Di sekolah, keakraban Nazira dan Izwan menjadi buah mulut hangat. Izwan, mamat lembik satu waktu dulu memang amat2 dikenali kebanyakan pelajar di SMKSAM, kerana kebanyakan pelajarnya rata2 dari sekolah rendah yang sama. Ramai yang tidak mempercayainya. Begitu juga Hakimi, resah benar duduknya melihat kepulangan Izwan, apatah lagi melihat perubahan besar pada diri Izwan yang bakal menjadi saingan sengitnya di sekolah. Hakimi tercabar melihat kemesraan mereka, apatah lagi Nazira yang kini sudah rasmi menjadi kekasih hatinya. Cemburunya meluap-luap. Namun di lihatnya Izwan seakan tidak mengenali langsung kewujudan dirinya di sekolah itu. Mungkin juga Izwan tidak menyangka Hakimi musuh ketat si Nazira gangster itu sudah pun berpasangan dengan lawannya itu.


* * *

Hakimi meninjau2 di celah keramaian tetamu mencari kelibat ibunya. ‘ ish mana pulak orang tua ni pegi..cakap tunggu kat sini..’ Hakimi mengomel sendiri. Segan rasanya berdiri seorang diri di pintu utama bilik pengantin mencari2 kelibat ibunya, sementelah lagi semua tetamu yang ada di kawasan itu penuh dengan jantina berlawanan dengannya. ‘ langsung takde spesis aku..’ Hakimi mengomel2 lagi menutup malu sendiri. Baru tadi ibunya menelefon di rumah memintanya membawa cucuk sanggul yang tertinggal di rumahnya untuk menghias pengantin di rumah kenduri pagi itu, kalau tidak saat ini Hakimi lagi senang menonton tv di rumah dari berada di celah2 keramaian seperti ini. Saat matanya melilau2 mencari, matanya tersaji satu wajah yang amat dikenalinya, Nazira. Waktu itu kelu lidahnya hanya Tuhan sahaja yang tahu, bukan kerana dendamnya yang masih bersisa tetapi akan perubahan diri Nazira yang benar2 berbeda. Nazira di hadapannya kini begitu anggun, dengan lipstick nipis menghiasi mungil bibirnya, Nazira di lihat begitu sopan dengan gaya rambutnya yang di biarkan lepas terurai, tidak seperti selalu, rambutnya hanya di dandan ringkas dengan ikatan ekor kuda. Hari itu Nazira begitu asing di penglihatannya, dan saat itu, Hakimi sedar di usia nya yang sudahpun menjangkau 16 tahun itu sudah terselit perasaan halus yang sukar di tafsirkan terhadap gadis di depan nya kini.

“ Naz..” Hakimi memanggil perlahan. Penuh dengan santun lelakinya tidak seperti selalu yang terpekik terlolong. Nazira yang sedang asyik mengagihkan bunga telur pada tetamu menoleh.

“ pehal?” meluat melihatkan musuh ketatnya dalam keramaian itu Nazira menjawab malas.

“err, ni..tolong berikan kat mak aku..” lembut Hakimi mengatur bicara. Nazira kerutkan dahi. Pelik dengan perubahan tutur kata Hakimi.

“ mak kau mana satu..? ramai je makcik2 kat sini..” Nazira masih tak puas hati pada lelaki yang seorang itu.

“ oo..aa..err, kat mak andam. Dia..tertinggal tadi..” malu2 Hakimi terangkan pada Nazira. Tanpa sepatah kata cucuk sanggul di tangan Hakimi di rampas Nazira dan perempuan itu terus berlalu. Hakimi terkilan, namun dari hari itu dia sudah tidak lagi menyimpan dendam pada Nazira, malah perasaan itu sudah pun bertukar menjadi cinta. Setiap hari ada sahaja caranya cuba memikat Nazira sehinggakan perubahan nya itu mendapat ejekan yang kuat dari rakan2, namun Hakimi tetap tidak berputus asa. Akhirnya usahanya berjaya bila mana keras hati Nazira berjaya juga dia lenturkan.

* * *

“ Naz..” Nazira yang sedang mengemas buku menoleh. Tersenyum manja melihat kekasih hatinya di sebelah.

