Wednesday, November 4, 2009

cinta semalam~


“shirah”…
aku tersentak. sekilas pandang aku memerhatikan suraya di sebelah.
“hmm..” aku menjawab malas. perlahan suraya menyeka air mata di pipi ku..makin laju ia keluar…
“ aku rindu sue….aku terlalu rindukan dia…” seperti anak kecil, aku menangis teresak-esak. dah tak terkawal lagi derita yang aku rasakan waktu ini.sungguh..sepanjang hidup aku, inilah kali pertama aku diuji segetir ini. setiap hari aku cuma ditemani tangisan yang tak berkesudahan, aku dah terlalu letih..aku mahu lari, mahu keluar dari rasa sengsara ini, namun, aku buntu. kesudahannya, hari ini..malah hampir sebulan yang lalu..aku tetap begini. seperti orang gila barangkali.
“heh..” aku tiba-tiba tersenyum.“ aku dah gila kan sue..?” wajah sue berubah. langsung tidak terpamer riak lucu pada gurauanku sebentar tadi di wajahnya.
“ jangan cakap camtu shirah, kau kena tabah..kuatkan semangat kau. tumpukan pada pelajaran. lagi seminggu final shirah, aku risau tengok kau macam ni.aku, wanda , azah..semua ada besama kau..jangan sebab lelaki tu sorang je kau buang semua rasa gembira kau..dia tak berhak rampas semua tu dari kau! dah la shirah, aku tak sanggup lagi tengok kau macam ni..aku nak balik shirah aku yang dulu, kami semua rindukan kau yang dulu..!” panjang lebar syarahan sue kali ni. aku lihat ada kilauan dalam anak matanya . berkaca.
“ aku mintak maaf sue, aku tau aku dah banyak susahkan korang, aku dah cuba, aku sendiri habis-habisan cuba lawan perasaan ni, aku tahu aku mampu, satu hari nanti aku yakin aku dapat lupakan dia. aku benci dia sue..aku benci dia!! semudah itu dia lupakan aku...” ahh…aku lemah..kalau lah aku mampu, aku terlalu ingin untuk membenci lelaki itu..ya ALLAH..bantu aku. hilangkan lah segala rasa rindu, rasa sayang aku padanya ya ALLAH, seperti mana kau hilangkan rasa sayang dan rindunya pada aku..jauhkan lah segala kenangan-kenangan lalu dari terus memburu aku.. aku menangis tersesak-esak dalam pelukan sue. betapa aku rasakan kini, betul-betul terharu dengan pengorbanan rakan-rakan ku. baru kini aku kenal sebenar-benarnya erti persahabatan.

* * *

“ awak..kalau kita cintakan seseorang tu, segalanya tak kan dapat ditafsirkan. kita mungkin tak betul-betul mengenali antara satu sama lain, tapi saya percaya setiap hari kita akan belajar untuk mengenali diri masing-masing. there is always one thing to love the person we care each and every single day…” besungguh-sungguh izham cuba memancing harapan dari aku setelah aku sekali lagi menolak huluran cintanya buatku. hampir sebulan yang lalu aku membisu tanpa kata, meminta masa untuk aku berfikir untuk menerima cintanya. aku keliru, lelaki ini terlalu istimewa. walaupun aku tidak mengenali siapa dia yang sebenar, namun dalam dirinya ada sesuatu yang bagaikan menerangkan segala isi hatiku. susah untuk ditafsirkan. aku percaya, hampir seluruh hatiku mahu menerima cintanya, tapi separuh hati aku penuh dengan ragu-ragu..aku terlalu takut. izham, lelaki yang baru aku kenal hampir 2 bulan yang lalu, mana mungkin aku sesenang ini aku menerima cintanya! namun aku akui, lelaki ini seakan-akan terlalu dekat denganku. segala luahan hatinya, seakan-akan melahirkan segala isi hatiku yang aku sendiri tidak mampu untuk menafsir. segala rasa yang dia luahkan, adalah rasa ku. segala hujah yang dia kemukan benar-benar mematikan kata-kataku. segalanya benar. aku mencintai dia. tapi aku terlalu takut dengan kecewa, hati ku penuh dengan ragu-ragu. kerana itu, sekali lagi aku menolak cintanya,
“ saya tak mampu awak..kita tak boleh bersama. antara kita tak pernah kenal antara satu sama lain. mana mungkin…” aku dapat rasakan kehampaan dalam tutur bicara izham saat aku luahkan rasaku waktu itu. sememangnya, aku sendiri keliru. kenapa susah benar aku untuk menerima cintanya. kenapa dalam hatiku penuh dengan ragu-ragu? wajar kah segala rasa yang bermukim dalam hatiku selama ini?