“ ni, aku bawak nasi lemak sambal petai ni untuk kau. Jom kita g lunch sama!” Hakimi bersuara ceria. Sudah lama dia tidak berkesempatan makan bersama kekasih hati, memandangkan dia baru sahaja pulang dari kem kadet polis anjuran sekolahnya selama 3 hari. Rindu pada buah hatinya menggunung, sengaja di suruh ibunya memasak kan masakan kegemaran Nazira pagi itu, sementelah memang rutin harian mereka bertukar2 makanan untuk dibawa ke sekolah.

“ ee, kau bawak sambal petai ke hari ni Kimi? Waa, bestnye. Jom la cepat g cantin! Tak sabar aku nak makan sambal petai cik Kiah kita ni.” Nazira bersuara riang, sempat lagi mengusik bakal ibu mertua nya itu. Hakimi yang mendengar sekadar tersengih. Suka benar dirinya melihat Nazira yang menyukai masakan ibunya.

“ hai Naz!” Nazira tersentak kala namanya di panggil dari belakang. Pantas dua merpati sejoli itu menoleh, terpandangkan Izwan yang tersenyum sumbing di belakang.

“ owh, Wan. Meh la join kitorang sekali, ni haa, Hakimi bawak kan bekal sambal petai ni, duduk la rasa, sedap!” ramah Nazira mempelawa sahabatnya duduk, sempat juga tersenyum manja pada Hakimi di sebelah meminta persetujuan.

“ em, duduk lah Wan, kita makan sekali. Boleh sambil tu borak2..” Hakimi turut mempelawa ikhlas. Namun sapaan nya bagaikan tidak di endah oleh Izwan. Izwan menjenguk ke dalam bekas yang masih bersisa di atas meja.

“ hai, tak kan belanja awek makan bekal je kot Kimi..” penuh sinis Izwan menempelak. Hakimi tersedak. Tidak di sangka mulut Izwan selancang itu. Wajahnya sudah merah menahan malu. Nazira di sebelah terpempan. Sangka nya Izwan sekadar bergurau.

“ ehh, apa pulak belanjanya Wan, ni lauk special ni mak Kimi masak kan untuk kitorang, rugi tau kau tak nak rasa. Meh la duduk sini jangan malu2, ala kau ni, macam tak biasa pulak..” Nazira ketawa sembunyikan rasa tidak sedap hatinya. Hakimi di lihatnya lahap menikmati hidangan berpura2 tidak mengendahkan kata2 Izwan sebentar tadi.

“ ahh, tak payah la Naz! Geli aku. Eh kau ni kan lalu eh makan macam ni, ish kesian la aku tengok korang. Kau Naz kalau teringin sangat nak makan ni aku boleh bawak la pegi makan kat tempat2 lagi mahal dari ni, tu haa, banyak je restoran2 ke hotel2 mahal kat bandar tu aku boleh bawak kau. Setakat makan bekal macam ni..heh, buat malu je!” lantang suara Izwan membelah keriuhan cantin tengah hari itu membuatkan ramai mata yang memandang. Wajah Hakimi benar2 merah menahan malu yang teramat.

‘pang!’

Nazira kaget. Tidak disangkanya dia senekad itu menampar wajah Izwan. Namun dia sendiri terlalu terpukul dengan kata2 lancang Izwan sebentar tadi. Nafsu amarahnya membuak2. Izwan perlu di ajar. Namun wajah lelaki di hadapan nya itu masih sinis, mungkin tamparan wanita nya tidak sehebat mana untuk memberi kesan pada wajah Izwan. Lantas tubuh Izwan di hadapannya di tolak keras. Nazira pantas berlari meninggalkan dua lelaki itu di situ.

“ kau dah puas Wan? Ini ke yang kau nak?” Izwan yang dari tadi memandang derap langkah Nazira meniggalkan nya menoleh. Terlupa sebentar kehadiran Hakimi di antara dia dan Nazira sebentar tadi.

“ aku tahu kau tak puas hati dengan aku dari dulu lagi kan? Memang aku salah dulu selalu kacau kau, buli kau. kalau kau nak aku mintak maaf sekarang aku mintak maaf banyak2 dari kau. Tapi aku rasa kita dah cukup besar sekarang untuk ulangi zaman dulu, zaman kanak2 kita dulu. Aku harap kau simpan lah dendam kau tu balik. Aku tak nak kita berdendam lama2, dan please jangan gunakan Nazira untuk sakiti aku, aku sayangkan dia sangat2. sebagai kawan kau pun tentunya mahukan yang terbaik untuk Nazira kan Wan? Kami dah cukup bahagia sekarang, jangan la kau keruhkan keadaan...” tegas suara Hakimi pada pendengaran Izwan. Izwan terkelu.

* * *

Nazira silentkan handfone. Sudah berkali2 panggilan dan sms dari Izwan di terimanya namun tiada satu pun yang berjawab. Setiap sms yang di terimanya dari Izwan juga tiada satu pun yang di bukanya. Sengaja di biarkan kaku di dalam handfonenya tidak berusik. Sudah seminggu peristiwa itu berlalu namun hati Nazira begitu keras untuk memaafkan Izwan. Di sekolah lagaknya tetap seperti biasa. Seringkali Izwan muncul di hadapan nya, Nazira sekadar berlalu tanpa sepatah kata. Nazira masih ingat sehari selepas kejadian Izwan datang kepadanya di sekolah untuk meminta maaf.

“ Naz, please jangan pegi dulu. Aku nak mintak maaf dengan kau dan Kimi, aku harap kau sudi maafkan aku Naz. aku taknak pasal ni kita begaduh masam muka lama2, kita dah berkawan lama. memang salah aku hari tu berdendam dengan Kimi selama ni tapi aku dah pun mintak maaf dengan Kimi tadi dan dia pun dah maafkan aku...” sayu air muka Izwan meminta simpati.

Selamba Nazira pandang muka Izwan. Hatinya masih lagi terusik dek kejadian hari itu, sakit hatinya bila dia dan kekasih hati di malukan di hadapan pelajar2 lain di kantin sekolahnya.

“ kalau Hakimi dah maafkan kau pun biarlah. Itu urusan dia. Kalau kau nak sangat aku pun maafkan kau, nah. Ambik lah maaf aku ni banyak2, simpan jugak sikit mana tau esok lusa kau perlukan lagi maaf aku tu. Tapi ni biar aku cakap terang2 dengan kau, bagi aku hubungan persahabatan antara kau dan aku dah takde! Heh, tak guna pun aku ada kawan yang macam kau ni..” sinis sekali Nazira memerli. Keras hatinya memang benar2 tak dapat di pujuk. Nazira memang begitu. Terlalu sukar memaafkan orang. Prinsipnya untuk hanya menghargai orang yang tahu menghargai dirinya, dan tak kan teragak2 untuk kehilangan seorang kawan yang pernah menyakiti hatinya!


Sudah sebulan perang dingin Nazira dan Izwan belum berakhir. Sudah jenuh pujuk rayu Hakimi terhadapnya untuk memaafkan Izwan sementelah lagi Hakimi sendiri sudah pun berbaik2 dengan Izwan sejak peristiwa itu namun hati Nazira masih lagi kering. Ego nya masih lagi tinggi untuk memaafkan sahabat baiknya satu waktu dulu itu.

Izwan sendiri lewat kebelakangan ini sudah sepi tanpa berita. Mungkin juga sudah jemu memujuk lantas di biarkan rajuk Nazira sendiri. Di sekolah pun bila bertemu, Izwan sekadar berlalu selepas menghadiahkan senyuman ikhlas kepadanya. Di rumah juga tiada lagi kunjungan2 Izwan menagih maaf darinya.Di lihatnya Izwan sekarang ini lebih suka menyendiri dan menghabiskan masa dengan belajar. Mungkin juga untuk menumpukan lebih banyak masa untuk peperiksaan SPM yang bakal mereka tempuhi hujung bulan ini. Nazira rasa selesa dengan perubahan ini. Lapang benar dadanya bila tiada lagi gangguan dari bekas sahabatnya itu.

* * *

“ Naz!” Nazira terpandangkan Hakimi yang melambai dari jauh. Tersenyum mesra Nazira menghampiri kekasihnya itu.

“ bape ko dapat?” tersengih Nazira memandang Hakimi yang ceria pagi itu. Pelajar2 lain masing2 sibuk mendapatkan keputusan SPM mereka hari itu.

“ ni haa, ko tengok la sendiri..” Hakimi menghulurkan slip keputusan nya di tangan.

“ waa, 7A 3B ek ko dapat. Terror la tu..” Nazira teruja melihat keputusan cemerlang Hakimi.

“ kau?”

“ erm, tak secemerlang kau. Aku dapat 5A 3B 2C la. Ada jugak C nya tuh. Geram betul..” Nazira mengomel. Namun jauh di sudut hati dia juga bersyukur mampu mendapat keputusan yang boleh juga di katakan cemerlang ini.