* * *

saat hembusan angin laut berhembus lembut pada wajahku, aku menoleh memerhati kan izham disebelah. kulihat senyuman ikhlas terbit dari bibir lelaki itu. wajahnya benar-benar mempamerkan kepuasan. setelah bekali-kali aku menolak cinta tulusnya, akhirnya aku tewas. aku tak mampu lagi untuk menipu diri. memang aku mencintainya. “ awak..please..saya sendiri tak tahu kenapa perasaan ini hadir, tapi percaya lah..saya cintakan awak. dan saya tahu awak juga cintakan saya kan? saya dapat rasakan..tolong la jangan tipu saya, jangan tipu diri awak..beri saya peluang…jangan jadikan ini sebagai sebab untuk awak menolak cinta saya..saya percaya, satu hari nanti kita akan sama-sama mengenali diri masing-masing, dan waktu itu, kita sama-sama akan lebih kenal satu sama lain lebih dari orang lain…”
"awak…” aku tersentak saat izham menarik lembut tanganku dalam genggamannya.
“ menung apa ni..hmm..” aku tersipu. jauh aku mengelamun rupanya, mengenang kembali saat aku tertewas dengan nya. ahh…kalau lah izham tahu apa yang aku fikirkan, malunye..
“ awak rasa ni…” perlahan izham membawa tanganku rapat ke dada nya. Dapat aku rasakan degup jantungnya .pantas.
“ ish..lajunya..awak baru lepas berlari ke?” tersengih izham di sebelah.
“ awak tahu tak, dah 4 bulan kita bersama. setiap kali awak kat sebelah saya, macam ni la jantung saya berdegup. saya happy sangat awak, saya tak main-main dengan cinta saya kali ni untuk awak, saya sayangkan awak…sangat-sangat..juta-juta lemon” aku tertawa kecil. ‘juta-juta lemon’, selalu benar lelaki ini menuturkan kata-kata itu.
“ saya tak nak juta-juta lemon awak tu, saya nak satu je, dan biar la satu tu kekal sampai bila-bila” tersenyum aku meluahkan kata.
“ tak..saya nak juta-juta jugak, biar sayang kita tak kan habis..” serentak itu juga tanganku ditarik lembut ke bibirnya, hangat kucupan bibirnya di tangan ku. lama. air mata ku bergenang..dapat aku rasakan betapa ikhlas cintanya untuk ku.
“ awak, maafkan saya ragui awak selama ni…” kata-kata ku cuma berakhir dalam pelukannya. terasa bagaikan seluruh hati dan perasaanku hanya untuk dia, selama-lamanya! hembusan bayu laut masih berpuput, menjadi saksi bisu dalam episode cinta kami.

* * *

“ sue, bagitau la. aku janji aku simpan rahsia ni. takkan dia tahu punya..please..” tak jemu aku memujuk sue untuk memberitahu ku cerita silam izham. sue, rakan sebilikku, juga teman sekolah izham. dari dia aku cuba-cuba untuk mengintip. “ hmm, tak nak la shirah lagipun tu kan cerita lama dia, dengar cerita orang pulak tu. ntah betul ke tidak.” sue masih menolak.
“ hmm…sue, aku nak tau..” aku masih belum mahu mengalah.
“ erm, takde la. camni..aku dengar la kan, izham tu dulu penah main ngan girlfriend-girlfriend dia sebelum ni. kat dalam wayang la aku dengar, dia ngan gf dia buat wayang sendiri kat belakang..er, tapi mungkin tak betul kot. ntah la shirah, aku mintak maaf , ni yang aku dengar je. bukan apa, aku tak nak kau salah langkah nanti, hati-hati lah..ye? aku sayang kan kau…” berhati-hati sue menuturkan kata-katanya. aku terdiam. terkejut? tidak.
“ tak pe lah sue, aku faham.” perlahan aku bangun meninggalkan sue sendiri. dalam hatiku penuh dengan kesedihan. walaupun aku sudah menjangkakan semua ini, tapi kepedihan itu tetap datang. mana mungkin aku mampu tersenyum..izham….dia sendiri pernah meminta yang bukan-bukan dariku.lelaki. tapi begitu betah dia meyakinkan aku, bersungguh-sungguh menyatakan kasih dan cintanya hanya untuk aku, dan..dia sendiri pernah berterus-terang denganku semua apa yang aku dengar dari sue sebentar tadi. namun bersungguh-sungguh izham yakinkan aku bahawa semua itu kisah silamnya. dia sudah berubah. dan katanya juga, aku adalah perempuan terakhir dalam hidupnya. dek kerana kesungguhan itulah, aku menjadi terlalu bodoh menilai harga cinta, dan dengan rela menyerahkan segala. betapa waktu itu, aku begitu yakin akan tulusnya cinta izham buatku. bukan mainan. bukan cerita cinta kosong! air mataku terus menitis laju. mendengar sekali lagi kebenaran ini teramat pahit untuk ku. Ya ALLAH, terlalu jauh aku mennyimpang dari jalanMU..ampun kan aku..

* * *

“ awak, kenapa awak ni? senyap je. busy sangat ke dengan kerja awak tu? kita dah lama xdapat spend time bersama, dah la jauh susah nak jumpa, ni sms pun dah jarang dapat dari awak =(” pantas aku menekan butang send pada telefon ku. ahh, sekali lagi aku yang mulakan dulu. hampir seminggu izham seolah-olah semakin dingin dengan ku. entah atas alasan apa kali ini. 2 tahun bersamanya dapat aku merasa perubahan terhadap layanannya buatku selama ini. ada ketikanya aku dilayan bagaikan aku lah satu-satunya orang yang wujud dalam hidupnya, namun ada ketikanya aku dia tinggalkan tanpa sebarang sebab. dibiarkan sendirian. aku semakin letih dengan permainan yang izham cuba mainkan. kesabaran aku mulai menipis.seketika sepi tanpa apa-apa. hampir setengah jam baru aku mendapatkan balasan “ sorry, saya kua makan tadi ngan kengkawan. baru sampai umah, sorry ye. alaa, ayang kite ni rindu kite ke?=)” heh, pandai lelaki ni menyusun ayat. langsung tiada riak bersalah dalam tutur bicaranya.hati aku, sudah berkali sangat disakiti.
“ awak, awak selalu sangat macam ni. kalau dengan kawan-kawan awak lupa saya kan? saya pelik la, susah sangat ke awak nak luangkan masa dengan saya sikit pun sekarang ni? hubungan kita dah nak masuk 2 tahun dah, awak makin lama makin ambil mudah diri saya. semua penting bagi awak kan, kawan-kawan, family, belajar..saya ni perkara terakhir yang akan awak fikirkan kan??” aku luahkan semua. terkilan benar aku dengan sikapnya kebelakangan ini. setiap malam ditemani rakan-rakan, lelaki perempuan, alasannya cuma satu, sekadar keluar makan bersama teman-teman. sungguh, aku begitu lama memendam rasa. semakin lama aku rasakan aku semakin jauh dari izham. aku akui dia seorang rakan yang baik untuk teman-temannya, jua anak yang baik untuk keluarga, dan pelajar yang cemerlang untuknya mengejar cita-citanya yang melangit itu, mungkin. tapi kenapa aku menjadi pilihan terakhir dalam setiap apa jua yang dia lakukan? sementelah pula, tempat menjarakkan lagi hubungan kami. terlalu jarang sekali kami berjumpa. sekarang, masa untuk kali luangkan bersama walaupun sekadar sms, juga dirampas. aku benar-benar kecewa. hati aku terluka. langsung tidak wajarkah jika secebis cemburu tersirap dari rasa hati ku dengan tingkahnya? akukah yang bersalah?aku tersentak saat telefonku sekali lagi berdering. pantas aku membaca message di skrin. panjang. ahh, sekali lagi. aku tahu perang sms bakal tercetus sebentar lagi. “ kenapa awak ni? suka sangat fikir bukan-bukan. semua saya buat tak boleh bagi awak. saya dah penat gaduh la.apa salah saya lagi kali ni? tak pasal-pasal awak cari hal, dari dulu lagi saya bersabar dengan awak ni tau, saya tak tau pun ape salah saya, tetiba je awak nak gaduh. please la awak, saya dah bosan la macam ni. awak selalu sangat tak percayakan saya. walaupun awak cakap percaya tapi sebenarnya tak kan? saya sedih sangat dengan awak kali ni. saya tak pernah pun curang dengan awak. tapi saya penat sangat bile awak kongkong saya macam ni tau awak. semua tak boleh..saya dah betul betul tawar hati dengan awak. cukup la sampai sini je, lebih baik hubungan kite lepas ni cuma sebagai kawan..senang.” aku tersentap. ada baiknya kalau aku dan dia cuma berkawan? betul ke apa yang aku baca sebentar tadi? izham mintak berpisah? mana mungkin. aku sayangkan dia. kenapa sampai macam ni izham berfikir. “ awak, apa ni? kenapa cakap sampai macam tu? saya sayangkan awak. saya cuma nak kita baiki keadaan. nape selama ni saya rasakan awak semakin jauh dengan saya. saya cuma rindukan awak….” aku sudah kehabisan kata-kata. pedih. izham meminta perpisahan? semudah itu? sudah keringkah lautan kasih sayang dalam hatinya? sudah habiskah ‘juta-juta lemon’ yang sering keluar dari bibirnya melengkapkan ungkapan sayang dan rindunya padaku selama ini?