“ Izwan best student. Dapat straight 10A exam ni..” berhati2 Hakimi memberitahu Nazira. Sememangnya sedari tadi dalam hati Nazira tertanya2 keputusan sahabatnya itu namun lidahnya kelu dek egonya yang masih bersisa. Teringat Nazira akan waktu kecilnya dia sering di marahi Izwan kerana malas belajar, dan sahabatnya itulah yang banyak membantunya dalam pelajaran satu waktu dahulu.

“ erm, Wan mana ya? Tak nampak pun dia amek result hari ni..” Nazira masih lagi berlagak tenang. Sengaja menyembunyikan kerinduannya pada sahabat akrabnya satu masa dulu. Namun dia nekad hari ini untuk berjumpa dan meminta maaf pada Izwan. Kerinduannya pada sahabat nya satu waktu dulu benar2 memuncak, apatah lagi selama mana peperiksaan SPM nya berakhir sehinggalah hari ini batang hidung Izwan pun Nazira tidak pernah nampak. Handfonenya juga kering tanpa sebarang panggilan dan sms dari Izwan. Pernah sekali Nazira sendiri yang mengirimkan sms kpd Izwan namun tiada balasan. ‘ kecil hati benar Wan pada ku..’ Nazira semakin rindu bila melihat hadiah pemberian Izwan satu masa dulu yang masih kekal dalam simpanannya, rindu pada kenangan2 mereka masa dulu. Nazira kesal akan sikapnya yang benar2 ego memusuhi sahabat karibnya itu, sementelah 4 tahun perpisahan mereka satu waktu dulu Nazira menahan kerinduannya pada Izwan, namun setelah kehadiran Izwan kembali dalam hidupnya, semudah itu Nazira mencampakkan nilai persahabatan mereka.

“erm Wan? Dia dah balik Kuching. Result SPM ni pun dia ambik melalui pos je. Dia kirim salam dekat kau, ni..dia suruh aku sampaikan kat kau..” Hakimi bersuara perlahan sambil menghulurkan sepujuk surat bersampul indah kepada Nazira.Di lihatnya merah mata Nazira menahan tangis. ‘ hai, ada jugak hati perempuan kau Naz!’ . Kesal hati Hakimi dengan sikap ego kekasihnya namun untuk memarahi dan menasihati Nazira Hakimi sendiri sudah tidak termampu. Lantas sepucuk surat bertinta biru itu Nazira sambut. Dengan mata yang berair, sampul di buka. Sekeping gambar lusuh terjatuh dari celahan surat yang di kirim. Laju air mata Nazira tumpah saat terpandangkan sekeping gambar lama potret dirinya dan Izwan di batas bendang pada suatu petang. Manis senyuman Izwan dengan lagak ayunya disamping Nazira yang comot tika itu. Nazira benar2 menangis.


Salam buat sahabatku yang tercinta..


Aku tahu rajuk hatimu tak mampu terpujuk oleh kata2ku yang sebaris, sedangkan kemarau semusim pun tak kan terubat dengan hujan sehari. Aku rela untuk di benci mu, setelah kepulangan ku kembali untuk menemui mu, menemui saorang sahabat yang terlalu banyak menjadi pendorong untuk aku menjadi seperti mana aku hari ini…
Naz...
Kalau benar ikatan persahabatan kita sudah terputus dengan salah tingkah ku hari itu..
Maka..aku menerimanua Naz..
Setelah ribuan pohon maaf aku lampirkan..
aku benar2 tidak menyangka keras hatimu terlalu utuh untuk aku pecahkan..
Batu ego mu terlalu kental untuk aku robohkan Naz..
Aku juga ingin kau tahu..
Aku sama sepertimu ada hati dan juga maruah..
Yang sampai masanya akan marak dan bernanah!
Naz..
Hari ini kita mungkin terpisah lagi..
Namun pemergianku bukan lagi untuk kembali..
Kerana sudah tidak ada apa2 untuk aku di sini..
Anggaplah ini pengakhir cerita kita,
doa ku hanya segala yang terbaik untukmu di sana,
Terima kasih kerana berjaya mengubah aku!



Salam sayang,
Khairil Izwan Abdullah

No comments:

Post a Comment

tAk puAs atI dengAn issue ini?? siLa Lahh berteKak..=D