* * *

aku melempar pandang di luar tingkap, jauh memandang ke dada langit melihat hamparan awan yang memutih. aku pasti jauh di satu sudut, izham turut berada di bawah hamparan langit yang sama. sudah lebih sebulan kami berpisah. aku sudah letih menangis, sudah penat menjengah rasa kecewa yang maha hebat atas perpisahan kami kali ini. aku benar-benar hampa. semudah itu izham meninggalkan aku.hanya kerana kesilapan sekecil itu. sudah penat aku merayu izham memberiku peluang, ah terasa begitu bodoh diriku pada ketika itu. terasa betapa kerdilnya aku pada matanya waktu itu. izham tetap berlalu. keras hatinya meninggalkan aku. setelah segala cara yang dia lakukan untuk memancing cintaku walaupun aku begitu tega menolaknya dulu. setelah sekuat mungkin aku mahu menghindar diri dari kekecewaan, kecewa itu tetap hadir. langsung tidak terlintas dalam hati aku semua ini berlaku. selama ini, aku begitu lalai dengan mainan cintanya. segalanya halal buat kami, terlupa segala hukum Tuhan, terlupa pada kuasaNya. sampai hari ini, aku tetap yakin satu masa dulu cinta yang hadir antara aku dan dia adalah cinta murni, setulus aku menyayangi izham, setulus itu jugalah cintanya buatku. tapi semua itu belum mampu lagi menghalalkan segala hukum Tuhan. dan kerana lalai, aku percaya, Tuhan menarik balik cintanya yang pernah mekar buat aku satu waktu dulu. aku tak pernah menyesal mengenali izham, merasai tulus cintanya buatku. betapa aku benar-benar merindui setiap saat aku bersamanya. segalanya tinggal kenangan. cintanya telah hilang bersama masa yang telah kami tinggalkan. aku harus tabah. air mata terus mengalir. entah bila semua ini akan berhenti. yang pasti, izham telah berlalu bersama segunung kenangan kami. ahh, kenangan..mana mungkin bisa ku buang dengan hanya melipat sejarah!

* * *

“ sue!” perempuan itu berpaling. ada kejutan dalam matanya.
“shirah? ya ALLAH…” separuh menjerit sue menyebut namaku. aku memerhati sekeliling. beberapa mata memandang dek terdengar suara sue sebentar tadi.
“ ish..perempuan ni..tak reti cover langsung..” ngomelku dalam hati.
“ wei, perlu laaa..ingat kat rumah ke nak jerit-jerit. kau tengok tu, semua orang pandang tau..” bebelku pada sue saat kami melepaskan pelukan masing- masing. sue hanya tersengih.
“ peduli la, aku tak kisah pun. bukan nya lepas ni aku nak pandang pun lagi muka diorang semua tu, hehe. shirahhh…lamanya aku tak jumpa kau, dah lebih 3 tahun dah lepas kita grad langsung tak pernah jumpa. kau apehal datang kl ni? bukan keje kat kedah ke? eh, haa.. amacam master kau?lepas? ke dah dapat title doctor dah..hehe”
“ ish..ish..satu-satu la soal. macam inspector sahab plak ko ni nak soal aku banyak-banyak.haha. tak de la, aku ada seminar kat kl ni seminggu, bos aku hantar. baru sampai ni pagi tadi. heh, tak sangka pulak aku nak jumpa kau kat sini. ni, nombor baru kau ni pun baru aku dapat dari wanda semalam, tuka nombor bukannya nak bagitahu. kecik ati tau! baru ingat nak sms kau malam ni ajak jumpa..geram aku nak basuh kau cukup-cukup..hehe” tersengih aku memandang sue.
“ eh ape pulak. handfone aku kena cilok la beb, sesodap raso ekau la ye nak basuh aku cukup-cukup. ingat kito ni anak ayam ke ape..huhu...” meledak ketawa aku mendengar kata-kata sue. ahh, lama benar aku tak segembira ini.
“ hmm, macam ni lah sue, bagi alamat kau, lepas aku habis seminar ni aku extend duduk kat kl ni 2 3 hari, kita berjinggo sama-sama nak? sekarang ni aku kena pegi check-in la kat hotel dulu, ok?”

* * *

“ kau macam mana sekarang shirah?” wajah sue berubah serius. aku tergelak kecil. “ kau kenapa serius sangat ni, aku ni masih jadi orangkan?kenapa, kau nampak rupa aku dah bertukar jadi katak ke?” meledak ketawaku. sue sekadar hadiahkan aku senyuman ikhlas. ‘ish, tak gelak pun, ketawa sorang-sorang rupanya aku. dia ni memang,kalau dah serius tu..’aku membebel dalam hati. ahh, perempuan ni ada kalanya terlalu mengambil berat. tawaku terhenti.
“ hm, aku tau ape kau nak tanya, macam mane ngan perasaan aku pada izham kan? aku dah ok lah sue, dah tak gila lagi.huhu. lagipun, aku dah tak pernah jumpa dia sue selepas kami berpisah. langsung tak. kalau kau nak tahu apa perasaan aku sekarang untuk dia..hmm, jawapan aku sama macam dulu. sayang tu tak pernah hilang sue. cuma mungkin sekarang masa dah sembuhkan baaanyak luka hati aku selama ni. aku dah berhenti berharap…” entah kenapa tiap kali nama izham ku sebut, terlalu senang air mata aku untuk mengalir. ahh, masa belum mampu untuk hilangkan segala duka aku selama ini. terus-terusan mahu menyeksa aku dengan kenangan-kenangan itu. seketika ia tetap hadir.
“ awak, saya tak nak awak balik, nanti saya rindukan awak..tak bole la awak, saya dah sayang sangat-sangat dengan awak ni..tak sanggup rasanya nak lepaskan awak balik. lepas ni tentu lambat lagi nak boleh jumpa” luah izham pagi itu sebelum aku melangkah kaki untuk pulang setelah sepanjang malam kami menghabiskan masa di pantai saat kami bersama satu tika dulu. wajahnya murung. tergambar sekali rindunya buatku. betapa aku rasakan waktu itu akulah perempuan paling bertuah di dunia, mempunyai seorang teman lelaki sepertinya. aku..
“ shirah..dah la, aku mintak maaf keluarkan balik isu tu..” lamunan ku terhenti saatku terasa hangat tangan sue menyeka air mata di pipiku. sekilas aku memandang,
“ xpe sue, it’s ok. aku ni yang nak emo tak tentu pasal..hehe” senyuman hambar aku hadiahkan buat sue.
“ lagipun kan sue, aku patutnya berterima kasih pada izham kau tahu tak, kalau tak kerana perpisahan kami dulu, aku tak rasa aku boleh jadi sekuat ni, kejayaan aku sekarang sedikit sebanyak berpunca dari dia. semangat aku jadi lebih kuat sejak izham tinggalkan aku dulu, yela baru aku sedar lepas tu yang hidup aku bukan semata-mata dengan dia.kau tengok la aku sekarang, dah jadi seseorang kan…” tersenyum puas aku melahirkan rasa yang terbuku dalam dadaku sekian lama.
“ emm, dia macam mana sekarang sue? mesti dah jadi jurutera hebat kat tempat tu kan?” masih aku ingat lagi saat izham meluahkan segala cita-citanya pada aku dulu. saat kami sama-sama merancang masa depan.
“ hurm..aku pun jarang jumpa dia. tapi emm..baru-baru ni aku ada dapat kad jemputan dari dia. bulan depan dia nak kawin shirah…” perlahan tutur kata sue ku dengar. “kawin?” aku tersenyum hambar. perlahan nafas ku tarik dalam-dalam. mencari kekuatan barangkali.
“ bagus la. mesti dia gembira kan sekarang ni. aku tak pernah lupa sue untuk doakan kegembiraan dia walau kat mana pun dia berada. seumur hidup aku, dia lah satu-satunya lelaki yang paling aku sayang sue, dan sekarang, aku pun…hmm, tumpang gembira atas kebahagian dia..” tersekat-sekat aku tuturkan kata-kata itu. aku sendiri tidak tahu sedalam mana keihklasan aku melahirkan kata-kata itu, yang pasti di satu sudut dalam hati aku, aku bersyukur. untuk apa segala kesyukuran itu, aku pun tak tahu.
“ sabar la shirah, aku yakin satu hari nanti kau akan bejumpa dengan lelaki yang lebih baik, yang lagi sesuai untuk kau. ada hikmahnya semua ni jadi..”
“ xpelah sue. aku percaya, sayang aku pada izham melebihi cinta aku padanya. kau tahu sue apa beza cinta dan sayang tu?” nafas sekali lagi kutarik dalam-dalam. cuba mengimbangi rasa perit, pedih dan sedih yang berbaur dalam hati.
“ hmm, cinta cuma sekadar ingin memiliki, tapi bila kita betul-betul sayangkan seseorang tu sue, apa yang kita nak cuma untuk melihat dia bahagia, walaupun kita harus kehilangan dia…” aku pandang wajah sue, air matanya turut mengalir. ahh, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sue. perlahan aku tarik sue, memeluk erat sahabat yang selama ini benar-benar banyak membantu aku.
“ sue..aku sayangkan dia sangat-sangat, kau tahu kan..” air mata masih mengalir. moga satu hari nanti sinar bahagia itu akan menjadi milik aku jua. izham, semoga kau berbahagia disana..


mencari sebuah harga diri
dalam gelap kabus yang tertutup
siapa aku pada dirimu
saat bahagia itu…perlukah berlalu
aku bukan yang pertama
jua bukan yang terakhir
lantas, terfikir aku dalam kamus hidupmu
tertuliskah sebaris namaku
hanya untuk secebis kenangan itu
yang mungkin buatkan kau tersenyum
untuk hari esok
atau kau biarkan saja kenangan itu terus berlalu
jauh-jauh kau lemparkan ia bersama memori duka
tentang bahagia kelmarin
mungkin sekadar penawar rinduku
tapi bukan untukmu
perlunya aku sedar dari dulu
sedar diri dan siapa aku...

No comments:

Post a Comment

tAk puAs atI dengAn issue ini?? siLa Lahh berteKak..=D